Thursday 28 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 12


Bisikkan ku terhenti apabila Husna menyapa aku.

"Moon, awak perasan tak mamat dekat sebelah hujung sana asyik tengok dekat kita sahaja, tak tahulah dia tengok saya ke awak? Rasanya awak kut," sapa Husna.

"Ha? Yeke? Bukanlah. Dia tengok lain tu. Mana tahu mata dia juling ke?" Senyum aku apabila ingin menyakinkan Husna.

"Eh! Kesitu pulak. Ee, tak selesa betul aku dengan orang yang macam ni. Menganggu konsentrasi betul!erghh." Tiba-tiba Husna bersuara berang dengan perbuatan lelaki itu.
Aku hanya berketawa kecil apabila Husna berkelakuan seperti itu dan dia mengingatkan aku pada seseorang rakan baikku di kampung iaitu 'Ruby'. Namun perasaan berdebar aku masih tidak hilang akan siapa yang lihat pada mula aku melangkah masuk ke kuliah ini dan aku juga tidak memberanikan diri untuk menoleh ke kiri, kanan dan juga belakang meskipun aku  pasti siapa orang itu sebenarnya.

Setelah 3 minggu aku berada di UiTM Shah Alam, Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.Kelibat seseorang yang agak aku kenali itu jarang diketemui sehinggalah suatu keadaan yang mana Allah mempertemukan aku dengan si dia di hadapan cafeteria sedang aku ingin membeli makanan pada waktu yang tidak dijangkakan iaitu pada sebelah senja yang mana jarum jam pada tanganku menunjukkan pada pukul 6.30 minit petang. Namun begitu, pertemuan aku dengan si dia hanyalah bersaksikan kerusi dan meja kerana kami hanya bertentangan mata dan tidak menegur antara satu sama lain. "Ya Allah, aku mohon pada-Mu bahawasanya insan yang aku temui itu diharapkan pelanduk dua serupa. Janganlah Engkau dugakan aku dengan perkara sebegini Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang lemah." bisik hatiku yang sedang berkocak deras.

"Husna, Ibunda dan Ayahnda saya nak datang hujung minggu ini. Bolehlah awak berjumpa dengan mereka." Sapa aku kepada Husna yang sedang fokus dengan "Facebook"nya. 
"yeke? ok ok, bisa diatur dong." jawab Husna dengan wajahnya masih didada komputer ribanya. Sambil Husna melayani teman chattingnya, aku mula mencapai telefon bimbitku dan cuba menghubungi Abang Ashraf.

 "Assalamualaikum Abang. Buat apa tu?" tanya aku dengan nada kerinduan.
 " Waa'laikummussalam Moon. Abang ada kat office lagi ni, tengah buat report untuk present esok." Jawab Abang Ashraf dengan nada mendata.
 "ouh! yeke? Moon ganggu ke Abang? maaflah ya" ujar aku dengan nada sayu.
" Moon sayang, nanti dalam sejam lagi Abang call balik boleh? sorry ya. sorry sangat-sangat." ujar Abang Ashraf dengan nada seakan kesal.
"ok ok. nanti call balik ya. Moon tunggu." jawab aku
"ok sayang abang. Bye." Panggilanku tamat bersama Abang Ashraf yang tidak sampai seminit.
Sesungguhnya, aku benar-benar merindui Abang Ashraf pada malam itu namun ada sahaja alasan yang menghentikan perbualan aku dengannya.
"ermm, petang tadi aku dah telefon Ibunda dan Ayahnda dan kalau aku telefon Ibunda atau Ayahnda lagi, pasti beliau akan hairan dengan perbuatan aku dan akan berkata "ha Along! tak study ke?" 
Al maklumlah, sejak dari aku masuk ke kampus ini hinggalah ke hari ini, Ibunda tidak putus-putus memberikan nasihat kepada aku untuk belajar,belajar dan belajar. Kadang kala rimas juga aku mendengar ayat itu, namun sebagai anak, tidaklah aku ingin berkata pada Ibunda yang aku rimas.'Kurang Ajar' namanya tu.

"Moon, handsome betul aku tengok Ashraf kau ini ya? terima kasihlah Moon sebab kau izinkan aku untuk add as friend dengan Ashraf kau ni? syukur atas nikmat Tuhan kat dunia ni.Jelous aku tau!" Tiba-tiba Husna bersuara.
"Ha? Handsome? biasa je aku tengok." ujar aku.
"Buta apa kau ni? muka dah sebijik macam Zain 'setia hujung nyawa' tu kau kata tak handsome? baik kau pass kat aku. Sejuk mata mak aku tengok nanti" ketawa Husna dengan melemparkan ayat sebegitu kepada aku.
" Ya lah tu.Eh Husna! boleh tak kau kirim salam kat Abang Ashraf tu, kau mesej kat inbox dia dan cakap aku kirim salam mengajuk." berkata aku kepada Husna.
"lah, bukan kau bercakap dengan dia ke tadi?" tanya Husna.
"Memang cakap tapi tak sampai seminit pun, katanya dia busy nak buat report." jawab aku dengan bersahaja,
"Ha? busy? biar betul. Ni ha aku tengok tengah online je ni.siap like like page aku takkan sibuk kut" brkata Husna dengan nadanya seakan pelik.
"eh? yeke? pelik ni. Takkan dia nak tipu aku? sebab sebelum ni dia tak pernah menipu aku Husna." ujar aku kepada Husna dengan nada yakin.
"tak apa. Macam ni, apa kata aku chatting dengan dia. tengok-tengok dia betul sibuk ke atau ada udang disebalik batu, apa macam Moon? agree?" berkata Husna dengan bersemangatnya.
"ok ok. cepat mesej dia." jawab aku dengan penuh tidak sabar menunggu jawapan dari Abang Ashraf kepada Husna. 

Chatting Bermula di Private Message Di Facebook

Husna : Hye abg hensem..
Ashraf : Hai budak comel.
Husna : watpe tu?eh, Jangan bagitahu Moon tau I chatting dengan U ni.
Ashraf : tengah cuci baju ni.. ouh! Don’t  worry.hehe
Husna : wah! Cuci baju sambil online? Hebatnye. Hihi
Ashraf : tak lah comel. I tengah online jelah. Tak tau nak buat apa. Bosan. L
Husna : lah yeke? Tak keluar lepak-lepak ke?
Ashraf : malaslah. Buang masa je. Baik duk rumah lagi bagus. Boleh cari kawan-kawan baru.
Husna : lah, yeke? Kesian dia. U tak call Moon ke?
Ashraf : Moon? Ouh..I tak ada kredit nak call dia. Bill kena cut.sedih L
Husna : alolooo..kesian dia.
Ashraf  : Moon ada kat mana sekarang?
Husna : Dia dekat bilik kawan. Sibuk buat assignment katanya.
Ashraf : ouh yeke? Dah U tak sibuk pulak.
Husna : sibuk jugak ni, jap lagi nak log out dah sebab nak buat assignment sekali dengan Moon. Eh! U INGAT TAU! JANGANBAGITAHU Moon kita chat ni.chat back ya.bye.hihi
Ashraf : ok comel. Don’t  worry. Bye. J                                                           
        



“Moon, sabar tau. Aku tak sangka Ashraf ni macam ni pulak? Ke kau salah dengar tadi kut.”Ujar Husna dengan nada serba salah.
“Binatangnya jantan macam tu. Sampai hati dia buat aku macam tu kan. Aku ni dah lama tak online pun sebab dia tau. Katanya cemburu, tapi alih-alih dia pulak yang buat hal. Tak apa Husna, dia belum kenal Moon Nabella sebenarnya.” Bernada marah aku dengan tindakan Abang Ashraf itu tadi.
“sabarlah Moon, mungkin dia stress ke? Tak nak bagitahu kau, takut-takut kau lagi risaukan dia.” Tenang Husna mengulaskan kepada aku namun ia sedikit pun tidak menyentuh keprihatinan aku kepada Abang Ashraf.
“tak ada apalah Husna, mungkin betul jugak cakap kau kan?eh! Husna. Aku nak ke tandas kejap ya, sakit perut lah pulak.” Ujar aku dengan menahan sebak. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melinangkan air mataku ini di hadapan Husna kerana malu dengan sikap teman lelaki aku yang berperwatakan seperti buaya namun biarlah tandas dan syaitan durjana menjadi saksi diatas setiap  linangan air mata suciku dengan berkasihkan insan seperti buaya.

Perjalanan aku hambar apabila aku melangkah masuk ke pintu bilik dan lantas disapa oleh Husna.
“lamanya kau pergi toilet? Ooo..menangis ya?” Tanya Husna dengan senyuman manisnya.
“Sakit perut lah. Tu yang lama. Mungkin aku salah makan kut.” Jawab aku dengan nada yang cuba untuk bersahaja.
“tak payah tipulah Moon. Tengok air muka pun dah tau kau tipukan?” masih bertanya Husna seakan tidak puas hati dengan jawapan aku.
Selepas itu, linangan air mataku terus membasahi pipiku ini dan aku seolah-olah tidak mampu untuk menahan sebak dan sedih atas perbuatan Abang Ashraf kepada aku.
“Moon, ala.. janganlah menangis. Janganlah macam ni. Kau kena kuat. Jangan  lemah. Jangan sebab jantan macam tu kau nak keluarkan air mata kau ni. Sabar Moon”. Ujar Husna.
“Aku tak kuat Husna. Aku benar-benar sayang pada dia tapi sanggup dia buat aku macam ni.” Berkata aku dengan nada tersekat-sekat.
Bersungguh Husna cuba menenangkan aku, namun aku tidak mampu untuk menghentikan linangan air mataku ini kerana hatiku benar-benar perit untuk menghadapinya.

Kuliahku pada esok hari berjalan seperti biasa namun aku hanya pergi membawa jasadku namun jiwaku  sebenarnya tidak tahu kemana menghilangnya. Masih memikirkan apa yang Abang Ashraf lakukan padaku semalam. Tambahan lagi apabila Abang Ashraf langsung tidak menghubungi aku sepertimana yang dikhabarkan olehnya semalam.
“Ya Allah, aku tidak sepatutnya berperwatakn seperti ini, namun aku benar-benar lemah apabila di uji dengan cinta sebegini rupa. Bantulah aku Ya Allah.” Bisik hatiku.
Dalam perjalanan aku ke pintu keluar dari kuliah ‘Business Mathematics’ itu, aku dengan tidak sengaja telah melanggar seseorang insan yang aku benar-benar tidak mahu ketemuinya namun ditakdirkan oleh Allah, ia menemukan aku dengan si dia. “Awak, saya minta maaf ya. Saya betul-betul tak sengaja.”ujar aku dengan nada yang begitu lemah. Lalu dengan tidak berkata apa beliau lantas menjauhkan dirinya dari aku dan perbuatannya itu amat mengejutkan aku, Husna dan beberapa rakanku yang lain.
“Pelik saja aku tengok budak tu Moon? Setiap kali Nampak kau mesti dia cuba mengelak, macam ada salah besar saja dengan kau?” Ujar Husna kepada aku.
“ Entahlah Husna, malas nak fikir. Nanti makin serabut lagi otak aku dibuatnya.” Jawab aku dengan nada bersahaja, namun secara jujurnya hatiku benar-benar hairan dengan si dia yang masih cuba mengelak dari aku dan tiba-tiba seseorang insan ini menyapa aku dengan tampak tidak kurang hebatnya.
“Assalamualaikum awak” sapa seorang Mamat dengan suaranya tidak pernah ku dengari.
“Waa’laikummussalam.” Jawab aku.
“Kenapa saya tengok awak hari ini muram saja. Ada perkara yang tak kena ke? “ sapa Mamat itu lagi.
“Eh! Kenapa dia boleh tegur aku ni? Pelik. Kalau tak silap aku, Mamat inilah yang sebelum ini asyik menganggu konsentrasiku dan Husna di kuliah.” Bisik hatiku sambil sikuku menolak bahu Husna dalam keadaan perlahan.
“ouh! Muram? Tak adalah. Saya ok je.” Jawab aku kepada Mamat itu.
“Baguslah kalau macam itu. So,apa kata kita pergi lunch sama-sama, ajak kawan awak itu sekali.” Pelawa Mamat itu kepada aku dan juga Husna.
 “Kau nak belanja ke? Kalau belanja bolehlah. Betul tak Moon?” tiba-tiba Husna bersuara.
“ha? Tak apalah. Lain kali sajalah.” Ujar aku.
“tak apa. saya belanja ya. Jomlah! Dah nak masuk sebulan saya tunggu saat ini.” Pelawa Mamat itu dengan wajah merayu darinya.
“ok. Tapi saya tak nak awak belanja saya ya. Boleh?” Tanya aku.
Berkerut pelik Mamat itu apabila aku berkata sebegitu kepadanya.

Nantikan episode seterusnya….

No comments:

Post a Comment