Wednesday 27 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 11


"Kami balik dulu ya. Doakan perjalanan kami selamat" berkata Ayahnda ke pada Auntie Sha dan Nenek wan dengan bersemangat. Amar masih tidak menunjukkan wajahnya dan perjalanan aku bermula untuk ke UiTM Shah Alam. Aku mula melabuhkan mataku untuk mendapatkan selelap tidur dan memandangkan aku tidur agak kelewatan semalam, jadi aku perlu merehatkan badanku dengan secukupnya untuk berada di UiTM kelak.

"Along, Along. Bangun sayang. Kita dah sampai ni." Kedengaran suara Ibunda menghentikan lenaku dan kini aku sedar yang aku telah berada di UiTM Shah Alam sedang Ayahnda memberhentikan kenderaannya dan berjumpa dengan pengawal yang bertugas disitu. Selepas itu,  Ayahnda pula meneruskan perjalanannya hingga kami berada di hadapan banggunan "Hal Ehwal Pelajar UiTM"
"Along, jom turun. Kita kena buat pendaftaran disini." Sapa Ayahnda.
Aku memulakan langkahku dan memasuki banggunan itu sambil ditemani oleh Ayahnda. Alhamdulillah, kini aku telah selamat menjadi pelajar UiTM Shah Alam dalam jurusan perakaunan dan kini kami dibawa ke tempat penginapanku yang agak jauh dari banggunan tadi. Sekarang aku telah berada di kolej kediaman 'kolej Mawar' dan segala peralatanku telah dibawa ke bilik tidurku yang mana fasilitator bertugas membantuku.

"Sayang, selepas ni kamu akan dibebaskan dari pengawasan Ayahnda dan Ibunda. Kamu perlu cekal dengan apa keadaan sekalipun. Ayahnda dan Ibunda akan senantiasa mendoakan kejayaan kamu di dunia dan juga di akhirat." Kata Ayahnda dengan nada yang begitu sayu. " Along, Ibunda nak Along ingat pesanan Ibunda, kalau Ibunda dan Ayahnda tiada nanti, Ibunda nak Along tinggal dengan Auntie Sha ya .Amanah ya Along" Kata Ibunda pula dengan nada yang sebak.
"Eh! Apa Ibunda dan Ayahnda cakap ni? Along tak sukalah dengar Ibunda cakap macam ni. Along tak naklah belajar dekat sini, Along nak ikut Ibunda dan Ayahnda pulang." Ujar aku dengan air mataku menumpah membasahi pipi.
"Jangan macam tu long, kan selepas ni Along dah tak tinggal bawah ketiak Ibunda dan Ayahnda. Janganlah fikir yang bukan-bukan ya sayang". Berkata Ibunda dengan senyuman manisnya.

Pada waktu itu, hanya pelukan seerat-eratnya aku pada Ibunda, Ayahnda serta Adik Naim. Aku tidak dapat gambarkan betapa sedihnya hatiku bila mengenangkan Ibunda, Ayahnda serta Adik Naim meninggalkan aku dari kampus pembelajaranku. Hanya kiriman doa dari aku untuk mereka supaya perjalanannya selamat dilindungi oleh Allah S.W.T.
"Adik, Adik cepat-cepat siap ya, kita nak ke dewan ni. Walaupun Adik lambat masuk berdaftar, tapi Adik kena juga jalani orentasi ini ya." Menyapa Kakak Fasilitator yang bertugas dan aku hanya sempat menganggukkan kepalaku padanya.

Aku hanya mengenakan pakaian berwarna merah jambu berlengan panjang,berseluar sukan berwarna hitam,berkasut sukan dan bertudung bawal hitam bercorak daun bunga tulip berwarna hijau. Hanya pakaian yang sederhana sahaja melekat ditubuhku dan bermulalah sesi pengenalan aku bersama ahli kumpulanku yang diberi nama 'Jambu'. Walaupun aku agak kekok dengan situasi ini,namun aku terpaksa menghadapinya.
"Assalamualaikum semua, saya Moon Nabella dan anda semua boleh panggil saya Moon, berusia 18 tahun, mengambil jurusan perakaunan, dan berasal dari Pekan, Pahang." Berkata aku dengan nada yang agak bersahaja.
"Wow! Sedapnya nama. Nama betul ke tu?" Berketawa kecil gadis yang agak pelik perwatakkannya. Mengenakan pakaian T-Shirt  baju hitam lengan panjang dan seluar merah sedang rambutnya diikat tinggi seperti ekor kuda dan wajahnya pula berjerawat di pipi.
"Ya. Itu adalah nama saya yang sebenarnya." Jawab aku dengan melemparkan senyuman kepadanya.
"Sedapnya nama you kan? Sesuai dengan kecantikkan yang you ada." Kata gadis itu lagi.
Aku hanya senyum dan menundukkan wajahku.
"Baiklah adik-adik semua, pada masa yang agak lapang ini, apa kata kamu semua membuat persediaan untuk malam kebudayaan esok." Berkata Kakak Fasilitator yang mengetuai kumpulan aku itu. Aku tidak banyak melibatkan diri dalam acara tersebut memandangkan kedatangan aku agak kelewatan berbanding daripada pelajar-pelajar yang lain.

