Wednesday 20 February 2013

Drama Bersiri " Moon Nabella" Epi 2


Episode 2


          Ketukkan pintu itu terus membuat aku terpingga2 dan tak mampu berkata apa.." Maaf, call balik.." Hanya bisikan itu yang mampu aku sampaikan pada abg ashraf.."Along..Along.."Ayanda bersuara lagi.." Ya Ayahnda..kejap2.." Dengan nada berdebar aku membuka pintu kamarku..dan menyapa ayahnda.."Ya Ayahnda kesyganku..ada apa, along kemas baju kejap tadi?" Saja mengunakan ayat slumber."Eh! Tanya ayahnda macam ayahnda nak jumpa puteri raja je, jom teman ayahnda pergi ke Megamall kuantan? Ayahnda cuti hari ni, lagi pun nak cari hadiah utk seseorang ?" Dengan senyum2 ayahnda mempelawa aku.Al maklumlah ayahnda aku ni kadang2 tegas, kadang2 romantik dibuatnya.."Boleh ayahnda..Along siap ya..bagi masa 15minit? " Senyum saja 
" eh! Lamanya..5minit je! Cepat.."Nada Serius pula keluar dari mulut ayahndaku..dan aku hanya mampu mengangukkan sahaja apa yang dikatakannya.."Aduh...sempat ke? Dah la aku ni perempuan..bukan lelaki..ingat nak keluar mcm lelaki ke?" bentak aku hanya dalam hati.. Hanya mengenakan pakaian baju kurung kain cotton bercorak bunga kecil2 dan shall di kepala..ta sempat nak lilit..ayahnda dah jerit memanggilku..faham2 jelah..dalam keretalah jawabnya utk sambung lilitan shall aku ni..dan hanya lip ice saja aku kenakan utk bibirku ini..bedak pun baby jonsom’s saja..tak perlu over2..aku kan bukan kerja lagi..budak baru lepas SPM..

          "Ayahnda, Ayahnda nak beli apa ya kat megamall?" Slumber aku menyoal ayahnda aku.." Tengok jelah nanti.." Nada serius pula kedengaran.." Aduh..serius benar ayahnda aku ni..aku kena ceriakan sesuatu ini?" bisik hatiku.."Ayahnda..lepas ni kita tengok wayang nak? Tak pun pergi karaoke? Lama ta dengar suara ayahnda ala2 abg Hattan ni.." Usik manja aku pada ayahnda..dan lantas Senyuman kecil terpancar diwajah ayahnda" ermhh, tengoklah macam mana..kalau ada masa kita pergi ya sayang.." Jawab ayahnda dengan suara romantiknya..aduh..patutlah ibunda boleh terpikat dengan jejaka seperti ini, romantik orangnya, ilmu agama pun tinggi..memang menjadi idaman seluruh kaum hawa bersuamikan orang macam ayahnda.." Ok ayahnda..sayang ayahnda jugak.." tertawa kecil aku melihat wajah ayahnda..

          Tiba kami di pintu megamall kuantan..shopping complex yang boleh tahan juga besarnya..tak lah mcm pavilion..sambil berjalan, aku memegang erat tangan ayahnda aku bagaikan pasangan yang mekar bercinta, boleh dikatakan semua orang di situ asyik memandang je kami berdua..macam kami ni pelik sangat..tetapi memang pelik jugak kut sebab aku pegang jari jemari ayahnda dan pasti orang ingat aku bercinta dengan orang tua..tertawa aku bila memikirkannya.."Eh Along kenapa sengih sorang2 ni..?" tanya ayahndaku dengan peliknya.." Tak ada apalah ayahnda.." tiba2 aku berada dihadapan kedai Poh Kong (kedai emas).. Dan ayahku membawaku masuk ke kedai itu.."pelik juga ayahnda ni masuk ke sini..nak beli utk seseorang? Siapakah gerangan yang bertuah tu? Takkanlah ibunda, ibunda dah ada emas..takkan aku? Eh peninglah" Soal aku dalam hati..lalu ayahnda menyapa aku" meh tolong ayahnda pilihkan rantai untuk seseorang.." Bisik ayahnda kepada aku. Tanpa melengahkan masa, terus aku duduk dan mencari mana satu yang menarik..tiba2 aku kedengaran suara memanggil ayahnda aku..
          " Hey Hariz! Assalamualaikum.." Berpeluk2 ayahku berjumpa sahabatnya itu.." Kau apa khabar sekarang? Makin bertambah macho aku tengok.." Tegur kawan ayahnda aku itu.."Aku macho?"Tertawa besar ayahnda aku..ala.cakap jela suka ayahnda oi..bisik hatiku.." Aku sihat Alhamdulillah..eh, kau buat apa kat sini? Datang dengan siapa?" Tanya ayahnda aku.."Aku saja cuci mata..nak jadi orang kuantan balikkan.,eh kau dengan siapa itu? Awek baru ke?." Senyum girang aku melihat kawan ayahnda aku ni.."Awek? Gila apa..dah tua2 mcm ni mana boleh awex dah..kejap ya"lalu ayahnda menarik tangan ku dan memperkenalkan aku pada kawannya.."Ini uncle hashim, rakan sekerja ayahnda.." Aku hanya mampu berkata" hai uncle..Assalamualaikum.." Nak salam tak boleh..bukan muhrim..
"Waa'laikummussalam..anak kau ya hariz..ouh..cantik..macam bintang filem aku tengok.." Jawab uncle hashim..lalu uncle itu tanya aku pula.." Ini dah berpunya ke belum?" Terkedu aku mendengar soalan itu yang keluar dari mulut uncle hashim dan ayahnda memandang aku dengan seriusnya.."a..a.." Itu saja ungkapan yang mampu aku utarakan disilihkan dgn senyuman.dalam hatiku hanya mampu berkata" eh! Gila apa orang tua buncit ni..malu aku.." Lalu aku membiarkan perbualan ayahnda aku dengan uncle hashim..dan aku sudah ketemu rantai yang ayahnda suruh aku pilihkan.."Ayahnda..ni Along dah pilihkan.." Jerit kecil aku pada ayahnda.."Berapa harga?" Soal ayahnnda pada pekerja disitu.."RM5900.90, tapi I boleh kasi RM5500 lo kalau cash.." Tanpa banyak soal..ayah aku menghulurkan kad kreditnya pada Amoi tu..aku hampir terkeluar biji mata ni bila dengar harga macam tu..tengok ayahnda ni pun rilex jek..amoi tu aku tengok senyum sampai nak tercabut pipi..suka amoi itu.."Telima kasih wo..semoga bahgia..sweet couple"tiba2 ayat itu terpancar dari mulut si amoi tu..

          selepas kami siap membeli rantai itu, ayahnda mengajak aku makan di kenny rodges..dan aku hanya menurutinya..tak lama selepas itu.." Eh Hariz..kau lagi..nak makan ke? Boleh join..? Aku pun lapar jugak ni.." Sapa kawan ayahku uncle hashim yang kini berdua.."Eh..boleh2..apa salahnya.." Tenang ayahnda aku menjawab.." Ha, kenalkan..ini kawan abah..Uncle Hariz.." Bersalaman anak uncle hashim dengan ayahnda ku..tapi belagak betul mukanya.."ni jelah anak aku yang ade riz..teruna sorang ni jelah.." Senyum uncle hashim pada ayahnda..budak rambut karat ni asyik tengok je aku. Pelik ke aku hari ni? Aduh..malunya rasa.." Eh kenalkan, ini Amar..anak uncle.."Aku hanya mampu tersenyum sahaja..

          Kenyang sudah perut aku lalu ayahnda pun tiba2 bersuara.."jom sayang kita balik, ayahnda ada hal lain lah pulak.." Lalu aku terus mempersetujui..

          Dalam perjalanan pulang ke rumah aku yang berada di peramu jaya..ayahnda berpesan padaku.."ingat, sabtu ni kita ade buat kenduri, kenduri kesyukuran..ada buat tahlil kecil2..Along ajak la kawan Along ya..mimi, ruby, kainal..ajak ya.." "Kenduri tahlil? Ouh..ok ayahnda..nanti Along cakap kat diorang.."

          Majlis berlangsung dengan jayanya..ada bacaan yassin..jamuan yang boleh tahan hidangannya..tapi yang aku betul2 terkejut..Abang Ashraf pun turut hadir..dalam hatiku berbisik" eh! Bila pulak ayahnda jemput si ashraf ni..kan dia sangat benci pada ashraf hinggakan hampir menampar muka ashraf pada setahun yang lalu.
          " Lalu aku terdengar  suara orang memanggilku " hoi solehah! " Siapa pulak ni. Eh! Dia...rambut karat! Hatiku berbisik " anta panggil ana solehah ke? Syukur Alhamdulillah" saja aku ak cakap anta ana dengan dia..gedik panggil aku solehah..terpinga2 aku tengok dia bila aku cakap mcm tu.."Ouh..ok! I panggil u solehah ya.." Slumber je mamat ni berbahasa." Excume me..nama saya moon nabella..anta boleh panggil ana..Moon..simplekan? Dengan nada yakin aku bersuara.."Moon..awesome! Ok..moon..by the way, I amar..berumur 23 tahun dan berkelulusan bachelor of accounting from Bruel University, London ." Senyum mengoda sahaja melihat aku.." Ouh..yeke? Ana ta tanya pun..ok lah rambut karat, kalau anta nak hitamkan balik rambut u tu, datang jumpa ana ya, ana boleh kasi minyak break motosikal ana..ok! jemput makan ya..Assalamualaikum.." Terbeliak biji mata remy ishak celup tu bila aku berkata begitu..ketawa hatiku..

          "Abang nak balik dulu.." Suara dia! Insan yang pernah menyentuh hatiku pada suatu ketika dulu.." Eh abang! Dah lama ke sampai? Kenapa tak bagitahu moon abang datang..?" Soal aku dengan senyuman yang ikhlas.." Ni pun ayah moon yang ajak semalam..jumpa di masjid.." Tenang saja suaranya " lah..yeke? Nanti apa2 bagitahu moon lah ya..slumber aku bersuara.."Ok lah moon..abang nak balik dulu, sebelum tu abg nak cakap..moon nampak sangat cantik pada malam ni" terkedu seketika aku dibuatnya." Eh! biasa2 jelah abang..lagipun bukan ada orang nak pun?" Saja aku beranikan diri berkata begitu..sesungguhnya aku terlalu rindukan abg ashraf.." Abang nak moon..nak kahwin dengan moon..tunggu abang ya.." Nada berbisik kedengaran namun aku masih dapat mendengarnya.." Ouh..abang call kan hari tu.maaflah..Ayahnda panggil waktu tu.." Saja aku mengalihkan topik.." Ok abang balik dulu, nanti malam sikit abang telefon moon ya..jangan bergayut dengan mamat baju melayu merah tadi sudah..bye, Assalamualaikum moon" slumber sahaja nadanya lalu meninggalkan aku..aku terpinga2..mamat baju melayu merah? Siapa? Ouh!! Mamat ala remy ishak rambut karat tu lupanya..abg ashraf perhatikan aku ke?

Nantikan episod seterusnya










No comments:

Post a Comment