“Ah!
Sakit.”itu sahaja ungkapan yang dapat aku ungkapkan selepas Amar menolak badanku
dengan sekuatnya dan terus aku tersungkur dibahu jalan namun kelihatan
Amar tiada disisiku dan sedang aku cuba membalikkan badanku, aku terlihat….
“Ya Allah!
Amar! Amar!” menjerit aku memanggil nama Amar.
Lantas aku
mendapatkan Amar dan meletakkan kepalanya diatas peha aku namun Amar masih
tidak berkata apa dan hanya kedengaran kata-kata terpancar dari bibir Amar,
“Moon….Moon…
Ma…af”
Kelihatan,
berlumuran darah di kepala Amar dan Amar seakan-akan tidak menyedarkan diri
selepas mengeluarkan kata-kata itu padaku. Sesungguhnya, tidak dapat ku
bayangkan ketakutan pada diri aku sambil melihat Amar terbaring dipehaku
tiba-tiba henti tanpa suara kendengaran.
“Ya Allah”bisik
deras hatiku
“Amar, bangun
Amar! Bangun!!! Jangan macam ni! Bangun Amar” ujar aku lagi dengan nada
derasnya sambil air mataku berlinangan dengan derasnya.
“Tolong!!!!
Tolong!!!! A’’’’’’’’………Tolong!!” itu sahaja yang mampu aku ungkapkan sambil
kelihatan pula sekumpulan manusia sedang menghampiri aku lantas mengambil Amar
dari pangkuanku sedang terlihat sebuah kereta membawa Amar pergi dari sisi aku.
Aku dengan keadaan yang masih dengan kekusutan tidakmampu untuk berkata apa dan
hanya tangisan deras berlinang dipipiku sambil jeritan yang kuat terpancar
dibibirku.
Tidak lama
selepas itu aku rebah ditempat tersebut.
Selepas itu,
aku tersedar yang aku terbaring diatas katil dan sambil aku cuba membuka mataku
terdengar pula suara itu menyusul.
“Moon sayang.”
Sapa Ibunda aku.
“Alhamdulillah.
Moon dah sedar abang.” Kedengaran suara Ibunda berkata begitu.
Lantas aku
bangun dari katil tempat tidurku dan menanyakan Amar.
“Ibunda, Amar
mana Ibunda? Along nak jumpa Amar Ibunda. Mana Amar Ibunda?” tanya aku dengan desaknya.
“sayang, kamu
kena rehat sayang. Jangan banyak bergerak ya.” Tenang Ibunda berkata pada aku.
“Ayahnda!
Amar mana? Amar mana?” tanya aku pada Ayahnda pula.
Ayahnda hanya
mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa. Lantas aku bangun dari tempat tidurku
dan melangkah untuk mencari Amar. Aku sedar kini aku berada di Hospital namun
aku tidak tahu apa punca aku berada disini. Langkahan aku dihalang oleh Ayahnda
dan Ayahnda menyuruh aku kembali ke katil aku. Namun, aku berkeras dan masih
menanyakan soalan yang sama kepada Ibunda dan juga Ayahnda.
“Along.
Diamlah! Adik pening ni.” Sapa Adik Naim pula. Tiba-tiba aku terasa tersentuh
dengan ayat yang keluar dari bibir Adik Naim dan terus aku pula menanyakkan
pada Adik Naim berkenaan Amar dan Adik Naim hanya mendiamkan diri sahaja.
“Ya Allah.
Apa yang berlaku sebenarnya? Mana Amar Ya Allah?” Bisik hatiku sambil air
mataku menumpah ke bumi dan terus Ibunda mendakapi aku dengan seeratnya.
“Ibunda, mana
Amar Ibunda? Mana Amar” ujar aku lagi dengan nada yang tersekat-sekat sambil
linangan air mataku masih membasahi pipi.
“Sayang. Kamu
kena kuat sayang. Doakan Amar supaya cepat sembuh ya.” Terpancar ayat yang aku
nantikan dari bibir Ibunda itu tadi.
“Ibunda,
Along merayu sangat-sangat. Boleh tak Along nak jumpa Amar sekarang juga
Ibunda. tolonglah Ibunda.” Pujuk aku yang semakin sebak.
“bagi sajalah
dia nak jumpa Amar tu.” Berkata Ayahnda kepada Ibunda.
Dalam
perjalanan aku kebilik rawatan Amar. Kelihatan Auntie Sha sedang duduk dibangku
biru sambil air matanya berlinangan membasahi pipi, namun aku sedikit pun tidak
menyapa Auntie Sha dan terus meneruskan langkahku ke bilik Amar. Sedang aku
memasuki bilik itu, aku ditahan oleh seseorang yang benar-benar menaikkan darah
aku.
“Hoi! Kau apa
pasal ada dekat sini ha? Sepatutnya, kau yang patut dilanggar tau! Bukan Abang
Amar.” Berkata keras gadis itu kepada aku sambil tangannya menyinggahi pipi
aku. “Pang!”
“Nonie! Apa
kamu buat ni? Kamu tak sepatutnya melayan Moon macam ni.” Keras nada
Auntie Sha yang seakan membela aku.
“Mak Long tak
patut nak bela budak sial ni! Dialah penyebab Abang Amar jadi macam ni.” Ujar
Nonie.
“hey betina!kalau Abang Amar aku Mati! Kau pun mesti mati juga” tenking Nonie kepada aku.
“Pang!”
terlihat Auntie Sha terus menampar pipi Nonie kerana berkata begitu. Aku tidak
mampu meneruskan langkahan dan terus terduduk dillantai permukaan bumi dan
menjerit memanggil Amar.
“Jangan
sesekali kau cakap anak aku mati ya! Dasar budak kurang ajar! Pergi kau dari
sini!” Menengking Auntie Sha kepada Nonie.
“Amar….maafkan
Moon Amar! Maafkan Moon..” jerit aku sambil tangisanku semakin kedengaran kuat
di hadapan bilik rawatan Amar.
Lalu aku
terus didakapi oleh Auntie Sha sambil beliau berkata padaku.
“Moon, kita
berdoalah pada Allah Moon. Semoga Amar boleh sembuh dengan sebaiknya. Moon
jangan macam ini ya. Nanti kalau Amar tahu Moon macam ni dia lagi sedih. Kita
bagi kekuatan pada dia ya Moon.” Ujar Auntie Sha sambil kedengaran tangisan
darinya.
“Auntie, Moon
yang patut dilanggar malam tu tapi kenapa Amar yang dilanggar pula.”berkata aku
dengan suara tersekat-sekat.
“Moon, ini
semua takdir Allah. Dia yang tentukan semuanya. Jangan cakap macam ni lagi ya
sayang.” Ujar Auntie Sha lagi.
Lantas aku
bangkit dari lantai yang telah aku rebahkan badanku apabila mendengar kata-kata
yang keluar dari Nonie itu tadi dan aku meneruskan langkahan untuk masuk ke
bilik rawatan Amar. Sambil aku membuka pintu bilik Amar, kelihatan Amar sedang
membaringkan diri dan diletakkan alat pernafasan dimukanya, lalu sekali lagi
aku terus mendekatkan diri pada Amar dan kelihatan kepalanya dibalut oleh kain
putih yang ada kesan darah dikain itu.
“Amar,
maafkan Moon Amar, maafkan Moon.” Berkata aku sambil linangan air mataku terus
membasahi pipi. Pada waktu itu, aku langsung tidak memikirkan apa-apa sambil
tanganku memegang erat jari-jemari Amar. Aku juga tidak sedar bagaimana aku
boleh memegang jari-jemari Amar itu sambil kukucupkan tangannya dengan hati
yang rela kerana aku tidak mampu untuk melihat Amar berkeadaan seperti ini.
“maafkan aku Ya
Allah kerana memegang tangan dan jari-jemari Amar sedang aku tahu hubungan aku
dengan Amar hanyalah kawan. Maafkan aku Ya Allah” Bisik hatiku yang lemah.
Hanya aku dan
Amar sahaja yang berada dibilik itu dan tidak ku sedari yang aku telah terlena
dibangku kerusi bersebelahan rapat dikatil Amar dan meletakkan kepalaku dibahu
Amar.
“Cik, bangun
cik, cik?” terjaga aku apabila mendengar suara gadis itu dan kelihatan beliau
ialah jururawat yang bertugas. Terlihat jam di dinding sedang menunjukkan jam 1.35
minit petang dan aku hanya membangkitkan diri dari lenaku sambil jururawat itu
mengarahkan aku untuk keluar dari bilik tersebut sambil kelihatan seorang lagi
jururawat dan doctor menghampiri katil Amar.Aku hanya menganjakkan diri aku
dari katil Amar sedang menunggu diruang hujung katil Amar.
“Cik, saya
mohon jasa baik Cik untuk keluar sekejap boleh? Kami nak jalankan pemeriksaan
ni. Minta maaf ya Cik.” Ujar jururawat itu dengan lemah-lembutnya dan aku hanya
menganggukan kepala aku apabila mendengar arahan dari jururawat tersebut.
Hampir dalam
10 minit doktor telah berada dalam bilik rawatan Amar sedang aku duduk di bangku berhadapan bilik
Amar. Aku juga kehairanan kenapa Ibunda, Ayahnda dan Auntie Sha tidak kelihatan
pula disini. Aku tidak banyak memikirkan tentang diri aku atau sesiapa, hanya
Amar yang bermain difikiranku sambil hatiku tidak putus mengutuskan Doa kepada
Allah Yang Esa supaya menyembuhkan Amar dengan sebaiknya.
“Moon. Amar
macam mana?” sapa seseorang lelaki yang agak garau suaranya. Lalu aku membalikkan
tubuhku dan terlihat Uncle Hasyim bersama Ayahnda menghampiriku.
“Doktor ada
kat dalam tu, dia tengah periksa Amar.” Ujaaku dengan nada sayu.
“Along, Along
dah makan belum? Dari pagi tadi Ayahnda tengok Along tak makan-makan lagi?”
tanya Ayahnda yang agak kerisauan melihat aku.
“Along tak
ada selera Ayahnda. Nanti kalau Along lapar Along makanlah ya.” Ujar aku.
“Along,Along jangan macam ni ya. Nanti Along sakit lagi
susah tau.” Pujuk Ayahnda dengan lembutnya.
“Tak apalah
Ayahnda kalau Along sakit, mungkin Allah nak balas apa yang Along dah buat pada
Amar. Betul tak Ayahnda?” tanya aku dengan air mata tiba-tiba berlinangan lagi.
Sesungguhnya, aku tidak tahu bila masa air mataku akan terhenti dengan
sendirinya.
“Along, Along
tu sakit jugak tau.jangan ingat Along macam tiada penyakit apa-apa ya. Mari
ikut Ayahnda kebilik Along, Ibunda ada bawa makanan tu. Kesian dekat Ibunda
tunggu Along dari tadi.” Terang Ayahnda dengan nada yang begitu sayu.
Terdengar
dari kata-kata Ayahnda aku itu, lantas aku mengerakkan tubuhku untuk ke bilik
rawatan aku kembali meskipun aku tidaklah menghadapi penyakit yang merbahaya
kerana aku mula memikirkan Ibunda yang datang dari juah untuk melihat aku
dengan gembiranya bukan dengan keadaan yang sebegini rupa.
Dalam langkahan aku
untuk ke lif dan kembali ke bilik rawatan aku, terdengar bunyian pintu bilik
rawatan Amar dibuka dan disapa oleh Uncle Hasyim kepada doktor yang aku lihat
tadi. Lantas aku mengembalikan langkahku untuk ke bilik Amar dan mendengarkan
penjelasan dari doktor itu.
nantikan episod yang seterusnya....