Thursday 28 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 12


Bisikkan ku terhenti apabila Husna menyapa aku.

"Moon, awak perasan tak mamat dekat sebelah hujung sana asyik tengok dekat kita sahaja, tak tahulah dia tengok saya ke awak? Rasanya awak kut," sapa Husna.

"Ha? Yeke? Bukanlah. Dia tengok lain tu. Mana tahu mata dia juling ke?" Senyum aku apabila ingin menyakinkan Husna.

"Eh! Kesitu pulak. Ee, tak selesa betul aku dengan orang yang macam ni. Menganggu konsentrasi betul!erghh." Tiba-tiba Husna bersuara berang dengan perbuatan lelaki itu.
Aku hanya berketawa kecil apabila Husna berkelakuan seperti itu dan dia mengingatkan aku pada seseorang rakan baikku di kampung iaitu 'Ruby'. Namun perasaan berdebar aku masih tidak hilang akan siapa yang lihat pada mula aku melangkah masuk ke kuliah ini dan aku juga tidak memberanikan diri untuk menoleh ke kiri, kanan dan juga belakang meskipun aku  pasti siapa orang itu sebenarnya.

Setelah 3 minggu aku berada di UiTM Shah Alam, Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.Kelibat seseorang yang agak aku kenali itu jarang diketemui sehinggalah suatu keadaan yang mana Allah mempertemukan aku dengan si dia di hadapan cafeteria sedang aku ingin membeli makanan pada waktu yang tidak dijangkakan iaitu pada sebelah senja yang mana jarum jam pada tanganku menunjukkan pada pukul 6.30 minit petang. Namun begitu, pertemuan aku dengan si dia hanyalah bersaksikan kerusi dan meja kerana kami hanya bertentangan mata dan tidak menegur antara satu sama lain. "Ya Allah, aku mohon pada-Mu bahawasanya insan yang aku temui itu diharapkan pelanduk dua serupa. Janganlah Engkau dugakan aku dengan perkara sebegini Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang lemah." bisik hatiku yang sedang berkocak deras.

"Husna, Ibunda dan Ayahnda saya nak datang hujung minggu ini. Bolehlah awak berjumpa dengan mereka." Sapa aku kepada Husna yang sedang fokus dengan "Facebook"nya. 
"yeke? ok ok, bisa diatur dong." jawab Husna dengan wajahnya masih didada komputer ribanya. Sambil Husna melayani teman chattingnya, aku mula mencapai telefon bimbitku dan cuba menghubungi Abang Ashraf.

 "Assalamualaikum Abang. Buat apa tu?" tanya aku dengan nada kerinduan.
 " Waa'laikummussalam Moon. Abang ada kat office lagi ni, tengah buat report untuk present esok." Jawab Abang Ashraf dengan nada mendata.
 "ouh! yeke? Moon ganggu ke Abang? maaflah ya" ujar aku dengan nada sayu.
" Moon sayang, nanti dalam sejam lagi Abang call balik boleh? sorry ya. sorry sangat-sangat." ujar Abang Ashraf dengan nada seakan kesal.
"ok ok. nanti call balik ya. Moon tunggu." jawab aku
"ok sayang abang. Bye." Panggilanku tamat bersama Abang Ashraf yang tidak sampai seminit.
Sesungguhnya, aku benar-benar merindui Abang Ashraf pada malam itu namun ada sahaja alasan yang menghentikan perbualan aku dengannya.
"ermm, petang tadi aku dah telefon Ibunda dan Ayahnda dan kalau aku telefon Ibunda atau Ayahnda lagi, pasti beliau akan hairan dengan perbuatan aku dan akan berkata "ha Along! tak study ke?" 
Al maklumlah, sejak dari aku masuk ke kampus ini hinggalah ke hari ini, Ibunda tidak putus-putus memberikan nasihat kepada aku untuk belajar,belajar dan belajar. Kadang kala rimas juga aku mendengar ayat itu, namun sebagai anak, tidaklah aku ingin berkata pada Ibunda yang aku rimas.'Kurang Ajar' namanya tu.

"Moon, handsome betul aku tengok Ashraf kau ini ya? terima kasihlah Moon sebab kau izinkan aku untuk add as friend dengan Ashraf kau ni? syukur atas nikmat Tuhan kat dunia ni.Jelous aku tau!" Tiba-tiba Husna bersuara.
"Ha? Handsome? biasa je aku tengok." ujar aku.
"Buta apa kau ni? muka dah sebijik macam Zain 'setia hujung nyawa' tu kau kata tak handsome? baik kau pass kat aku. Sejuk mata mak aku tengok nanti" ketawa Husna dengan melemparkan ayat sebegitu kepada aku.
" Ya lah tu.Eh Husna! boleh tak kau kirim salam kat Abang Ashraf tu, kau mesej kat inbox dia dan cakap aku kirim salam mengajuk." berkata aku kepada Husna.
"lah, bukan kau bercakap dengan dia ke tadi?" tanya Husna.
"Memang cakap tapi tak sampai seminit pun, katanya dia busy nak buat report." jawab aku dengan bersahaja,
"Ha? busy? biar betul. Ni ha aku tengok tengah online je ni.siap like like page aku takkan sibuk kut" brkata Husna dengan nadanya seakan pelik.
"eh? yeke? pelik ni. Takkan dia nak tipu aku? sebab sebelum ni dia tak pernah menipu aku Husna." ujar aku kepada Husna dengan nada yakin.
"tak apa. Macam ni, apa kata aku chatting dengan dia. tengok-tengok dia betul sibuk ke atau ada udang disebalik batu, apa macam Moon? agree?" berkata Husna dengan bersemangatnya.
"ok ok. cepat mesej dia." jawab aku dengan penuh tidak sabar menunggu jawapan dari Abang Ashraf kepada Husna. 

Chatting Bermula di Private Message Di Facebook

Husna : Hye abg hensem..
Ashraf : Hai budak comel.
Husna : watpe tu?eh, Jangan bagitahu Moon tau I chatting dengan U ni.
Ashraf : tengah cuci baju ni.. ouh! Don’t  worry.hehe
Husna : wah! Cuci baju sambil online? Hebatnye. Hihi
Ashraf : tak lah comel. I tengah online jelah. Tak tau nak buat apa. Bosan. L
Husna : lah yeke? Tak keluar lepak-lepak ke?
Ashraf : malaslah. Buang masa je. Baik duk rumah lagi bagus. Boleh cari kawan-kawan baru.
Husna : lah, yeke? Kesian dia. U tak call Moon ke?
Ashraf : Moon? Ouh..I tak ada kredit nak call dia. Bill kena cut.sedih L
Husna : alolooo..kesian dia.
Ashraf  : Moon ada kat mana sekarang?
Husna : Dia dekat bilik kawan. Sibuk buat assignment katanya.
Ashraf : ouh yeke? Dah U tak sibuk pulak.
Husna : sibuk jugak ni, jap lagi nak log out dah sebab nak buat assignment sekali dengan Moon. Eh! U INGAT TAU! JANGANBAGITAHU Moon kita chat ni.chat back ya.bye.hihi
Ashraf : ok comel. Don’t  worry. Bye. J                                                           
        



“Moon, sabar tau. Aku tak sangka Ashraf ni macam ni pulak? Ke kau salah dengar tadi kut.”Ujar Husna dengan nada serba salah.
“Binatangnya jantan macam tu. Sampai hati dia buat aku macam tu kan. Aku ni dah lama tak online pun sebab dia tau. Katanya cemburu, tapi alih-alih dia pulak yang buat hal. Tak apa Husna, dia belum kenal Moon Nabella sebenarnya.” Bernada marah aku dengan tindakan Abang Ashraf itu tadi.
“sabarlah Moon, mungkin dia stress ke? Tak nak bagitahu kau, takut-takut kau lagi risaukan dia.” Tenang Husna mengulaskan kepada aku namun ia sedikit pun tidak menyentuh keprihatinan aku kepada Abang Ashraf.
“tak ada apalah Husna, mungkin betul jugak cakap kau kan?eh! Husna. Aku nak ke tandas kejap ya, sakit perut lah pulak.” Ujar aku dengan menahan sebak. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melinangkan air mataku ini di hadapan Husna kerana malu dengan sikap teman lelaki aku yang berperwatakan seperti buaya namun biarlah tandas dan syaitan durjana menjadi saksi diatas setiap  linangan air mata suciku dengan berkasihkan insan seperti buaya.

Perjalanan aku hambar apabila aku melangkah masuk ke pintu bilik dan lantas disapa oleh Husna.
“lamanya kau pergi toilet? Ooo..menangis ya?” Tanya Husna dengan senyuman manisnya.
“Sakit perut lah. Tu yang lama. Mungkin aku salah makan kut.” Jawab aku dengan nada yang cuba untuk bersahaja.
“tak payah tipulah Moon. Tengok air muka pun dah tau kau tipukan?” masih bertanya Husna seakan tidak puas hati dengan jawapan aku.
Selepas itu, linangan air mataku terus membasahi pipiku ini dan aku seolah-olah tidak mampu untuk menahan sebak dan sedih atas perbuatan Abang Ashraf kepada aku.
“Moon, ala.. janganlah menangis. Janganlah macam ni. Kau kena kuat. Jangan  lemah. Jangan sebab jantan macam tu kau nak keluarkan air mata kau ni. Sabar Moon”. Ujar Husna.
“Aku tak kuat Husna. Aku benar-benar sayang pada dia tapi sanggup dia buat aku macam ni.” Berkata aku dengan nada tersekat-sekat.
Bersungguh Husna cuba menenangkan aku, namun aku tidak mampu untuk menghentikan linangan air mataku ini kerana hatiku benar-benar perit untuk menghadapinya.

Kuliahku pada esok hari berjalan seperti biasa namun aku hanya pergi membawa jasadku namun jiwaku  sebenarnya tidak tahu kemana menghilangnya. Masih memikirkan apa yang Abang Ashraf lakukan padaku semalam. Tambahan lagi apabila Abang Ashraf langsung tidak menghubungi aku sepertimana yang dikhabarkan olehnya semalam.
“Ya Allah, aku tidak sepatutnya berperwatakn seperti ini, namun aku benar-benar lemah apabila di uji dengan cinta sebegini rupa. Bantulah aku Ya Allah.” Bisik hatiku.
Dalam perjalanan aku ke pintu keluar dari kuliah ‘Business Mathematics’ itu, aku dengan tidak sengaja telah melanggar seseorang insan yang aku benar-benar tidak mahu ketemuinya namun ditakdirkan oleh Allah, ia menemukan aku dengan si dia. “Awak, saya minta maaf ya. Saya betul-betul tak sengaja.”ujar aku dengan nada yang begitu lemah. Lalu dengan tidak berkata apa beliau lantas menjauhkan dirinya dari aku dan perbuatannya itu amat mengejutkan aku, Husna dan beberapa rakanku yang lain.
“Pelik saja aku tengok budak tu Moon? Setiap kali Nampak kau mesti dia cuba mengelak, macam ada salah besar saja dengan kau?” Ujar Husna kepada aku.
“ Entahlah Husna, malas nak fikir. Nanti makin serabut lagi otak aku dibuatnya.” Jawab aku dengan nada bersahaja, namun secara jujurnya hatiku benar-benar hairan dengan si dia yang masih cuba mengelak dari aku dan tiba-tiba seseorang insan ini menyapa aku dengan tampak tidak kurang hebatnya.
“Assalamualaikum awak” sapa seorang Mamat dengan suaranya tidak pernah ku dengari.
“Waa’laikummussalam.” Jawab aku.
“Kenapa saya tengok awak hari ini muram saja. Ada perkara yang tak kena ke? “ sapa Mamat itu lagi.
“Eh! Kenapa dia boleh tegur aku ni? Pelik. Kalau tak silap aku, Mamat inilah yang sebelum ini asyik menganggu konsentrasiku dan Husna di kuliah.” Bisik hatiku sambil sikuku menolak bahu Husna dalam keadaan perlahan.
“ouh! Muram? Tak adalah. Saya ok je.” Jawab aku kepada Mamat itu.
“Baguslah kalau macam itu. So,apa kata kita pergi lunch sama-sama, ajak kawan awak itu sekali.” Pelawa Mamat itu kepada aku dan juga Husna.
 “Kau nak belanja ke? Kalau belanja bolehlah. Betul tak Moon?” tiba-tiba Husna bersuara.
“ha? Tak apalah. Lain kali sajalah.” Ujar aku.
“tak apa. saya belanja ya. Jomlah! Dah nak masuk sebulan saya tunggu saat ini.” Pelawa Mamat itu dengan wajah merayu darinya.
“ok. Tapi saya tak nak awak belanja saya ya. Boleh?” Tanya aku.
Berkerut pelik Mamat itu apabila aku berkata sebegitu kepadanya.

Nantikan episode seterusnya….

Wednesday 27 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 11


"Kami balik dulu ya. Doakan perjalanan kami selamat" berkata Ayahnda ke pada Auntie Sha dan Nenek wan dengan bersemangat. Amar masih tidak menunjukkan wajahnya dan perjalanan aku bermula untuk ke UiTM Shah Alam. Aku mula melabuhkan mataku untuk mendapatkan selelap tidur dan memandangkan aku tidur agak kelewatan semalam, jadi aku perlu merehatkan badanku dengan secukupnya untuk berada di UiTM kelak.

"Along, Along. Bangun sayang. Kita dah sampai ni." Kedengaran suara Ibunda menghentikan lenaku dan kini aku sedar yang aku telah berada di UiTM Shah Alam sedang Ayahnda memberhentikan kenderaannya dan berjumpa dengan pengawal yang bertugas disitu. Selepas itu,  Ayahnda pula meneruskan perjalanannya hingga kami berada di hadapan banggunan "Hal Ehwal Pelajar UiTM"
"Along, jom turun. Kita kena buat pendaftaran disini." Sapa Ayahnda.
Aku memulakan langkahku dan memasuki banggunan itu sambil ditemani oleh Ayahnda. Alhamdulillah, kini aku telah selamat menjadi pelajar UiTM Shah Alam dalam jurusan perakaunan dan kini kami dibawa ke tempat penginapanku yang agak jauh dari banggunan tadi. Sekarang aku telah berada di kolej kediaman 'kolej Mawar' dan segala peralatanku telah dibawa ke bilik tidurku yang mana fasilitator bertugas membantuku.

"Sayang, selepas ni kamu akan dibebaskan dari pengawasan Ayahnda dan Ibunda. Kamu perlu cekal dengan apa keadaan sekalipun. Ayahnda dan Ibunda akan senantiasa mendoakan kejayaan kamu di dunia dan juga di akhirat." Kata Ayahnda dengan nada yang begitu sayu. " Along, Ibunda nak Along ingat pesanan Ibunda, kalau Ibunda dan Ayahnda tiada nanti, Ibunda nak Along tinggal dengan Auntie Sha ya .Amanah ya Along" Kata Ibunda pula dengan nada yang sebak.
"Eh! Apa Ibunda dan Ayahnda cakap ni? Along tak sukalah dengar Ibunda cakap macam ni. Along tak naklah belajar dekat sini, Along nak ikut Ibunda dan Ayahnda pulang." Ujar aku dengan air mataku menumpah membasahi pipi.
"Jangan macam tu long, kan selepas ni Along dah tak tinggal bawah ketiak Ibunda dan Ayahnda. Janganlah fikir yang bukan-bukan ya sayang". Berkata Ibunda dengan senyuman manisnya.

Pada waktu itu, hanya pelukan seerat-eratnya aku pada Ibunda, Ayahnda serta Adik Naim. Aku tidak dapat gambarkan betapa sedihnya hatiku bila mengenangkan Ibunda, Ayahnda serta Adik Naim meninggalkan aku dari kampus pembelajaranku. Hanya kiriman doa dari aku untuk mereka supaya perjalanannya selamat dilindungi oleh Allah S.W.T.
"Adik, Adik cepat-cepat siap ya, kita nak ke dewan ni. Walaupun Adik lambat masuk berdaftar, tapi Adik kena juga jalani orentasi ini ya." Menyapa Kakak Fasilitator yang bertugas dan aku hanya sempat menganggukkan kepalaku padanya.

Aku hanya mengenakan pakaian berwarna merah jambu berlengan panjang,berseluar sukan berwarna hitam,berkasut sukan dan bertudung bawal hitam bercorak daun bunga tulip berwarna hijau. Hanya pakaian yang sederhana sahaja melekat ditubuhku dan bermulalah sesi pengenalan aku bersama ahli kumpulanku yang diberi nama 'Jambu'. Walaupun aku agak kekok dengan situasi ini,namun aku terpaksa menghadapinya.
"Assalamualaikum semua, saya Moon Nabella dan anda semua boleh panggil saya Moon, berusia 18 tahun, mengambil jurusan perakaunan, dan berasal dari Pekan, Pahang." Berkata aku dengan nada yang agak bersahaja.
"Wow! Sedapnya nama. Nama betul ke tu?" Berketawa kecil gadis yang agak pelik perwatakkannya. Mengenakan pakaian T-Shirt  baju hitam lengan panjang dan seluar merah sedang rambutnya diikat tinggi seperti ekor kuda dan wajahnya pula berjerawat di pipi.
"Ya. Itu adalah nama saya yang sebenarnya." Jawab aku dengan melemparkan senyuman kepadanya.
"Sedapnya nama you kan? Sesuai dengan kecantikkan yang you ada." Kata gadis itu lagi.
Aku hanya senyum dan menundukkan wajahku.
"Baiklah adik-adik semua, pada masa yang agak lapang ini, apa kata kamu semua membuat persediaan untuk malam kebudayaan esok." Berkata Kakak Fasilitator yang mengetuai kumpulan aku itu. Aku tidak banyak melibatkan diri dalam acara tersebut memandangkan kedatangan aku agak kelewatan berbanding daripada pelajar-pelajar yang lain.

Alhamdulillah, pada hari sabtu tengahari,minggu orentasi aku sudah berakhir dengan jayanya. Walaupun aku tidak banyak input berkenaan selok belok UiTM ini, akan tetapi dengan berkat Allah S.W.T, Dia menjumpakan aku dengan kawan baruku, juga teman sebilikku yang diberi nama "Husna", gadis yang berasal dari kerteh, Terengganu.  Wajahnya ayu dengan senyuman, berbadan yang agak berisi namun sikapnya begitu lemah lembut membuatkan diriku senang untuk berkongsi masalah bersama.
"Moon, awak sekuliah dengan saya tau, syukur sangatkan?" Sapa Husna kepada aku.
"Eh! Yeke? Saya tak sempat lagi nak tengok time table kita. Terima kasih ya Husna sebab tengokkan." Ujar aku.
"Sama-sama. Moon saya nak tidur dulu ya sebab esok saya kena bangun awal pagi, mak ayah saya nak datang. Kalau awak nak ikut boleh juga. Nanti pagi esok bagitahu keputusannya ya. Saya tidur dulu, good night, Assalamualaikum." Berkata Husna dengan selimut menutupi tubuhnya.
"Waa'laikummussalam." Jawab aku.
Malam itu aku telah menghubungi Ibunda dan Ayahnda. Segala kerinduan aku kian terubat setelah Ibunda dan Ayahnda memberi kata-kata semangat padaku dan akan datang menjenguk aku pada hujung bulan ini meskipun aku berniat untuk pulang ke kampung akan tetapi mereka tidak mengizinkan. Setelah aku menamatkan panggilan bersama Ibunda dan Ayahnda, aku mula melanjutkan jari jemari aku untuk menghubungi Abang Ashraf, namun panggilanku tidak dijawab.

Jam menunjukkan pada pukul 2.00 pagi, dan aku masih tidak dapat lelapkan lenaku dan aku mula mengambil telefon bimbitku dan menghubungi 'Amar'. Tiba-tiba hatiku terdetik untuk membuat panggilan kepadanya, hampir 3kali aku membuat panggiilan kepadanya namun panggilanku tidak dijawab.
"Ya Allah, apakah ujian kepada aku ini?" Bisik hatiku yang serba tidak kena.

Telefon berdering :
Demi cinta dalam hatiku, ku yakin engkau  untukku..
"Lagu dari Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz"

Terpapar didada skrin telefonku nama "Rambut Karat".
"Hello?" Suara perempuan kedengaran.
Terkedu aku mendengar suara itu lalu aku hanya sempat berkata "Assalamualaikum, Amar ada?"
"Siapa ni? Amar tengah mandi la beb. Ada apa ya?" Tanya perempuan itu.
"Ouh, tak ada apalah. Maaf menganggu, Assalamualaikum." Berkata aku dengan nada yang agak pelik. Lantas, aku mematikan panggilanku.
Hairan bila aku memikirkan situasi yang berlaku. Adakah Amar itu yang aku kenal?

"Moon, Moon, bangun Moon." Sapa Husna ketika aku sedang lena dalam tidurku.
"Ya Husna, kenapa ya?" Tanya aku.
"Moon, jom ikut saya nak? Mak ayah saya nak bawa saya pergi beli barang ni. Nak bawa kita ronda-ronda Shah Alam. Boleh kita tahu selok-belok jalan kat sini." Pelawa Husna dengan bersungguh-sungguh.
"Saya tak mandi lagi la Husna. Lain kali saja boleh?"Jawab aku dengan keadaan yang masih lemah.
"Tak apa, lagi 30minit mak ayah saya sampailah. So, cepat pergi mandi. Saya pun tak mandi juga." Ketawa kecil Husna sambil tidak putus asa untuk mengajak aku mengikutnya.

Ini adalah hari pertama aku memulakan kuliahku dan kuliah pertama yang akan aku hadiri adalah Financial Accounting 1. Sewaktu aku mula melangkah masuk ke kuliah pertamaku ini, aku terlihat kelibat seseorang yang pernah aku kenali dan sesungguhnya hatiku benar-benar berdebar pada ketika itu. "Ya Allah, janganlah kau dugakan aku dengan perkara sebegini? Aku masih tidak mampu untuk menghadapinya." bisik hatiku yang semakin berdebar-debar.

Nantikan episod yang seterusnya.

Sunday 24 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 10



Pesanan mesej itu diterima dan pada waktu yang sama, Amar dengan wajah kelakiannya dan penuh bergaya dengan pakaian berbaju melayu penuh(set) berwarna putih susu sedang memerhatikan aku.....
dan sedang itu aku menajamkan mataku ke dada skrin telefon bimbitku dan membaca mesej yang diterima dari Abang Ashraf.

"oi cik adik, tak dengar ke kita panggil cik adik dari tadi? Nak tercabut dah anak tekak ni memanggil dia" sapa Amar dengan tiba-tiba.
"Oi oi konon, saya ada nama ok dan nama saya adalah "Moon Nabella", so, panggil saya dengan nama itu." Berpesan aku pada si Amar.
"Eh dia ni, kan saya dah panggil awak berpuluh-puluh kali, jerit pun awak tak dengar, tahulah buah hati yang mesej sampai buah hati kat sini dia lupakan? Tak apalah, siapalah kita ni kan?" Terang Amar dengan tiba-tiba suaranya berubah.
"Ala, mengajuklah tu, e! Tak malu orang tua mengajuk. Hey, awak ingat tau,kalau orang cepat mengajuk ni dia cepat tua dan jodohnya pun dengan orang tua!" Ketawa aku apabila berkata begitu pada  Amar sambil kelihatan yang dia terlalu kacak pada malam ini.
"Jangan nak menilai jodoh-jodoh orang ni, sebab jodoh saya dengan awak jugak nanti" berkata Amar dengan slumbernya.
Terkedu aku mendengar kata-kata Amar dan aku juga menjawab dengan spontannya "yeke? Alololo...perasan punya rambut karat."
Perbualan kami pada malam itu begitu mencuit hati, dengan membalas-balas hujah masing-masing dan bermain teka-teki dan aku benar-benar seronok sehinggakan aku mengabaikan pesanan mesej yang diterima oleh Abang Ashraf. Amar benar-benar pandai mengambil hatiku untuk bergurau senda dan sambil kami rancak berbual, kedengaran suara yang begitu aneh pula menyusul.
"Oishhhhh...hermghhhhh."
"Eh! Amar? Awak dengar tak suara tu?" Tanya aku dengan penuh berdebar.
"Suara apa? Tak dengar pun.?" Jawab aku..tiba-tiba
"Arrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!" Tolong! Tolong!Tolong Amar..Tolong..!!" Menjerit aku dengan sekuat hati akan tetapi Amar hanya mendiamkan diri.
"Hahaha..hahaha.." Kedengaran suara seseorang yang ketawa dengan terbahak-bahak dengan berpakaian putih.
"Ee Along peluk Abang Amar, Eee..tak malu, Adik bagitahu Ayahnda dan Ibunda." Berkata adik sambil berketawa besar dengan berpakaian telekung wanita dan berbedak putih dimukanya.
"Ha? Aku peluk Amar? Eh!" Bisik hatiku dan lantas melepaskan pelukan ku.
"Amar...Sumpah! Saya tak sengaja tau.Maafkan saya Amar."Ujar aku dengan penuh bersungguh.
Amar hanya melemparkan senyuman dan kenyitan matanya.
"Ya Allah, malunya aku. Macam manalah aku boleh peluk Amar ni? Bisik hatiku dengan penuh rasa malu.
"Naim, nanti Naim buat macam ni lagi ya. Abang Amar suka tau." Berkata Amar pada Adik Naim.
"Ok Abang Amar."Tersenyum Adik Naim kepada Amar.
"Adik, jangan nak mengada ya! Eh? Dah pukul 12malamkan.kenapa Adik tak tidur lagi ni? Karang meningau pulak."
Membebel aku kepada Adik Naim.
"Ya lah, Adik nak tidur dah ni, tapi Ayahnda dan Ibunda suruh Along masuk tidur dan Ayahnda cakap tak manis malam-malam macam ni duduk kat luar berdua" berkata Adik bersungguh-sungguh.
"Ok sayang. Sekejap ya."Ujar aku pada Adik Naim.
"Ok lah awak, saya nak masuk dulu ya. Selamat malam, sambung esok pula ya." Berkata aku sambil memberi senyuman kepada Amar.

Telefon berdering :
Demi cinta dalam hatiku, ku yakin engkau  untukku..oo..meski cinta..
"Lagu dari Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz"
Terpapar didada skrin telefonku nama "Rambut Karat".

"Assalamualaikum, ye Amar?" Jawab aku dengan suara seakan-akan berbisik.
"Waa'laikummussalam.hye,Budak comel!. Buat apa tu?" Soal Amar dengan suara machonya.
"Ouh, saya baru nak terlelap. Ada apa ya awak telefon ni?" Tanya aku
"Menganggu ke comel?"Tanya Amar dengan ketawa kecil.
"Erm, tak pun cuma saya kan dalam bilik ni, itu yang macam tak boleh cakap kuat-kuat, nanti Ibunda dan Ayahnda dengar pulak."Terang aku dengan suara yang masih berbisik-bisik.
"Ouh yeke? Takpa.awak, jom lepak luar nak?" Pelawa Amar
"Ha? Tak nak lah. Nanti apa pulak orang cakap." Jawab aku.
"Ala, jom la.kali ni bukan kita berdua saja, tapi dengan kawan saya. dia bukan lelaki. Sama jantina dengan awak. So, tak perlu risau. Jomlah, bukan saya nak buat apa-apa dekat awak pun" pujuk Amar sekali lagi.
"Kawan awak? Siapa pulak? Ermh, baiklah.awak tunggu lagi 2minit saya keluar.

Jam menunjukkan pada 1.30 minit malam, lalu aku terus ke ruang luar rumah nenek Amar.
"Eh! Mana kawan awak tu?"Tanya aku pada Amar sambil melihat Amar sedang menghisap rokok.
Terkejut beruk aku apabila melihat Amar berperwatakan seperti itu. Al maklumlah, gadis mana yang suka tengok lelaki yang merokok ini. Memanglah ada orang kata lelaki merokok itu macho tapi perkara itu benar-benar bertentangan dengan ajaran kita. Lamunan aku terhenti apabila Amar memanggil aku untuk duduk. Lantas aku duduk dan masih bertanya padanya tentang kawan Amar itu.
"Ha! Inilah kawan saya tu. Comelkan?" Ujar Amar pada aku tentang kawannya itu.
Aku hanya tersenyum sahaja bila melihat kawannya itu dan pasti aku memang berminat dengan kawannya itu.
"Apalah awak ni Amar, main tipu ya?" Kata aku pada Amar
"Eh! Saya tak tipu pun, saya jujur tau. Nama dia 'bear'. Saya tak tahu kenapa orang bagi nama tu kat dia, tapi dia sangat suka saya, mungkin sebab saya ni handsome kan?" Ujar Amar dengan senyuman kecilnya.
"Handsome?tak pun saya tengok." Jawab aku dengan bersahaja. Dan aku masih meneruskan pertanyaan kepada Amar.
"Ha? Ada apa awak ajak saya jumpa ni? Ee, kacau je!" Tanya aku.
"Macam ni Moon, esokkan awak dah tak ada dekat sini, jadi saya nak lepaskan rindu dekat awak la. Tahulah cantik! Mesti ramai orang terpikat tengok awak kat Universitikan?"Jawab Amar dengan nada yang sayu.
"Jangan nak mengada-ngadalah. Kitakan kawan? So insya Allah saya akan ingat awak.'Rambut Karat'"berkata aku.
"Apa-apalah! Yang penting saya suka awak." Jawab Amar.
Kenyataan dari Amar itu membuat aku terkedu dan terpinga-pinga, dan soalan yang seterusnya kedengaran dari Amar.
"Moon, sudi tak awak jadi kekasih hati saya. Saya sanggup kalau dimadukan dengan Ashraf." Ujar Amar.
Aku benar-benar terkejut dengan kenyataan itu. Aku sedar yang aku bukan bermimpi dan aku benar-benar buntu untuk menjawab soalan Amar itu.
"Moon, awak dengar tak ni?" Sapa Amar.
"Ouh. Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?"Tanya aku.
"Sedar Moon, saya sanggup untuk berkongsi dengan Ashraf dan jika awak menerima cinta ikhlas dari saya ini, saya akan bagi beberapa syarat." Jawab Amar dengan nada sayu.
"Syarat? Apa syaratnya?" Tanya aku.
"Macam ni, awak bagi masa pada saya 3 bulan sahaja untuk mencintai awak dan jika awak tak rasa cinta saya dan awak tidak menyintai saya, saya akan berundur dari hati awak." Ujar Amar dengan penuh keikhlasan diwajahnya.
"Macam inilah Amar, saya jujurlah dengan awak ya. Sebenarnya saya benar-benar menyintai Abang Ashraf dan Abang Ashraf minta saya untuk tunggu dia dan insya Allah selepas saya tamat belajar dan mendapat ijazah, kami akan berkahwin. Saya bukan tak mahu bagi peluang dekat awak, tapi saya benar-benar tak sanggup untuk buat Abang Ashraf begitu. Maafkan saya Amar." Terang aku kepada Amar dengan nada lemah.
"Adakah salah kenyataan yang aku berikan pada Amar?" Bisik hatiku.
"Moon, please. Bagi saya 3bulan sahaja. Saya janji! Kalau dalam masa 3bulan tu awak masih tidak menyintai saya, saya akan lupakan cinta saya pada awak dan kita berkawan seperti biasa." ujar Amar lagi.
Berat hatiku untuk memilih Amar dan aku tidak sanggup untuk memperlakukan sebegitu pada Abang Ashraf. Sesungguhnya aku selalu mengingati kata-kata dari guruku di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan. "Kalau kita buat dekat seseorang dengan keadaan baik atau jahat, nescaya Allah akan membalasnya dengan apa yang kamu lakukan dalam kebaikan atau keburukkan." Dan aku tidak sanggup untuk berbuat begitu.
"Amar, saya bukan tak suka pada awak, tapi saya harap awak benar-benar boleh faham situasi saya ni. Maaf" terang aku dengan bernada sayu. Kelihatan raut wajahnya begitu hampa apabila aku menolak cintanya.
"Amar, saya minta diri dulu ya. Maafkan saya kerana melukakan hati awak dan saya harap hubungan kita sebagai kawan selepas ini akan berkekalan." Terang aku kepada Amar sambil aku memulakann langkah untuk kembali masuk ke bilik dan tiba-tiba Amar menghentikan langkahku dan menumpahkan air matanya dihadapanku dengan berkata, "Moon, saya benar-benar cintakan awak. Saya akan tunggu awak hingga ke akhir hayat saya. Simpanlah kata-kataku apabila saya tiada nanti"
"Ya Allah, aku benar-benar rasa bersalah dengan tindakan yang aku lakukan hingga membuatkan Amar benar-benar hampa dengan keputusanku. Namun, aku terpaksa Ya Allah dan air mataku juga tertumpah dan aku benar-benar takut untuk menyimpan kata-kata Amar itu tadi. Bisik hatiku.

