Wednesday, 20 February 2013

Drama bersiri " Moon Nabella" Epi 7


EPISOD 7

Tiba-tiba ayahnda muncul dihadapanku dan berkata, " Along, kenapa ni? Kenapa Along terjerit-jerit?" tanya ayahnda dengan penuh kerisauan.
Lalu aku menceritakan pada ayahnda dengan linangan air mata yang begitu tragis akan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Aku pasti, jika perkara ini berlaku kepada wanita-wanita diluar sana, Pasti! Mereka akan lebih agresif untuk membidas dan membenci 2 gadis dan lelaki yang sebelum ini dianggap "sahabat". Secara jujurnya, aku benar-benar tidak menyangka yang Amar berkomplot untuk memalukan aku.Tidak lama kemudian,Aku, Amar dan 2 orang gadis itu dipanggil untuk duduk semeja di halaman rumah nenek Amar untuk berbincang bersama ayahnda dan uncle Hasyim bagi menyelesaikan masalah yang timbul sebentar tadi.
Diikutkan sebenarnya, aku seboleh-boleh menolak permintaan ayahnda untuk duduk berbincang dengan orang aku benar-benar benci ini namun kerana hormat dan terlalu takut bila sergahan dan arahan dari ayahnda, aku tidak mampu untuk membangkang walaupun aku tahu perbuatan aku ini amatlah bertentangan dengan ajaran agamaku dan sebagai insan yang begitu lemah untuk menempuhi semua dugaan ini. Perbincangan bermula dengan suara ayahnda yang begitu tegas sambil diperhatikan oleh Uncle Hasyim yang duduk dan serius dengan air mukanya memandang ke arah kami berempat dan kami hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.
 Kelihatan bukan hanya kami berenam duduk semeja, akan tetapi dilihat berpuluh-puluh orang kampung sedang memerhatikan kami. Soalan pertama keluar daripada bibir ayahnda adalah dengan menanyakan soalan padaku akan apa yang telah berlaku. Aku pada mulanya hanya mendiamkan diri namun atas desakan ayahnda, aku menceritakan apa yang telah berlaku sambil air mataku berlinangan dengan derasnya dan aku kurang pasti adakah mereka faham akan apa yang telah aku ceritakan kerana suaraku tersekat-sekat menahan air mataku.Tiba-tiba suara lantang ini muncul"Sumpah! Demi Tuhan! Amar tak ada niat langsung nak berkomplot denganNonie dan Yati! Moon, sampai hati kau fitnah aku ya? " Terkejut aku mendengar kata-kata Amar yang mencelah keteranganku dengan nada yang begitu keras sambil raut wajahnya yang begitu pucat berkata-kata kepada Ayahnda dan Uncle Hasyim.
"Ya Allah, apakah ini benar yang diperkatakan oleh Amar?" Aku terus kebingungan.Uncle Hasyim dengan muka ketatnya memandang kearah 2 orang gadis itu dan kalau tak silap aku, Amar memanggil mereka Nonie dan Yati."Nonie! Yatie! Pak Long nak kamu jujur dengan Pak long sebelum Pak Long mengambil tindakan keatas kamu berdua! Kamu kenalkan Pak long ni siapa? " Tanya Uncle Hasyim dengan penuh ketegasan.Kalau dilihat, Nonie kelihatan perempuan yang berambut warna keperang-perangan diikat kuda, dengan kulit secerah kulit wanita korea dan berusia lingkungan 20an dan Yati pula kelihatan badannya agak berisi dengan rambut yang lurus pada paras bahu dan matanya ala-ala jepun dengan usia lingkungan sama sahaja dengan Nonie.
Itu yang dapat aku gambarkan mengenai diri mereka ketika ditanya oleh Uncle Hasyim."Pak..Pak..Pak Long, Nonie memang tak bersalah, yang bersalah adalah Moon sebab dia yang mula dulu, kalau tak percaya Pak Long tanya Yati. Sumpah Pak Long! Nonie tak tipu" bergetar suaranya ketika menjawab soalan dari Uncle HasyimTiba-tiba Yati pula bersuara dengan kata-kata yang pelik " Eh Pak Long, se..sebenarnya memang Moon yang salah tapi Nonie pun salah jugak, tapi sikit ajelah sebabnya Moon yang banyak kutuk Nonie dan Nonie pun maki hamun la kat Moon! Yati dengar saja Pak Long""Eh!Mana satu yang betul ni?kau orang berdua jangan main-main dengan anak Pakcik, silap hari bulan dua-dua Pakcik sumbat lokap! " Berkata ayahnda dengan nada yang serius.Jawab Nonie dengan slumber. "Pakcik! Kalau Moon betul-betul tak bersalah, Pakcik selidik dan tanya dia betul-betul dan suruh dia berkata dengan sejujur-jujurnya. Bak kata orang "kalau berani kerana benar, kalau takut kerana salah" Tengoklah, dari tadi asyik menangis, entah betul tidak? So,kalau nak tahu siapa betul dan siapa salah? Nonie nak Moon buka tudung dia dan tunjukkan love bite yag berada dilehernya"Tanpa disedari,
"Pang!!!" aku terus menampar muka si Nonie itu dan menjerit padanya sekuat hati."Apa masalah kau ha? Kenapa kau fitnah aku macam-macam ha? Kau nak Amar tu ambiklah! Aku sikit tak hadap! Meh sini! Sini kau tengok betul2 leher aku! Tengok dalam baju aku ada love bite ke tak binatang ha!! Sini kau! Ha, tengok! Tengok binatang! Tengok!!!!!!!!!! Binatang!!!!!!!" Mengamuk dan menjerit aku sekuat hati pada si Nonie itu dan tanpa disedari tudung dan baju aku telah aku koyakkan untuk membuktikan yang aku benar-benar tak bersalah dan tiba-tiba.."Moon...Moon...bangun Moon...bangun..jangan tinggalkan saya.. " Kedengaran suara Amar yang sebak memanggilku dan aku tidak berdaya untuk mengatakan apa-apa dengan mataku yang masih tidak dapat dibuka dengan seeloknya.
"Ya Allah, peritnya dugaan yang kau berikan padaku Ya Allah. Aku tidak mampu untuk memikulnya Ya Allah. Kalau kau ingin mengambil nyawaku sekarang, ambillah Ya Allah..cabutlah nyawa aku ini" bisik hatiku sambil linangan air mata tiba-tiba berguguran. Sesungguhnya, aku tidak pernah berhadapan dengan situasi yang mencemarkan maruah aku dan keluargaku di khalayak ramai.Sambil aku merasakan yang Amar sedang memegang erat jari jemariku dan mengucupnya walaupun aku berusaha segigihnya untuk membukakan mataku dan dalam kekaburan kelihatan Amar juga berlinangan air matanya dan mendengar kata-katanya padaku "Moon.. Awak tahu tak yang awak telah mengetuk pintu hati saya Moon dan kalau awak sedar sekarang, sayalah insan yang paling gembira dalam dunia ni Moon! Please Moon, jangan macam ni..bangun Moon..bangun.." Aku tidak mampu untuk menghalang pegangan dan kucupan Amar pada jari jemariku kerana aku benar-benar lemah dan hanya usaha aku untuk mengerakkan kepala perlahan-lahan bagi memberikan isyarat kepada Amar supaya melepaskan pegangannya namun Amar tetap memegang jari-jemariku dengan seerat-eratnya kerana beliau tidak mengerti apa yang aku maksudkan.
 Hanya memohon maaf kepada Allah yang Maha Pengampun supaya memaafkan Amar dengan tindakan yang dilakukannya kepadaku pada saat ini.Jika Tuhan benar-benar ingin mengambil nyawaku pada saat ini izinkan aku bersuara untuk mengatakan pada Amar. "Awak..saya minta maaf sangat-sangat! Maafkan saya kerana menfitnah awak..maafkan saya Amar.." Tak lama selepas itu, aku melihat ibunda, ayahnda, adik Naim, Uncle Hasyim dan Auntie Sha menghampiriku dan kelihatan Amar telah melepaskan peganganya sebentar tadi dan Amar hilang begitu saja. Harapan aku, janganlah mereka sedar akan perbuatan Amar sebentar tadi kerana Dialah lelaki yang pertama yang bukan muhrim menyentuh jari-jemariku dan tidak mahu mereka akan berprasangka buruk pada Amar kerana kini aku yakin "Amar TIDAK bersalah" "Along macam mana sayang.
 Sabar ya sayang, kuatkan semangat ya?" Berkata ibunda yang tiba-tiba sebak melihatku.Hanya linangan air mata sahaja aku dapat berikan. Suaraku tidak berupaya mengeluarkan kata-kata dan badanku tidak mampu untuk bergerak dan hanya gerakan kepala saja mampu aku gerakkan namun ia dengan kadar yang sangat lemah."Along kena banyak berehat, jangan banyak berfikir ya. Kalau Along dengar cakap ayahnda, Pasti Along akan sihat secepat mungkin. Ok sayang?" Bersemangat ayahnda dengan kata-katanyaSambilku lihat adik Naim dan Ibunda memegang erat jari jemariku dan kelihatan mereka semua begitu sebak melihatku dan tertanya-tanya, apa sebenarnya penyakitku? Nantikan episod yang seterusnya

No comments:

Post a Comment