Friday 22 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 8


Episode 8


Aku didakapi oleh ibunda seerat-eratnya. Persoalan mula timbul. Kenapa aku dimasukkan ke hospital berhari-hari? dan apa sebenarnya penyakitku?

Kelihatan hanya ibunda sahaja yang menemani aku di wad. Mereka yang tadi datang melawat aku sudah tidak kelihatan. Ibunda yang duduk melihatku kelihatan sebak dan aku benar-benar buntu. Aku tidak mampu bersuara dan hanya berlinangan air mata apabila sesiapa saja melawati aku.

Sudah 2 hari aku berada di Hospital Temerloh Pahang dan kesihatan aku betambah pulih. Syukur pada yang Esa.
 Sapa aku dengan tiba-tiba
"Ibunda..macam mana dengan pembelajaran Along di Universiti ya? Bukan ke Along sepatutnya kena lapor diri hari semalam ke?"
"Along, Kan Along tak sihat sepenuhnya, lagipun doktor tak bagi kebenaran untuk Along dibenarkan keluar dari wad ni dan berkenaan study Along di Uitm tu, Ayahnda dah maklumkan pada mereka dan sekarang hanya minggu suai kenal pelajar-pelajar selama seminggu, So.. Along jangan risau ya. Kalau Along betul-betul dah sihat sepenuhnya, bolehlah pergi belajar nanti." Terang ibunda dengan penuh sabar.
Tiba-tiba aku menanyakan soalan yang sudah lama aku ingin tahu jawapannya
"Along sakit apa ya ibunda?"
Kelihatan berubah wajah ibunda dengan tanyaan aku.
"Along sakit hati kan?" Tertawa ibunda dengan sengajanya
"Betul-betullah ibunda" tanya aku lagi
"Macam ni lah Long, Along sebenarnya mengidap penyakit demam kura-kura" nada ibunda yang serius bertukar ketawa kecil.
"Ibunda..Along serius ni, please..bagitahulah Along." Tanya aku lagi dengan serius
"Ya ampun anak ibunda ni, Along tak ada sakit yang serius lah sayang, hanya Along rebah pada malam itu dan doktor mensyakki Along menghidapi Migrain akibat tekanan sayang. Puas hati?" Tanya ibunda aku sambil melemparkan senyuman.
Aku masih ragu-ragu dengan jawapan ibunda. Diikutkan hati, ingin saja aku terus berjumpa dengan doktor akan tetapi niat hatiku dipatahkan apabila si dia insan yang aku sayangi dalam hatiku hadir dengan penuh bergaya apabila mengenakan kemeja biru, berambut kepacak-pacakan style zaman kini melihat aku dengan penuh senyuman yang ikhlas sambil memberi ucapan salam pada aku dan juga Ibunda. "Sungguh kacak Abang Ashraf pada hari ini, rupanya benar-benar mirip Zain  pelakon malaysia dalam drama "setia hujung nyawa ( TV3 )" bisik hatiku.
"Moon..Abang mintak maaf sebab tak datang awal-awal untuk melawat moon. Abang baru saja tahu yang Moon masuk wad dan itupun sebab abang hubungi Moon dan Adik Naim yang bagitahu abang. Maaf ya Moon." Ujar Abang Ashraf yang penuh dengan senyuman ikhlasnya.
"Maaflah Ashraf, makcik tak sempat nak bagitahu kamu." Sapa Ibunda
"Ouh..tak apa Makcik, lagi pun Ashraf ada hubungi Pakcik sebelum datang kesini." Ujar Abang Ashraf
"Hai Assalamualaikum" Tiba-tiba suara itu muncul.
Kelihatan manis senyumannya ala-ala Remy Ishak dengan mengenakan pakaian T-Shirt berwarna hijau pucuk pisang dengan tulisan tertulis dibajunya itu "I Love you" dan sambil memegang sejambak bunga Ros lalu
menyapa aku, dan juga Ibunda.
Kelihatan Amar juga bersalaman dengan Abang Ashraf dan aku hanya memandang ke arah ibunda dan ibunda pula mengangkat kening dan mengerutkan dahinya kepada aku.
"Moon apa khabar ya? Sihat?" Sapaan Amar kepadaku yang kelihatan berdiri dihadapan katilku.
"Sihat Alhamdulillah" itu saja ungkapan yang mampu aku berikan. Sebenarnya aku benar-benar malu dengan apa yang Amar telah buat padaku namun Amar langsung berperwatakan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Ha..ambil ni! Khas untuk awak" Hulur Amar kepadaku dengan sejambak bunga yang kelihatan itu tadi.
"Terima kasih."Jawab aku
"Kasihmu diterima Moon" jawab Amar dengan yakinnya.
Tiba-tiba sapaan Abang Ashraf menamatkan perbualan kami.
"Moon..Moon nak buah tak? Meh abang potongkan?"
"Tak apalah abang. Moon ta selera" jawab aku
"Jangan macam tu, tak apa abang potongkan, abang bagi buah epal merah ya, tanda kasih dan rindu abang pada Moon" spontan Ashraf dengan kata-katanya dihadapn aku, ibunda dan Amar.
Kelihatan wajah Amar tiba-tiba berubah.
Selepas Amar dan juga Abang Ashraf pulang, ibunda terus bersuara, "kelakar sungguh ibunda tengok mereka berdua tu" ujar ibunda.
"Apa yang kelakarnya ibunda, Along tengok Ok je, siap bergelak ketawa mereka berdua tu." Kata aku dengan yakinnya.
"Yelah Long, tapi itu hanya sandiwara je, ibunda ni dah banyak makan garam ya, so, ibunda lebih bijak untuk menilai mereka berdua tu" yakin sungguh ibunda berkata.
"Sandiwara? Apalah ibunda ni? Pandai-pandai je?" Jawab aku
"Selamat umur kamu muda lagi sayang, kalau tak ibunda dah suruh kamu pilih yang mana kamu nak?" Soalan itu tiba-tiba muncul dari mulut ibunda.
"Apa..lah ibunda ni, merepeklah tu" jawab aku tanda sabotaj
"Macam ni lah Along, dengar betul-betul apa yang ibunda cakap ni" lalu ibunda menerangkan kepadaku dengan bersemangatnya dan secara jujurnya aku pun bersependapat dengan ibunda namun atas keegoanku, aku terpaksa untuk menidakkan apa yang ibunda katakan. Sesungguhnya aku benar-benar buntu melihat perangai dan cara mereka terhadap aku.

Alhamdulillah, aku telah dikeluarkan dari hospital Temerloh Pahang dan doktor juga memberi pesanan kepada aku untuk datang semula pada bulan hadapan untuk pemeriksaan seterusnya. Tanya aku pada doktor itu tentang penyakitku dan ujarnya adalah aku mempunyai masalah migrain dan tekanan darah yang kurang stabil dan nasihatnya kepada aku, jangan selalu muram, stress dan kawal emosi dengan baik. Syukur yang tiada penyakit yang berbahaya menimpaku. Alhamdulillah.

Kini aku masih menetap dirumah nenek Amar kerana keesokkan harinya aku akan ke Uitm untuk melaporkan diri sebagai pelajar disana  dan layanan keluarga Amar dan neneknya  terlalu  baik apatah lagi si Amar itu. Kelihatan gadis yang pernah memalukan aku tidak kelihatan dan aku langsung tidak menanyakan pada sesiapa yang kemana menghilang 2 orang gadis itu. Lamunan aku terhenti apabila Adik Naim memanggil aku untuk menemaninya ke tandas. Al maklumlah, rumah kampung, jadi tandasnya berada diluar rumah dan pada aku, itu tidak menghalang aku sebagai seorang wanita yang tidak pernah menjumpai rumah yang ruang tandasnya berada diluar rumah. Sekali lagi aku bersyukur padamu Tuhan kerana tidak mempunyai perangai cerewet seperti gadis-gadis yang kekok dengan keadaan ini.

"Hoi cik adik, tengah tunggu giliran ke kaunter pelaburan saham ke? Berapa banyak nak melabur tu? Mesti banyakkan?" Kedengaran suara sumbang dan gelakan besar dibelakang aku dan aku pasti itu adalah Amar.
"Assalamualaikum Encik Abang, cik adik hari ni tak cukup modal nak melabur, kalau Encik Abang ada modal lebih, boleh bagi saya sikit." Jawab aku dengan senyuman sinis.
Kelihatan Amar sedang ketawa berguling-guling apabila mendengar kata-kataku sebentar tadi dan hatiku pula berbisik.
"Mamat ni sewel ke? Apa yang lawak entah? Aku rasa, aku tak ada langsung buat lawak."

Tiba-tiba

Menjerit kata-kata aku apabila melihat Adik Naim sudah melabur sahamnya di dalam seluarnya. "Ya Allah! Kenapa adik berak dalam seluar? Tak senonohnya! Eee..busuknya!!"
Tak lama selepas itu, nenek wan datang menyapa Adik Naim dan membawanya ke perigi untuk dicuci najisnya.

Terkejut besar aku apabila  Amar menarik tanganku dan membawa aku ke pondok kecil di belakang rumah neneknya dan sebelum sempat sampai ke pondok itu aku melepaskan pegangan Amar padaku dengan sepantasnya sambil berkata
"Amar, tak manis kalau awak pegang tangan saya sebab kita bukan muhrim ya dan tak elok perbuatan itu disisi agama dan agama kita melarang sekeras-kerasnya perbuatan itu" nasihat aku kepada amar dengan sempat melemparkan senyuman kepadanya.
"Ouh yeke? Walaupun saya tak bernafsu memegang awak" tanya Amar seolah-olah pelik dengan kata-kataku.
Aku hanya memberikan senyuman kepadanya dan mematikan perbualan kami dengan sepotong ayat yang membuatkan Amar terkedu tanpa berkata apa.
"Amar, kenapa awak layan saya dengan baik ya? Walhal saya langsung tidak pernah bagi sesuatu yang istimewa untuk awak."Tanya aku dengan spontannya.
Amar hanya mendiamkan diri dan hanya berkata, "ha? Ouh..ok, eh! Moon..saya nak melabur sahamlah, nanti sembang balik ya, 5minit ya!" Senyum Amar dengan raut wajah yang sedikit debar.


Nantikan Episod yang seterusnya

No comments:

Post a Comment