Keesokkan pagi, kami sekeluarga dihidangkan oleh Auntie Sha dan Nenek Amar dengan masakan Nasi Dagang Pahang dan ia sungguh menyelerakan. Selepas kami bersarapan pagi bersama, kelihatan Amar masih tidak muncul dan sapaan Ibunda menghentikan lamunanku.
"Eh? Tunggu Amar ke?" Tanya Ibunda.
"Ha? Tak lah Ibunda." Terang aku.
"Dah! Jangan banyak mengelamun, jom angkat barang dan letakkan di dalam kereta."Terang Ibunda.
"Baik Ibunda". Jawab aku.
"Amar masih tidak muncul-muncul. Adakah Amar benar-benar marah pada aku kerana menolak cintanya." Bisik hatiku dengan bersemangat luntur.

Nantikan episod yang seterusya.

Friday 22 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 9


Lamunanku terhenti apabila Amar kembali menghampiriku dan lantas menanyakan soalan kepada aku.
"Eh budak manja? Apa awak cakap tadi ek? Saya tak berapa clear lah?" Tanya Amar dengan senyuman godanya
"Ha? Tanya apa? Tak ingat lah awak, Sorry." Jawab aku dengan nada bersahaja.
"Moon, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Tanya Amar dengan muka serius pula
"Apa dia? Tanya jelah" jawab aku
"Tapi saya nak awak jujur ya, boleh?"
"Jujur? Sejak bila saya tak pernah jujur dengan awak?" tertawa kecil aku menjawab soalan Amar itu.
"Ok ok. Macam ni, hari tu yang datang Hospital tu tunang awak ke?" Tanya Amar
"Datang hospital? Siapa ek?" Tanya aku pula
"Alaaah..yang datang masa saya bagi bunga kat awak tu,ingat tak?" Tanya Amar dengan bersungguh.
"Ouh..Abang Ashraf ya?" Tanya aku pula dan Amar kelihatan hanya mengangguk sahaja pertanyaan aku.
"Dia tunang saya? Siapa cakap kat awak? Aduh! Kantoi la ni!" Jawab aku dengan senyuman bersahaja.
"Ha! Betul ke awak dah bertunang? Ouh..tak apa..bagus lah, benda baikkan? So, bila nak kahwin pulak?" Muka Amar benar-benar berubah namun dia masih mengawal riak wajahnya. Aku tidak mampu untuk menahan lalu aku terus tegelak dengan terbahak-bahak.
"Apalah awak ni Amar, Abang Ashraf tu kawan baik saya. Tak ada maknanya saya nak bertunang awal-awal macam ni. Baru umur 18 tahun, so tak ada masa nak fikir semua tu dan saya nak fokus pada pelajaran dulu dan selepas dapat segulung ijazah, barulah boleh fikir calon suami." Terang aku kepada Amar dengan tenangnya.
"Ouh, kalau saya nak jadi suami awak boleh?" Tanya Amar dengan bersahaja.
"Ouh..boleh..tak ada masalah, asalkan awak jadi seperti Ustaz Adzhar Idrus" tertawa kecil aku menjawab soalannya.
"Ustaz Adzhar Idrus? Ouh, tak ada masalah, sikit punya hal." berkeyakinan Amar dengan kata-katanya.

Walaubagaimanapun, harapan aku untuk calon suamiku adalah 'Abang Ashraf'. Walaupun Amar telah mencuit hatiku, namun anggapan aku kepadanya hanyalah sebagai seorang kawan penghibur hatiku. Tertawa aku bila melihat tingkah laku Amar yang akhir-akhir ini melayan aku dengan sebaiknya. Perbualan aku dan Amar tiba-tiba terhenti seketika apabila Ayahnda memanggil. "Moon, ada orang call ni."
Hatiku mula tertanya-tanya apabila Ayahnda memanggilku. "Siapa ya telefon aku? Abang Ashraf ke? Rindunya aku padanya" bisik hatiku,
lalu telefon bimbitku diserah oleh Ayahnda.

"Assalamualaikum Moon cantik!" Kedengaran suara seseorang yang begitu ceria.
"Waa'laikummussalam!! Eh! Mimi...." Jerit kecil aku mendengar suaranya.
"Ye, aku lah ni, siapa lagi yang suara macam 'Ella artis rock tu'," ketawa kecil Mimi. Lalu lantas meneruskan perbualan bersama aku dan bertanyan " Eh?Moon, kau kat mana tu? Bukan kau sepatutnya dah ada dekat UiTM Shah Alam ke?" Tanya Mimi dengan bersemangatnya.
"Tak lah mimi, aku dekat kampung ni, ada kenduri tahlil, lagi pun baru-baru ni aku dimasukkan ke Hospital."Terang aku dengan bersahaja.
"Ha? Kau sakit? Sakit ape weh?"Tanya Mimi dengan nada cemas
"Eh! Tak lah, aku sakit biasa-biasa je, kena 'Migrain'. Jawab aku
"Ouh, Alhamdulillah. Selamat tak sakit yang kronik. So, bila kau nak daftar UiTM tu?" Tanya Mimi sekali lagi
"Aku mungkin daftar hari esoklah dan lagipun aku baru je keluar wad ni."Senyum aku sambil berkata
"Ouh, syukurlah. Eh Moon, aku ada hal lainlah pulak, sorry tau tak dapat cakap lama, Ruby kirim salam rindu dekat kau.Sorry sangat-sangat ya. Bye Moon, jaga kesihatan, Assalamualaikum."
Terang Mimi dengan nada tiba-tiba berubah.
" Ok..waa'laikummussalam..terima kasih call aku ya. Bye." Perbualan aku dan Mimi tamat. Tersenyum gembira aku bila Mimi menghubungiku, teringat kisah suka duka kami bersama, bukan sahaja dengan Mimi, bahkan dengan Ruby dan Kainal juga begitu. Seronok apabila  mereka sudah melanjutkan pelajaran dan dengan masa yang sama, aku masih melukut di tepian gantang.

Kelihatan Amar masih menungguku untuk melanjutkan perbualan, akan tetapi aku ingin menghentikan perbualan dan pesanan mesej dihantar kepada Amar.

"Amar, saya nak masuk rumah dululah.nak rehatkan badan kejap. Maaf ya, nanti kita berbual lagi."

