Wednesday 20 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 4


Episode 4


          "Eh! Tengok2..betul ke?"Bersungguh kainal memerhatikan keputusan aku. Aku hanya berlinangan air mata sahaja. Tak mampu untuk mengucapkan apa, hanya mampu beristighfar pada yang Esa. "Ya Allah, aku terima jika ini dugaan yang kau turunkan untukku, aku redha Ya Allah.."Bisik hatiku yang begitu sedih..
"Tak apalah moon.kau bukan gagal, cuma kurang bernasib baik saja, ingat tau, lepas ni kitakan nak sambung belajar sama2 mungkin waktu tu kau lebih cemerlang" pujuk mimi yang juga sedih melihat aku..

          "Ayahnda...Along mintak maaf,ampunkan Along.Along tak tahu apa yang dah jadi pada Along." Hanya tangisan aku mampu berikan.." Eh! Kenapa ni Long? Nak buat suprise ya" ayahnda dengan muka slumber mempersoalkan padaku. "Tak ayahnda.Along serius,ini keputusan Along." Aku memberikan slip keputusanku pada ayahnda yang sedang berdiri dibalik pintu kereta, lalu ayahnda terus mendakapi aku dan mengucup ubun-ubunku.."Eh! Kenapa ayahnda ni?" Soal terkejut aku dalam hati." Tahniah sayang. Ini dah yang terbaik Along bagi pada ayahnda..ayahnda bersyukur sangat2." Senyum gembira ayahndaku dengan mendakapi aku dengan seerat-eratnya. Aku masih bingung dan mimi,ruby serta kainal juga turut memandang aku dengan pelik.Pelik + bingung dengan tindakan ayahnda. 

          "Ibunda..ibunda.." Menangis aku mendakapi ibunda. "Eh! Kenapa ni sayang? Ha...mesti dapat 10A kan?" Bersungguh bonda menanyakan padaku dan membalas dakapan aku dengan seerat-eratnya. "Ibunda..maafkan Along..Along tak berjaya.." Menangis aku bila berkata sebegitu. "Eh! Kenapa cakapa macam itu. Mana keputusan kamu nak? "Wajah Ibunda bertukar serius. "Ni ha keputusan Along, bagi abang, ini dah yang terbaik along bagi pada kita yung." Bersuara ayah tiba-tiba.
" Eh! Betul ke ini keputusan Along? Tak mengapalah Along, walaupun tiada 'A' keputusan kamu masih dikira baik. Mana tahu selepas kamu melanjutkan pelajaran ke universiti mungkin dengan berkat usaha kamu, kamu boleh berjaya dengan cemerlangnya" semangat ibunda memberikan nasihat kepada aku. Aku berasa beban yang menimpa diriku ini kian berkurangan setelah ibunda dan ayahnda mendakapi aku dengan seerat-eratnya. Kini aku redha dan perlu untuk meneruskan kehidupan.

          "Moon..jom kita ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk beli nombor pin bagi permohonan UPU?" Tegur kainal yang datang ke rumahku awal-awal pagi bersama mimi dan ruby." Ouh..layak ke aku.?" Soal aku pada kainal " aku lempang kau laju2 nak?over minah ni..macam mati anak je." Melenting kainal pada aku "ya lah aku siap ratu cantik gemuk." Jeling aku pada si kainal. 

Ha..aku dah selesai membuat permohonan ke IPTA, syukur. Semua yang aku mohon harap   berita mengembirakanku.bisik hatiku menaruh harapan. Sebenarnya aku benar-benar pelik bila ayahnda dan ibunda langsung tidak memarahi aku dengan keputusan SPM aku hanya mendapat 8B dalam semua subjek kecuali 2C dalam subjek matematik dan subjek perakaunan. Sedih bila memikirkannya tapi aku selalu kena ingat."Redha, redha dan redha" "eh moon! Kenapa kau sebut redha 2 3 kali ni?" Tanya ruby dan semua dalam cyber cafe memerhatikan padaku." Ops! Aku terlepas ke?"Aduh, malunya. Berbisik sendirian aku.

          Malam ini aku, adik naim, ibunda dan ayahnda makan malam bersama di restoran "Ana ikan bakar" di tanjung lumpur. Well, restoran inilah restoren yang sangat menarik dengan makanan tomyam dan ikan bakarnya. Hidangan kami adalah ikan bakar aji-aji sambal petai 2 ekor, tomyam campur, kailan ikan masin,Udang dan sotong tepung dan satu jug air tembikai fresh. "Wah..banyaknya makanan ayahnda.
Eh! Tiba2 aku nampak kelibat uncle hashim bersama isterinya dan anaknya yang berambut karat tu, tapi dah tak berkarat aku tengok.pelik ni. "Hariz..Assalamualaikum.." Sapa uncle hashim pada ayahnda" waa'laikummussalam..datang pun kau ya..sejuk dah lauk kita ni" jawab ayahndaku dengan slumbernya
           "ha? Kita? jangan-jangan ada yang tak kena ni. Eh apa aku merepek ni. Tak ada apalah kut, kan ayahnda dan uncle kawa rapat. Bisik hatiku
"Hai solehah? Apa khabar?" Tiba-tiba menyapa si rambut karat tu. "I'm not solehah. I'm moon!" Serius aku memberikan teguran pada si mamat remy celup ni. "Hey! Chill la..kenapa marah2 ni? Bendera merah ke?" Dengan slumber dia berkata begitu. "Aduh..malu aku dibuatnya.siap kau rambut karat! " Bisik hatiku. " Eh! Mana ada nak marah, saya ok aje. " Nada yakin aku memberikan jawapan. "Solehah..u dah berpunya ke?" Sekali lagi buat aku terkedu. Mamat ni gila ke apa ha? Boleh dia tanya soalan tu depan ayahnda dan ibunda dan adik naim pun mencuit aku." "Aku sayang abang!" Aduh..terkeluar apa pulak ni. Ake cubit2 adik naim aku sebab cucuk aku, mentang2 aku ni pelatah. Aduhh..masaklah aku kali ini. "U sayang I? Wow..ini dah baik.." Bersuara lagi rambut karat ni. " Amar, kalau amar nak moon nabella, amar kena tunggu sampai dia ada segulung ijazah" tiba2 ibunda menyapa. Terkedu aku dibuatnya. " Alah sha ni, perempuan ni tak kemana jugak kalau tak ke dapur. Tengok akak ni, abang hashim bukannya kasi akak kerja." Membidas lembut isteri uncle hashim. " Ya lah..tapi inilah anak kami puteri sorang-sorangnya..jadi terpaksalah dia bekerja keras sikit bantu keluarga kelak" jawab ibunda yang penuh keyakinan. Aduh, merepek2 dah mereka semua ni, umur aku baru 18tahun, ingat ni zaman P Ramlee ke? Aduh..pening dibuatnya..

Pesanan ringkas diterima : abang Ashraf

"Assalamualaikum moon..abang nak minta tolong boleh?kalau2 moon ada masa, boleh tak kita jumpa petang esok jam 2 petang sebab abang ada perkara yang mustahak nak bagitahu"
Aku membalas : "wslm, baiklah abang, jumpa moon di river front.moon tunggu disitu.hati2 ya abg ashraf."
"Hoi..SMS dengan buah hati ke?" Tanya rambut karat dengan nada menjengkelkan. " Sibuklah awak ni rambut karat! "Jawab aku dengan bengangnya. Bukan apa, kalaulah ayahnda tahu aku SMS dengan abang ashraf alamatnya tak jumpalah aku dengan dia. "Cik adik manis, rambut abang dah tak karat tau! Ini rambut ori ya." Ee..geleman aku mendengarnya. " Whatever!" Jawab aku..

          Dalam perjalanan pulang ke peramu jaya iaitu istana tercintaku..tiba2 ayahnda menyoalku "Along SMS dengan siapa tadi?" Terpinga aku dibuatnya.."Along..ayahnda tanya ni" nada ayahnda makin serius. "Ouh..along SMS dengan kawan along la ayahnda..takkan dengan rambut karat tu pulak" terpaksa aku berbahasa melawak supaya ayahnda tak mensyaki sesuatu." Along jangan marah dia sangat..silap2 rambut karat tu jadi suami along." Ketawa ibunda dan ayahnda dengan telatah adik naim aku ni. 

          Jam di dinding menunjukkan jam 12.30 tengahari, mujurlah ayahnda aku pergi menunaikan kewajipan sebagai suami. Helo..kewajipan mencari nafkah la. Takkan kewajipan lain pulak.. Ibunda pun sibuk menyediakan makanan tengahari ditemani oleh aku sambil membantu ibunda. "Eh along, ibunda asyik tengok kamu ni dup tengok je jam di dinding tu? Mesti ada sesuatu ni kan!" Dengan yakinnya ibunda menyoal aku. "A..a..Along tak ada apalah ibunda..pelik tengok jam ni..dah lama kita tak tukar jam baru.." Ouh..selamat.

          " Macamlah ibunda baru kenal kamu ni long, ni mesti ada yg tak kena.sejak dari makan malam smlm lagi ibunda perasan." Soal ibunda lagi..emh,nak menipu karang berdosa pulak..cerita saja lah.lagi pun, ibunda tahu akan kisah cinta aku dengan abang ashraf."Macam ni lah ibunda, along nak jumpa abang ashraf jam 2petang ni, dia ada hal penting nak jumpa Along." Uh..lega dengan susunan ayatku. "Ha? Ashraf? Kenapa tak ajak dia datang rumah je along, tak payah la jumpa di luar, ajak dia datang rumah makan sama-sama dengan ayahnda semua.ajak dia tau! Ibunda lama dah tak jumpa dia.."senyuman ikhlas terpancar dari wajah ibunda."Eh! Boleh ke ibunda? Betul ni.?tapi ibunda..ayahndakan masih marahkan abang ashraf." Soal aku dengan nada sayu. "Itu dululah sayang, tapi sekarang ayahnda dah berfikiran terbuka, lagi pun tak lama lagi kamu kan akan duduk berjauhan dengan ibunda, kami tak mahu kongkong hidup kamu lagi. Alongkan dah besar, boleh fikir mana baik dan yang mana buruk" tenang saja kata-kata ibunda tadi. "Terima Kasih ibunda..terima kasih sangat2" Lantas aku mendakapi ibunda seerat-eratnya dan berlinangan air mataku kerana penuh rasa sedih bila memikirkan yang ibu sudah anggap aku seorang yang dewasa dan akan meninggalkan ibunda tak lama lagi.

          "Assalamualaikum.." Kedengaran suara abang ashraf. " Waa'laikummussalam abang ashraf..masuklah.."sapa adikku naim apabila abang ashraf tiba ke istana kami. "Ashraf..duduklah dulu, pakcik nak mandi kejap sebab pakcik baru balik kerja" kedengaran teguran ayahnda yang manis diruang tamu. "Hai abg.Assalamualaikum. Sapa aku pada abang ashraf."Waa'laikummussalam moon..cantiknya moon hari ni" tegur abang ashraf.abang ashraf ni kalau tak kata aku cantik memang tak sah! Setiap kali jumpa, mesti kata aku cantik,cantik,cantik..well..cantik kut..


          "Abang..jemput makan, ibunda dan ayahnda panggil.."Tiba di meja makan, satu bunyi sesuatu yang pecah dengar dari dapur dan jeritan dari seseorang."Ahhhhh,!!! Sakit ibunda! Sakit!!!" Lantas kami semua ke dapur..Ya Allah adik naim!! Tapak Kakinya luka terpijak kaca, berlumuran darah di lantai dapur lalu ayahnda membalut luka adik naim dengan baju yang dipakai ayahnda dan ayahnda lantas mengambil segugus kunci dan membawa adik naim ke hospital. Ayahnda dan abang ashraf saja yang pergi. Aku dan ibunda tinggal dirumah. Sambil memikirkan apa yang terjadi pada adik naim, tiba-tiba aku terfikir apa pula yang akan terjadi pada abang ashraf dan ayahnda, janganlah ayahnda menyakiti hati abang ashraf lagi..

Pesanan ringkas diterima : abang Ashraf

"Moon............"

Nantikan episod yang seterusnya



No comments:

Post a Comment