Alhamdulillah, pada hari sabtu tengahari,minggu orentasi aku sudah berakhir dengan jayanya. Walaupun aku tidak banyak input berkenaan selok belok UiTM ini, akan tetapi dengan berkat Allah S.W.T, Dia menjumpakan aku dengan kawan baruku, juga teman sebilikku yang diberi nama "Husna", gadis yang berasal dari kerteh, Terengganu.  Wajahnya ayu dengan senyuman, berbadan yang agak berisi namun sikapnya begitu lemah lembut membuatkan diriku senang untuk berkongsi masalah bersama.
"Moon, awak sekuliah dengan saya tau, syukur sangatkan?" Sapa Husna kepada aku.
"Eh! Yeke? Saya tak sempat lagi nak tengok time table kita. Terima kasih ya Husna sebab tengokkan." Ujar aku.
"Sama-sama. Moon saya nak tidur dulu ya sebab esok saya kena bangun awal pagi, mak ayah saya nak datang. Kalau awak nak ikut boleh juga. Nanti pagi esok bagitahu keputusannya ya. Saya tidur dulu, good night, Assalamualaikum." Berkata Husna dengan selimut menutupi tubuhnya.
"Waa'laikummussalam." Jawab aku.
Malam itu aku telah menghubungi Ibunda dan Ayahnda. Segala kerinduan aku kian terubat setelah Ibunda dan Ayahnda memberi kata-kata semangat padaku dan akan datang menjenguk aku pada hujung bulan ini meskipun aku berniat untuk pulang ke kampung akan tetapi mereka tidak mengizinkan. Setelah aku menamatkan panggilan bersama Ibunda dan Ayahnda, aku mula melanjutkan jari jemari aku untuk menghubungi Abang Ashraf, namun panggilanku tidak dijawab.

Jam menunjukkan pada pukul 2.00 pagi, dan aku masih tidak dapat lelapkan lenaku dan aku mula mengambil telefon bimbitku dan menghubungi 'Amar'. Tiba-tiba hatiku terdetik untuk membuat panggilan kepadanya, hampir 3kali aku membuat panggiilan kepadanya namun panggilanku tidak dijawab.
"Ya Allah, apakah ujian kepada aku ini?" Bisik hatiku yang serba tidak kena.

Telefon berdering :
Demi cinta dalam hatiku, ku yakin engkau  untukku..
"Lagu dari Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz"

Terpapar didada skrin telefonku nama "Rambut Karat".
"Hello?" Suara perempuan kedengaran.
Terkedu aku mendengar suara itu lalu aku hanya sempat berkata "Assalamualaikum, Amar ada?"
"Siapa ni? Amar tengah mandi la beb. Ada apa ya?" Tanya perempuan itu.
"Ouh, tak ada apalah. Maaf menganggu, Assalamualaikum." Berkata aku dengan nada yang agak pelik. Lantas, aku mematikan panggilanku.
Hairan bila aku memikirkan situasi yang berlaku. Adakah Amar itu yang aku kenal?

"Moon, Moon, bangun Moon." Sapa Husna ketika aku sedang lena dalam tidurku.
"Ya Husna, kenapa ya?" Tanya aku.
"Moon, jom ikut saya nak? Mak ayah saya nak bawa saya pergi beli barang ni. Nak bawa kita ronda-ronda Shah Alam. Boleh kita tahu selok-belok jalan kat sini." Pelawa Husna dengan bersungguh-sungguh.
"Saya tak mandi lagi la Husna. Lain kali saja boleh?"Jawab aku dengan keadaan yang masih lemah.
"Tak apa, lagi 30minit mak ayah saya sampailah. So, cepat pergi mandi. Saya pun tak mandi juga." Ketawa kecil Husna sambil tidak putus asa untuk mengajak aku mengikutnya.

Ini adalah hari pertama aku memulakan kuliahku dan kuliah pertama yang akan aku hadiri adalah Financial Accounting 1. Sewaktu aku mula melangkah masuk ke kuliah pertamaku ini, aku terlihat kelibat seseorang yang pernah aku kenali dan sesungguhnya hatiku benar-benar berdebar pada ketika itu. "Ya Allah, janganlah kau dugakan aku dengan perkara sebegini? Aku masih tidak mampu untuk menghadapinya." bisik hatiku yang semakin berdebar-debar.

Nantikan episod yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment