Wednesday 20 February 2013

Drama Bersiri " Moon Nabella" Epi 5


Episod 5


          "Moon..abang rasa abang dah bawa malang pada keluarga moon.abang memang tak ada niat nak buat keluarga moon macam ni. Kesian abang tgk adik naim menangis tak berhenti2..maafkan abang moon..abang memang pembawa MALANG" 
"Apa abang ashraf merepek ni"bentak aku dalam hati..tak sampai beberapa saat, aku terus menghubungi abang ashraf namun panggilanku tidak dijawab dan dengan pantas aku menghubungi ayahnda pula.." Ayahnda..assalamualaikum..abang ashraf ada dgn ayahnda tak?" Tanpa bersusunan ayat, lantas soalan itu aku utarakan dulu.
"Waa'laikummussalam Along..ada long..kenapa?" Jawab ayahnda dengan pelik nadanya. Eh, apalah aku ni, sepatutnya aku bertanya tentang adik naim dulu, ni terus bertanya tentang abang ashraf? "Eh! Ayahnda! Ayahnda!" Laju aku memanggil ayahnda.." Ya sayang..kenapa ni?" Tanya ayahnda dengan tenang. "Adik naim macam mana Ayahnda? Ok dah ke? " Tanya aku dengan tergesa2." Alhamdulillah..adik naim dah ok.cuma kena rehat 3 4 hari la dulu..tak boleh berjalan dengan baik sangat" sayu suara ayahnda menerangkan padaku. " Yeke? Alhamdulillah..selamat tak ada apa2..ha, ayahnda..abang ashraf ada kat situkan? Boleh ta ayahnda panggil dia kejap? Along nak call dia malaslah 2 3 kali call..maaf ya ayahnda" berdebar saja aku bersuara." Eh! Boleh..kejap ya" jawab ayahnda.
"Abang! Kenapa abang ashraf SMS moon macam tu? Tahu tak berdosa cakap macam tu..jangan buat macam ni boleh?" Dengan nada tegas aku berkata-kata.
"Ok..saya call awak semula.bye." Hanya itu saja ungkapan dari abang ashraf.
Ya Allah..hanya kau saja yang tahu betapa sakitnya hatiku ini. Lalu aku SMS abang ashraf dengan perasaan bengang yang teramat.

Pesanan ringkas dari moon
 Abang! Plez! Berfikiran matang ya? Tolong fikir balik kata2 abg tadi.jangan sampai moon hilang dalam hati abang.
Pesanan dihantar.

dengan kasarnya aku menghantarkan pesanan ringkas kepada abang ashraf.walaupun di sudut kecil hatiku ini terasa betapa kesalnya aku melemparkan kata-kata itu pada abang ashraf.

"Abang dah balik.." Terlihat ayahnda menyapa ibunda lalu aku tangkas bangun dari tempat dudukku yang sedang menonton Televisyen dan melihat adik naim berjalan terencut-encut dipapah oleh ayahnda, Sambil melihat adik naim, mataku berkeliaran melihat abang ashraf yang mana menghilang.lalu aku terus keluar dari pintu rumah untuk mencari abang ashraf. Sedang aku mencari2.aku melihat abang ashraf sedang duduk di kerusi halaman rumahku. Lalu aku terus menyapanya. "Abang.." Abang ashraf hanya mendiamkan diri. " Abang..dengar tak ni?"Suara kebengangan menyusul..
"Ya moon..abang tak ada mood ni. Abang nak beransur balik dah ni..jumpa nanti" dengan suara sayu aku dengar kata-katanya."Sampai hati abangkan?" Tanya aku dengan sebak.
" Moon ingat pesan abang sampai bila2..abang TIDAK AKAN hilangkan moon dalam hati abang! Biar abang mati pun abang sanggup! Ingat moon!" Kasar suara abang ashraf padaku dan aku tak mampu untuk berkata apa-apa.

Lagi 2minggu aku akan melanjutkan pelajaran ke UiTM dengan jurusan "Diploma Perakaunan". Walaupun subjek perakaunan aku ketika SPM hanya grade 'C' tapi aku tetap ingin mengambil perakaunan kerana aku ingin mencabar diri aku sendiri namun Sedih pula rasa hati bila memikirkan sahabat-sahabat aku yang lain tidak bersama dengan aku untuk melanjutkan pelajaran. Kisahnya, ruby dan mimi ditempatkan di Universiti Utara Malaysia dalam bidang perakaunan juga dan Kainal sahaja nasibnya agak bertuah kerana dapat melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang kedoktoran. Al maklumlah budak kelas Sains Tulen. Hanya gambar bersama menjadi pengubat rindu di hatiku ini.

Hubungan aku dengan abang ashraf masih menjadi tanda tanya,Adakah aku miliknya? Atau sebaliknya. Sejak peristiwa hari tu, aku dan abang ashraf jarang berhubung tambahan pula abang ashraf sudah bekerja di Putrajaya sebagai "Penolong Pegawai Sumber Manusia di jabatan kementerian".tapi sebulan sekali pasti dia hubungiku untuk bertanyakan khabar. Perkara yang Abang ashraf pernah katakan padaku ketika kemalangan yang berlaku pada adik naim dulu sudah lenyap dalam fikiranku cuma abang ashraf terlalu sibuk dengan kerjanya dan tak banyak masa denganku

Telefon berdering "sayang apa khabar denganmu, disini ku merindukan kamu, ku harap cinta."
"Assalamualaikum, Helo?" Sapa aku
" Waa'laikummussalam Solehah! Hai sayang abang.." Suara yang pernah aku kenal.
"Eh! Kau rambut karat..mana kau dapat nombor aku ha?" Jawab aku dengan kasarnya.
"Eh! Kasarnya bahasa..macam mana nak jadi bini ni?" Tanya Amar dengan lembutnya.
"Kasar apanya..ok2..I cakap elok2 ya..u mana dapat nombor I ni ya?" Tanya aku dengan nada ala-ala sopan
" Ouh..nombor orang cantikkan? So senang nak hidu ni.." Kata amar
"Jangan nak merepek! So, ada apahal u call I ni? Kacau je I nak tidur?" Kata aku dengan sedikit marah walaupun aku bukan mengantuk sebenarnya
"Ala..nak tidur dah ke? Baru jam berapa sayang..macam nenek I je u ni tidur awal2." Perli amar padaku
"Kurang asam punya rambut karat!" Bisik aku dalam hati.perbualan kami boleh dikatakan agak panjang sehinggakan bateri telefon bimbitku hampir habis. Bila difikirkan, seronok jugak berborak dengan rambut karat ni.hilang sunyi dalam hati aku.nak harap abang ashraf call mcm ni memang tak lah. Katanya esok dia nak hubungi aku lagi tapi aku OK saja kalau nak borak2 kasar dengan rambut karat ni. Seronok jugak rasa.

Tiba-tiba suatu ketukan pintu kedengaran dan pintu kamarku dibuka." Long..dah tidur ke?" Tanya ibunda yang manis dengan senyumannya.
" Tidur? Tak la ibunda. Along baru habis bercakap dengan kawan tadi." Jawab aku dengan baiknya.
" Ouh..yeke? Along..ibunda ada pesanan buat Along" sayu saja suara ibunda
" Pesanan? Pesanan apa ibunda?" Tanya aku dengan semangatnya
"Along ingat pesan ibunda ni ya, jaga diri along baik-baik bila belajar nanti ya.jaga maruah,jaga solat, jaga aurat, jaga kesihatan, sentiasa kuat semangat, belajar bersungguh-sungguh hingga Along dapat ijazah dan yang paling penting ingat ibunda, ayahnda dan adik naim selalu dan doakan kami supaya menjadi insan yang dirahmati oleh Allah" sayu saja suara ibunda.
" Eh! Apa ibunda cakap ni? " Sayup suaraku dan tiba2 air mata berlinangan di pipiku dan lantas aku mendakapi ibunda dengan seerat2nya dan ibunda mengucup di pipiku..dalam hatiku berbisik. "Apa semua ini Ya Allah"
ibunda hanya tersenyum melihatku lalu terus aku menyapa
" ibunda, along nak pergi belajar ni bukannya lama, 3 tahun je dan insya Allah kalau dapat sambung ijazah pun 2 tahun..insya Allah kira-kira 5 tahun je ibunda..! Ta lama..janganlah sedih ya ibunda. Nanti setiap bulan Along janji akan pulang ke istana kita ni walau along sibuk macam mana sekalipun. Along janji ibunda!" yakin aku bercakap dengan ibunda walaupun air mataku masih berlinangan.
"Terima Kasih along.ibunda banga ada anak macam Along." Senyum ibunda bila berkata

"Along..bangun sayang" kejut ayahnda aku ini, kalau ayahnda yang kejut aku macam Askar nak pergi berperanglah jawabnya. Sambil aku mengambil tuala yang tersidai di balik pintu kamarku, ayahnda bersuara.
" Along, meh sini kat ayah kejap"
"Emmm.. Ya ayahnda" berjalan anak ke pangkuan ayahnda yang duduk di atas katilku..
Lalu ayahnda bertanya.
" Along ingat tak ni?" Tunjuk sesuatu ayahnda padaku.
Tekenyit-kenyit mata aku memandang barang yang ayahnda tunjukkan.
"Eh! Ni kan..." Jawab aku..
"Ha..ingatkan.! Meh ayahnda pakaikan" terkejut aku bila ayahnda berkata begitu.
Aku terpinga-pinga dan ayahnda hanya senyum melihatku dan menkucupi ubun-ubunku lalu mendakapi aku seerat2nya..
Dalam hatiku berbicara." Eh! Kenapa dengan ayahnda ni? Dia bagi aku pulak rantai ini? pelik memikir nih"
"Haa...anak ayahndakan dah nak berjauhan dengan ayahnda, jadi ayahnda hadiahkan rantai ini untuk Along supaya Along ingat ayahnda selalu" jawab ayahnda yang seolah2 boleh membaca isi hatiku.
Tanpa berkata apa, hanya ucapan terima kasih aku berikan pada ayahnda..lalu lantas aku bergegas ke kamar mandi almaklumlah aku ni pemalu kalau orang tengok muka aku bangun tidur, dengan tahi matanya, air liur basinya..aduhhh..malu malu! Kedengaran suara ayahnda mengetuk pintu kamar mandiku lalu berkata 
" Cepat mandi ya sayang, kita solat subuh berjemaah.kami tunggu Along ya"

Jam 9pagi aku akan berangkat ke Uitm Shah Alam untuk memulakan langkah baru sebagai seorang pelajar universiti. Berdebar-debar rasa nak ke sana. Mungkin terlalu excited untuk hidup di alam Universiti dan juga terlalu sedih untuk hidup berjauhan dengan ibunda, ayahnda dan adik naim. Tengok muka masing2 semua senyum je tengok aku..kami bersarapan hidangan nasi lemak special yang ibunda sediakan. Ada ayam berempahnya, telur goreng, sambal udang, sambal sotong, dan sambal kerang, " aduh..banyak sungguh hidangan di atas meja. Berperut jin toncet la jawabnya" bisik dalam hatiku..
"Banyak ya ibunda masak?" Tanya aku ketika duduk di kerusi meja makan.
"Eh! Bukan ibunda je yang masak, ayahnda pun masak tau, tengok sambal kerang dan udang tu, ayahnda la yang buat, adik naim pun masak tau,."Bersungguh ibunda menerangkan padaku..
"Ha? Adik naim masak? Masak apa?" Tanya aku bersungguh-sungguh
"Adik goreng telur kak!" Jawab adik naim bila ditanya.
Berdekah kami sekeluarga.

"Lebatnya hujan ibunda?" Sapa aku ketika tersedar dari tidur
"Tau takpa Along, hampir 2 3 kali ayahnda nak terbabas dibuatnya"sapa ayahnda
"Eh! Yeke? Bahayalah ayahnda ni. Itulah, nak sangat ikut jalan kampung.kan susah." Bernada serius aku berkata
" Memanglah sayang tapi kitakan nak bermalam di rumah nenek uncle hashim."Ujar ayah
"Ha? Uncle hasyim??? Buat apa? Kenapa tak ada siapa bagitahu along?" Tanya aku
Tergelak ibunda dan ayahnda
"Along along..rumah nenek uncle hasyim tu ada kenduri Tahlil dan Doa selamat, Uncle hasyim jemput kita tau, yang penting si Amar tu tak sabar nak jumpa kamu" ujar ayahnda dengan tawa perlinya
"Kenapa rambut karat tu tak bagitahu aku apa2 ya? Kurang asam punya budak!" Bentak aku dalam hati
" So, sukalah ayahnda dgn ibunda ni kenakan Along?" Nada geram daripada aku 
"Ada jodoh tak kemanakan?" Tiba2 suara adik naim pula..
Aduh..makin pening aku dibuatnya,semua nak kenakan aku..

Tiba kami dirumah nenek uncle hashim yang terletak di kampung awah, Temerloh, Pahang. Kami disambut dengan meriahnya dan ramai betul pakcik makcik kat sini asyik memandang padaku..kenapa? Aku pun tak tahu.ada juga suara sumbang kedengaran dengan mengatakan "eh! Itulah bakal menantu pakcik hasyim kan?" Aku mengerling dan kelihatan 2 gadis lebih kurang sebaya ku memandang aku dengan mata yang sangat bulat.aduh..sabar moon, sabar..

"Hai sayang solehah?" Aku terdengar?
"Ha? Ha?..."

Nantikan episod seterusnya.






No comments:

Post a Comment