"Hai Moon, nak kemana tu?" Sapa Auntie Sha dengan bersahaja
"Eh Auntie,ermmm,Moon nak ke dapur kejap, nak minum air sikit, boleh ya Auntie?" Tanya aku
"Eh, apalah kamu ni Moon, mestiilah boleh, lain kali tak payah minta-minta kebenaran, buat macam rumah sendiri, nenek wan tak kisah dan lagi pun Moonkan bakal jadi menantu Auntie juga"
"Ha? Menantu.?apa-apalah Auntie. Eh Auntie, Uncle Hasyim mana ya?" Tanya aku dengan spontan. Al maklumlah, kalau aku tak tanya soalan ini, alamat lagi merepek Auntie dengan aku.
"Ouh, Uncle? Dia ada emergency case dekat kuantan. Ada kes rompakan, itu yang Uncle kena balik." Terang Auntie.
"Ouh, ok. Tak mengapalahh Auntie, Moon ke dapur dulu ya." aku mematikan perbualan kami dan Auntie Sha hanya memberikan senyumannya yang manis itu dan aku meneruskan langkahan ke dapur untuk mendapatkan segelas air putih.

"Kamu suka pada Amar tak?" Tanya Auntie Sha yang tiba-tiba menanyakan soalan begitu dari belakang aku. Hampir tersembur air yang telah aku tegukkan.
Aku hanya terpinga-pinga dengan soalan Auntie Sha itu dan hanya mampu menjawab,
"Alhamdulillah setakat ni saya suka dan senang nak berkawan dengan dia. Oh ya Auntie, Moon minta diri dulu ya sebab Moon nak rehat-rehatkan badan sekejap sebab rasa tak sedap badan pula" ujar aku dengan niat supaya Auntie Sha tidak mempersoal aku dengan soalan yang pelik kerana pada aku Auntie Sha seolah-olah berminat dengan aku dan seakan-akan ingin men jodohkan aku dengan Amar walhal cinta aku hanya pada Abang Ashraf.

Pada malam yang penuh dengan kedinginan dihiasi pula bunyi-bunyian serangga-serangga hutan membuatkan aku rasa begitu tenang meskipun hatiku kadang-kala terdetik dengan nama insan yang benar-benar aku sayangi dan rindui 'Abang Ashraf'. Sudah hampir sehari suntuk aku menunggu panggilan atau pesanan ringkas dari Abang Ashraf, namun kelibat atau bayang nama tidak langsung menembusi dada telefon bimbitku dengan kiriman atau panggilan dari 'Abang Ashraf'. Persoalan dibenak fikiranku kian berfikir dengan soalan-soalan yang menganggu akal fikiranku,  "Adakah Abang Ashraf sudah menjumpai teman pengganti? atau "adakah Abang Ashraf telah merasakan kepudaran untuk terus mencintaiku?" atau "adakah Abang Ashraf tidak perlukan aku lagi semenjak beliau melihat perhubungan aku dengan Amar begitu akrab?" Ya Allah, doa ini selalu ku bacakan kepadaMu supaya aku terus menemui cinta sejatiku pada suatu masa nanti dengan suatu potongan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang berkuasa keatas langit dan juga bumi, yang berkuasa menyatukan adam dan hawa dengan cinta sejatinya, namun disini Ya Allah, aku adalah hambamu yang benar-benar kerdil ingin memohon munajat darimu supaya suatu hari nanti kau akan pertunjukkan padaku siapakah yang akan memimpinku tika aku sudah dinikahi, kau jodohkanlah aku dengan insan yang benar-benar menyintai aku,memimpin aku ke jalan keredhaanmu dan menyayangi aku seperti mana aku menyayangi kedua Ibunda dan Ayahndaku, insya Allah, Amiin Ya Rabbal A'lamiin.." Berdoa aku dengan penuh kekhusukkan dengan linangan air mataku menjatuhi ke bumi.

Pesanan mesej diterima :

"Assalamualaikum Moon, abang minta maaf sebab abang tak dapat hubungi Moon hari ini. Moon apa khabar? Macam mana dengan kesihatan Moon tu, abang disini sentiasa mendoakan Moon dan sekeluarga dilindungi dan dirahmati dari Allah yang maha esa. Abang benar-benar rindukan Moon dan harap Moon dapat bersabar dengan karenah abang yang kurang memberi perhatian kepada Moon, tapi kesabaran Moon tidak akan tahan begitu lama kerana abang sedang berusaha untuk menyimpan wang untuk abang menikahi dan mengahwini Moon. Tunggu ya sayang abang. Maafkan abang."

Pesanan mesej itu diterima dan pada waktu yang sama, Amar dengan wajah kelakiannya dan penuh bergaya  mengenakan pakaian berbaju melayu penuh(set) berwarna putih susu sedang memerhatikan aku.....

Nantikan Episod seterusnya

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 8


Episode 8


Aku didakapi oleh ibunda seerat-eratnya. Persoalan mula timbul. Kenapa aku dimasukkan ke hospital berhari-hari? dan apa sebenarnya penyakitku?

Kelihatan hanya ibunda sahaja yang menemani aku di wad. Mereka yang tadi datang melawat aku sudah tidak kelihatan. Ibunda yang duduk melihatku kelihatan sebak dan aku benar-benar buntu. Aku tidak mampu bersuara dan hanya berlinangan air mata apabila sesiapa saja melawati aku.

Sudah 2 hari aku berada di Hospital Temerloh Pahang dan kesihatan aku betambah pulih. Syukur pada yang Esa.
 Sapa aku dengan tiba-tiba
"Ibunda..macam mana dengan pembelajaran Along di Universiti ya? Bukan ke Along sepatutnya kena lapor diri hari semalam ke?"
"Along, Kan Along tak sihat sepenuhnya, lagipun doktor tak bagi kebenaran untuk Along dibenarkan keluar dari wad ni dan berkenaan study Along di Uitm tu, Ayahnda dah maklumkan pada mereka dan sekarang hanya minggu suai kenal pelajar-pelajar selama seminggu, So.. Along jangan risau ya. Kalau Along betul-betul dah sihat sepenuhnya, bolehlah pergi belajar nanti." Terang ibunda dengan penuh sabar.
Tiba-tiba aku menanyakan soalan yang sudah lama aku ingin tahu jawapannya
"Along sakit apa ya ibunda?"
Kelihatan berubah wajah ibunda dengan tanyaan aku.
"Along sakit hati kan?" Tertawa ibunda dengan sengajanya
"Betul-betullah ibunda" tanya aku lagi
"Macam ni lah Long, Along sebenarnya mengidap penyakit demam kura-kura" nada ibunda yang serius bertukar ketawa kecil.
"Ibunda..Along serius ni, please..bagitahulah Along." Tanya aku lagi dengan serius
"Ya ampun anak ibunda ni, Along tak ada sakit yang serius lah sayang, hanya Along rebah pada malam itu dan doktor mensyakki Along menghidapi Migrain akibat tekanan sayang. Puas hati?" Tanya ibunda aku sambil melemparkan senyuman.
Aku masih ragu-ragu dengan jawapan ibunda. Diikutkan hati, ingin saja aku terus berjumpa dengan doktor akan tetapi niat hatiku dipatahkan apabila si dia insan yang aku sayangi dalam hatiku hadir dengan penuh bergaya apabila mengenakan kemeja biru, berambut kepacak-pacakan style zaman kini melihat aku dengan penuh senyuman yang ikhlas sambil memberi ucapan salam pada aku dan juga Ibunda. "Sungguh kacak Abang Ashraf pada hari ini, rupanya benar-benar mirip Zain  pelakon malaysia dalam drama "setia hujung nyawa ( TV3 )" bisik hatiku.
"Moon..Abang mintak maaf sebab tak datang awal-awal untuk melawat moon. Abang baru saja tahu yang Moon masuk wad dan itupun sebab abang hubungi Moon dan Adik Naim yang bagitahu abang. Maaf ya Moon." Ujar Abang Ashraf yang penuh dengan senyuman ikhlasnya.
"Maaflah Ashraf, makcik tak sempat nak bagitahu kamu." Sapa Ibunda
"Ouh..tak apa Makcik, lagi pun Ashraf ada hubungi Pakcik sebelum datang kesini." Ujar Abang Ashraf
"Hai Assalamualaikum" Tiba-tiba suara itu muncul.
Kelihatan manis senyumannya ala-ala Remy Ishak dengan mengenakan pakaian T-Shirt berwarna hijau pucuk pisang dengan tulisan tertulis dibajunya itu "I Love you" dan sambil memegang sejambak bunga Ros lalu
menyapa aku, dan juga Ibunda.
Kelihatan Amar juga bersalaman dengan Abang Ashraf dan aku hanya memandang ke arah ibunda dan ibunda pula mengangkat kening dan mengerutkan dahinya kepada aku.
"Moon apa khabar ya? Sihat?" Sapaan Amar kepadaku yang kelihatan berdiri dihadapan katilku.
"Sihat Alhamdulillah" itu saja ungkapan yang mampu aku berikan. Sebenarnya aku benar-benar malu dengan apa yang Amar telah buat padaku namun Amar langsung berperwatakan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Ha..ambil ni! Khas untuk awak" Hulur Amar kepadaku dengan sejambak bunga yang kelihatan itu tadi.
"Terima kasih."Jawab aku
"Kasihmu diterima Moon" jawab Amar dengan yakinnya.
Tiba-tiba sapaan Abang Ashraf menamatkan perbualan kami.
"Moon..Moon nak buah tak? Meh abang potongkan?"
"Tak apalah abang. Moon ta selera" jawab aku
"Jangan macam tu, tak apa abang potongkan, abang bagi buah epal merah ya, tanda kasih dan rindu abang pada Moon" spontan Ashraf dengan kata-katanya dihadapn aku, ibunda dan Amar.
Kelihatan wajah Amar tiba-tiba berubah.
Selepas Amar dan juga Abang Ashraf pulang, ibunda terus bersuara, "kelakar sungguh ibunda tengok mereka berdua tu" ujar ibunda.
"Apa yang kelakarnya ibunda, Along tengok Ok je, siap bergelak ketawa mereka berdua tu." Kata aku dengan yakinnya.
"Yelah Long, tapi itu hanya sandiwara je, ibunda ni dah banyak makan garam ya, so, ibunda lebih bijak untuk menilai mereka berdua tu" yakin sungguh ibunda berkata.
"Sandiwara? Apalah ibunda ni? Pandai-pandai je?" Jawab aku
"Selamat umur kamu muda lagi sayang, kalau tak ibunda dah suruh kamu pilih yang mana kamu nak?" Soalan itu tiba-tiba muncul dari mulut ibunda.
"Apa..lah ibunda ni, merepeklah tu" jawab aku tanda sabotaj
"Macam ni lah Along, dengar betul-betul apa yang ibunda cakap ni" lalu ibunda menerangkan kepadaku dengan bersemangatnya dan secara jujurnya aku pun bersependapat dengan ibunda namun atas keegoanku, aku terpaksa untuk menidakkan apa yang ibunda katakan. Sesungguhnya aku benar-benar buntu melihat perangai dan cara mereka terhadap aku.

Alhamdulillah, aku telah dikeluarkan dari hospital Temerloh Pahang dan doktor juga memberi pesanan kepada aku untuk datang semula pada bulan hadapan untuk pemeriksaan seterusnya. Tanya aku pada doktor itu tentang penyakitku dan ujarnya adalah aku mempunyai masalah migrain dan tekanan darah yang kurang stabil dan nasihatnya kepada aku, jangan selalu muram, stress dan kawal emosi dengan baik. Syukur yang tiada penyakit yang berbahaya menimpaku. Alhamdulillah.

Kini aku masih menetap dirumah nenek Amar kerana keesokkan harinya aku akan ke Uitm untuk melaporkan diri sebagai pelajar disana  dan layanan keluarga Amar dan neneknya  terlalu  baik apatah lagi si Amar itu. Kelihatan gadis yang pernah memalukan aku tidak kelihatan dan aku langsung tidak menanyakan pada sesiapa yang kemana menghilang 2 orang gadis itu. Lamunan aku terhenti apabila Adik Naim memanggil aku untuk menemaninya ke tandas. Al maklumlah, rumah kampung, jadi tandasnya berada diluar rumah dan pada aku, itu tidak menghalang aku sebagai seorang wanita yang tidak pernah menjumpai rumah yang ruang tandasnya berada diluar rumah. Sekali lagi aku bersyukur padamu Tuhan kerana tidak mempunyai perangai cerewet seperti gadis-gadis yang kekok dengan keadaan ini.

"Hoi cik adik, tengah tunggu giliran ke kaunter pelaburan saham ke? Berapa banyak nak melabur tu? Mesti banyakkan?" Kedengaran suara sumbang dan gelakan besar dibelakang aku dan aku pasti itu adalah Amar.
"Assalamualaikum Encik Abang, cik adik hari ni tak cukup modal nak melabur, kalau Encik Abang ada modal lebih, boleh bagi saya sikit." Jawab aku dengan senyuman sinis.
Kelihatan Amar sedang ketawa berguling-guling apabila mendengar kata-kataku sebentar tadi dan hatiku pula berbisik.
"Mamat ni sewel ke? Apa yang lawak entah? Aku rasa, aku tak ada langsung buat lawak."

Tiba-tiba

Menjerit kata-kata aku apabila melihat Adik Naim sudah melabur sahamnya di dalam seluarnya. "Ya Allah! Kenapa adik berak dalam seluar? Tak senonohnya! Eee..busuknya!!"
Tak lama selepas itu, nenek wan datang menyapa Adik Naim dan membawanya ke perigi untuk dicuci najisnya.

Terkejut besar aku apabila  Amar menarik tanganku dan membawa aku ke pondok kecil di belakang rumah neneknya dan sebelum sempat sampai ke pondok itu aku melepaskan pegangan Amar padaku dengan sepantasnya sambil berkata
"Amar, tak manis kalau awak pegang tangan saya sebab kita bukan muhrim ya dan tak elok perbuatan itu disisi agama dan agama kita melarang sekeras-kerasnya perbuatan itu" nasihat aku kepada amar dengan sempat melemparkan senyuman kepadanya.
"Ouh yeke? Walaupun saya tak bernafsu memegang awak" tanya Amar seolah-olah pelik dengan kata-kataku.
Aku hanya memberikan senyuman kepadanya dan mematikan perbualan kami dengan sepotong ayat yang membuatkan Amar terkedu tanpa berkata apa.
"Amar, kenapa awak layan saya dengan baik ya? Walhal saya langsung tidak pernah bagi sesuatu yang istimewa untuk awak."Tanya aku dengan spontannya.
Amar hanya mendiamkan diri dan hanya berkata, "ha? Ouh..ok, eh! Moon..saya nak melabur sahamlah, nanti sembang balik ya, 5minit ya!" Senyum Amar dengan raut wajah yang sedikit debar.


Nantikan Episod yang seterusnya

Wednesday 20 February 2013

Drama bersiri " Moon Nabella" Epi 7


EPISOD 7

Tiba-tiba ayahnda muncul dihadapanku dan berkata, " Along, kenapa ni? Kenapa Along terjerit-jerit?" tanya ayahnda dengan penuh kerisauan.
Lalu aku menceritakan pada ayahnda dengan linangan air mata yang begitu tragis akan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Aku pasti, jika perkara ini berlaku kepada wanita-wanita diluar sana, Pasti! Mereka akan lebih agresif untuk membidas dan membenci 2 gadis dan lelaki yang sebelum ini dianggap "sahabat". Secara jujurnya, aku benar-benar tidak menyangka yang Amar berkomplot untuk memalukan aku.Tidak lama kemudian,Aku, Amar dan 2 orang gadis itu dipanggil untuk duduk semeja di halaman rumah nenek Amar untuk berbincang bersama ayahnda dan uncle Hasyim bagi menyelesaikan masalah yang timbul sebentar tadi.
Diikutkan sebenarnya, aku seboleh-boleh menolak permintaan ayahnda untuk duduk berbincang dengan orang aku benar-benar benci ini namun kerana hormat dan terlalu takut bila sergahan dan arahan dari ayahnda, aku tidak mampu untuk membangkang walaupun aku tahu perbuatan aku ini amatlah bertentangan dengan ajaran agamaku dan sebagai insan yang begitu lemah untuk menempuhi semua dugaan ini. Perbincangan bermula dengan suara ayahnda yang begitu tegas sambil diperhatikan oleh Uncle Hasyim yang duduk dan serius dengan air mukanya memandang ke arah kami berempat dan kami hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.
 Kelihatan bukan hanya kami berenam duduk semeja, akan tetapi dilihat berpuluh-puluh orang kampung sedang memerhatikan kami. Soalan pertama keluar daripada bibir ayahnda adalah dengan menanyakan soalan padaku akan apa yang telah berlaku. Aku pada mulanya hanya mendiamkan diri namun atas desakan ayahnda, aku menceritakan apa yang telah berlaku sambil air mataku berlinangan dengan derasnya dan aku kurang pasti adakah mereka faham akan apa yang telah aku ceritakan kerana suaraku tersekat-sekat menahan air mataku.Tiba-tiba suara lantang ini muncul"Sumpah! Demi Tuhan! Amar tak ada niat langsung nak berkomplot denganNonie dan Yati! Moon, sampai hati kau fitnah aku ya? " Terkejut aku mendengar kata-kata Amar yang mencelah keteranganku dengan nada yang begitu keras sambil raut wajahnya yang begitu pucat berkata-kata kepada Ayahnda dan Uncle Hasyim.
"Ya Allah, apakah ini benar yang diperkatakan oleh Amar?" Aku terus kebingungan.Uncle Hasyim dengan muka ketatnya memandang kearah 2 orang gadis itu dan kalau tak silap aku, Amar memanggil mereka Nonie dan Yati."Nonie! Yatie! Pak Long nak kamu jujur dengan Pak long sebelum Pak Long mengambil tindakan keatas kamu berdua! Kamu kenalkan Pak long ni siapa? " Tanya Uncle Hasyim dengan penuh ketegasan.Kalau dilihat, Nonie kelihatan perempuan yang berambut warna keperang-perangan diikat kuda, dengan kulit secerah kulit wanita korea dan berusia lingkungan 20an dan Yati pula kelihatan badannya agak berisi dengan rambut yang lurus pada paras bahu dan matanya ala-ala jepun dengan usia lingkungan sama sahaja dengan Nonie.
Itu yang dapat aku gambarkan mengenai diri mereka ketika ditanya oleh Uncle Hasyim."Pak..Pak..Pak Long, Nonie memang tak bersalah, yang bersalah adalah Moon sebab dia yang mula dulu, kalau tak percaya Pak Long tanya Yati. Sumpah Pak Long! Nonie tak tipu" bergetar suaranya ketika menjawab soalan dari Uncle HasyimTiba-tiba Yati pula bersuara dengan kata-kata yang pelik " Eh Pak Long, se..sebenarnya memang Moon yang salah tapi Nonie pun salah jugak, tapi sikit ajelah sebabnya Moon yang banyak kutuk Nonie dan Nonie pun maki hamun la kat Moon! Yati dengar saja Pak Long""Eh!Mana satu yang betul ni?kau orang berdua jangan main-main dengan anak Pakcik, silap hari bulan dua-dua Pakcik sumbat lokap! " Berkata ayahnda dengan nada yang serius.Jawab Nonie dengan slumber. "Pakcik! Kalau Moon betul-betul tak bersalah, Pakcik selidik dan tanya dia betul-betul dan suruh dia berkata dengan sejujur-jujurnya. Bak kata orang "kalau berani kerana benar, kalau takut kerana salah" Tengoklah, dari tadi asyik menangis, entah betul tidak? So,kalau nak tahu siapa betul dan siapa salah? Nonie nak Moon buka tudung dia dan tunjukkan love bite yag berada dilehernya"Tanpa disedari,
"Pang!!!" aku terus menampar muka si Nonie itu dan menjerit padanya sekuat hati."Apa masalah kau ha? Kenapa kau fitnah aku macam-macam ha? Kau nak Amar tu ambiklah! Aku sikit tak hadap! Meh sini! Sini kau tengok betul2 leher aku! Tengok dalam baju aku ada love bite ke tak binatang ha!! Sini kau! Ha, tengok! Tengok binatang! Tengok!!!!!!!!!! Binatang!!!!!!!" Mengamuk dan menjerit aku sekuat hati pada si Nonie itu dan tanpa disedari tudung dan baju aku telah aku koyakkan untuk membuktikan yang aku benar-benar tak bersalah dan tiba-tiba.."Moon...Moon...bangun Moon...bangun..jangan tinggalkan saya.. " Kedengaran suara Amar yang sebak memanggilku dan aku tidak berdaya untuk mengatakan apa-apa dengan mataku yang masih tidak dapat dibuka dengan seeloknya.
"Ya Allah, peritnya dugaan yang kau berikan padaku Ya Allah. Aku tidak mampu untuk memikulnya Ya Allah. Kalau kau ingin mengambil nyawaku sekarang, ambillah Ya Allah..cabutlah nyawa aku ini" bisik hatiku sambil linangan air mata tiba-tiba berguguran. Sesungguhnya, aku tidak pernah berhadapan dengan situasi yang mencemarkan maruah aku dan keluargaku di khalayak ramai.Sambil aku merasakan yang Amar sedang memegang erat jari jemariku dan mengucupnya walaupun aku berusaha segigihnya untuk membukakan mataku dan dalam kekaburan kelihatan Amar juga berlinangan air matanya dan mendengar kata-katanya padaku "Moon.. Awak tahu tak yang awak telah mengetuk pintu hati saya Moon dan kalau awak sedar sekarang, sayalah insan yang paling gembira dalam dunia ni Moon! Please Moon, jangan macam ni..bangun Moon..bangun.." Aku tidak mampu untuk menghalang pegangan dan kucupan Amar pada jari jemariku kerana aku benar-benar lemah dan hanya usaha aku untuk mengerakkan kepala perlahan-lahan bagi memberikan isyarat kepada Amar supaya melepaskan pegangannya namun Amar tetap memegang jari-jemariku dengan seerat-eratnya kerana beliau tidak mengerti apa yang aku maksudkan.
 Hanya memohon maaf kepada Allah yang Maha Pengampun supaya memaafkan Amar dengan tindakan yang dilakukannya kepadaku pada saat ini.Jika Tuhan benar-benar ingin mengambil nyawaku pada saat ini izinkan aku bersuara untuk mengatakan pada Amar. "Awak..saya minta maaf sangat-sangat! Maafkan saya kerana menfitnah awak..maafkan saya Amar.." Tak lama selepas itu, aku melihat ibunda, ayahnda, adik Naim, Uncle Hasyim dan Auntie Sha menghampiriku dan kelihatan Amar telah melepaskan peganganya sebentar tadi dan Amar hilang begitu saja. Harapan aku, janganlah mereka sedar akan perbuatan Amar sebentar tadi kerana Dialah lelaki yang pertama yang bukan muhrim menyentuh jari-jemariku dan tidak mahu mereka akan berprasangka buruk pada Amar kerana kini aku yakin "Amar TIDAK bersalah" "Along macam mana sayang.
 Sabar ya sayang, kuatkan semangat ya?" Berkata ibunda yang tiba-tiba sebak melihatku.Hanya linangan air mata sahaja aku dapat berikan. Suaraku tidak berupaya mengeluarkan kata-kata dan badanku tidak mampu untuk bergerak dan hanya gerakan kepala saja mampu aku gerakkan namun ia dengan kadar yang sangat lemah."Along kena banyak berehat, jangan banyak berfikir ya. Kalau Along dengar cakap ayahnda, Pasti Along akan sihat secepat mungkin. Ok sayang?" Bersemangat ayahnda dengan kata-katanyaSambilku lihat adik Naim dan Ibunda memegang erat jari jemariku dan kelihatan mereka semua begitu sebak melihatku dan tertanya-tanya, apa sebenarnya penyakitku? Nantikan episod yang seterusnya