Wednesday 20 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 6


Episode 6


Terimalah..EpiSod 6

"Boleh tak kau hormat aku macam wanita yang bermaruah! Bukan macam betina yang tiada maruah! " Berang aku dengan si rambut karat itu. Aku langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling, apa orang nak cakap, cakaplah! Yang penting aku benar2 tak berminat dengan layanan yang diberikan padaku bila berhadapan bersama orang2 kampung. Sudahlah aku bendera merah hari ini, boleh pulak dia buat aku macam apa. Ingat aku ni perempuan jenis apa ha? Sakit sungguh hati aku bila mengenangkan apa yang diperlakukan oleh Amar sebentar tadi.mesti orang kampung fikir aku ini perempuan yang jenis apa entah walaupun aku bertudung litup.

Pesanan ringkas diterima : "Rambut Karat"
" Moon, sumpah I tak ada niat nak buat u bengang moon. I betul2 niat bergurau. Lagi pun orang kampung nenek I ni masak sangat dengan perangai I..plezz moon..jangan marah I ok? I mintak maaf ok..I janji tak buat lagi macam tu dah" plezz moon :( "

Aku langsung tidak menghiraukan apa yang SMS amar hantar pada aku. Aku bukan apa sebenarnya, Aku tak pernah hadapi situasi seperti ini bila berhadapan dengan orang ramai. Biarlah kalau hubungan aku dengan amar berakhir disini sebagai seorang kawan yang pernah menghiburkan hatiku. Aku redha dengan semua yang berlaku.
Ketukan pintu berbunyi..
" Eh moon! moon ada kat sini lupanya, puas auntie cari moon tadi, ingat ada bersama ibunda dan ayahnda tadi." Sapa auntie sha dengan senyuman manisnya
" Ya auntie.. Ada apa ya auntie cari moon?" Nada tak bersemangat aku berkata pada auntie sha
"Moon kenapa ni?kenapa tak keluar sembang2 dengan kami semua?kami semua tunggu moon tau"Lembut saja suara auntie berkata
" moon bukan tak nak keluar, moon tak berapa sihat auntie. Biasalah auntie, bendera merah, lagi pun ini bukan kampung moon auntie, moon tak biasa sangat" jawab aku dengan lemahnya
" Eh! Yeke bendera merah? Patutlah muncung je auntie tengok dari tadi macam dah rupa mulut itik dah." Tersengih2 auntie bercakap denganku. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.
"So moon, meh kita ke dapur, auntie bagi ubat, lepas tu boleh kenal2 dengan nenek dan saudara mara yang lain-lain"
Pelawa auntie dengan semangatnya.
"Eh! Takpelah auntie, moon nak rehat kejap, nanti kejap lagi moon turun ya.maaf ya auntie, moon betul2 tak larat nak berjalan" ujar aku dengan sayunya
"Yeke sayang.ok2, tak mengapa..moon rehat cukup2 ya, nanti auntie ambilkan ubat untuk moon ya. Kesian menantu auntie ni." tenang saja kata-kata auntie itu
Bisik hatiku "Ha? Menantu? " Terkedu aku mendengar kata-kata auntie itu tadi.

Panggilan diterima : "Rambut Karat"

"Hai, Assalamualaikum Moon.." Tegur Amar kepadaku.
Selepas mendengar suara mat sewel itu, dengan pantasnya aku menekan butang panggilan tamat. Aku betul-betul hilang mood untuk melayan karenah budak sewel itu. 
Lagi ketukan pintu kedengaran dan suara itu,
"Assalamualaikum Along..Along kenapa ni? Terperap saja dalam bilik ini?" Soal ibunda dengan nada yang tidak menyenangkan
" Ya ibunda, Along tak sihat ni, sengugut ibunda, itu yang buat Along tak turun bawah tadi." Jawab aku dengan lemahnya
"Kesian anak ibunda ni, tapi along janganlah terperap kat dalam bilik ini saja, meh ikut ibunda kita makan malam ya, nanti perut masuk angin pulak. Ok sayang?" Pelawa ibunda dengan tenangnya. 
Tanpa banyak karenah, aku terus mengikut kata-kata ibunda dan turun ke bawah untuk menjamu selera bersama saudara mara uncle hashim. Seperti tadi, semua orang memerhatikan aku, tak tahu kenapa? Mungkin disebabkan muka aku yang sembab agaknya, well, menahan kesakitan orang perempuan yang memegang status "bendera merah"

"Ha...moon dah turun..kesian auntie tengok moon ni, sabar ya moon" sapa auntie sha padaku
Hanya senyuman sahaja aku dapat berikan kepada auntie sha

Pesanan mesej diterima : "Rambut Karat" 
"Moon..maafkan saya..saya janji akan layan awak dengan sebaiknya.maaf ya moon"
"Aduh..apa pasal mamat ni SMS aku lagi."Bisik hatiku.

Bacaan yassin kedengaran, ramai juga orang yang hadir ke majlis tahlil rumah nenek uncle hasyim. Walaupun aku,adik naim dan ibunda tidak pernah kesitu dan mengenali mereka, namun layanan mereka pada kami sangat mesra dengan telatah nenek uncle hasyim itu. Selepas bacaan yassin dan tahlil tamat, orang ramai dihidangkan makanan ala-ala kampung yang dimasak oleh para ibu yang menetap disitu. Almaklumlah orang kampungkan? semangat kejiranan memang terbaik. Kan bagus kalau orang-orang di bandar mengamalkan kehidupan sebegini.kelihatan sibuk ibunda dan ayahnda membantu mereka yang sedang menjamu selera lalu sapaan dia menutupi lamunanku seketika tadi.

"Hai moon, berseri-seri awak malam ni" bisik si amar di belakangku.
Terkejut aku mendengar suara itu.
"Ha..ha...emhh" hanya suara itu aku mampu keluarkan.
"Moon marah kat saya lagi ke?" Tanya amar kepadaku.
"Ok lah.. sibuk ni, jumpa nanti" jawab aku dengan mood yang tak elok. Pantas aku bangun dari tempat dudukku dan terus ke luar rumah. "Eh! Ada orang mengekori aku?aduh..mesti si rambut karat ni, tak faham bahasa ke apa dia ni?"Bisik dalam hati
"Hai Pompuan bajet!" Suara itu aku kedengaran.
"Eh! Siapa pulak ni?ada orang nak bergaduh ke?"Bisik dalam hatiku lagi
"Hoi! Pekak ke betina?" Bersuara lagi seseorang yang aku tak pernah dengar suara itu.
"Dia cakap dengan aku ke?"Tanya aku dalam hati
Tanpa banyak soal, terus aku menoleh ke belakang dan melihat 2 gadis yang pernah aku lihat melihatku dengan mata bulatnya
"Assalamualaikum..awak semua bercakap dengan saya ke?" Tanya aku dengan sopannya.
" Tak payah nak bagi salam sangatlah! Bajet macam baik je kau ni? Ingat pakai tudung tu alimlah? Perempuan tak sedar diri" kata perempuan itu dengan angkuhnya.
Tersentap aku dengan kata-katanya. Lalu aku menjawab dengan nada yang masih baik
" Astargh firullah hal a'zimm..tak ada niat saya nak pakai tudung ni nak tunjuk baik. Kan ini perintah Allah, so saya ikutlah.."
Kata pula kawannya seorang lagi yang berpakaian seolah2 baju tak cukup kain.
" Weh!! Tak payah nak ikut perintah Allah sangatlah..kau tu cover je lebih! Entah2 love bite bersepah2 kat leherkan? Dasar perempuan murahan!!" 
"Ya Allah..kurang bahasa sungguh perempuan ini semua..sabar moon..sabar.." Bisik aku dalam hati

Tiba-tiba aku ternampak Amar menolak gadis itu dan menampar kedua-dua perempuan itu. "Ya Allah, apa semua ini?"Kata hatiku
"Amar! Cukup! Tak elok awak buat diaorang macam tu, dia kaum hawa mar, bukan setanding awak!" Jerit aku dengan nada marah
"Eh perempuan! Kau bela lagi betina yang jatuhkan maruah kau? Kau tengking aku moon sebab aku bela kau??" Jerit amar dengan nada seolah-olah kesal dengan kata-kata aku.lalu aku amar terus beredar dari situ dan aku terkedu tak berkata apa dan 2 gadis itu masih sempat melemparkan kata-kata padaku.
"Kau tak payah nak bela kami! Ini semua drama kami nak kenakan kau! Kami dan amar dah rancang semua ini sebab nak kenakan kau dan biar semua tahu kau tu perempuan murahan! Dasar memang perempuan murahan!! Dan ingat ya perempuan murahan! Amar itu milik aku dan kau takkan dapat merampas dia dari aku! Langkah mayat aku dulu ya kalau kau nak kahwin dengan amar tu!

Sungguh tersentap aku dengan kata-kata perempuan itu, benarkah apa yang perempuan itu cakap yang amar hanya nak malukan aku dihadapan semua orang? Kenapa dia begitu? tegar memperlakukan aku dengan kejam sekali! Ya Allah..bencinya aku dengan amar..malu sungguh aku dengan semua orang disitu..ya Allah... Menangis aku keseorangan..

Tiba-tiba datang ayahnda mendapatkan aku dan..

Nantikan Episod yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment