Wednesday 20 February 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 1


Ini adalah drama bersiri bertulis yang diterbitkan khas dari saya. Maaf ya jika ada kesalahan ejaan atau bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan. Untuk pengetahuan, ini adalah hasil nurkilan saya yang pertama didalam dunia. Selamat membaca dan moga terhibur..



          Bila saja sebut namanya pasti 
orang  akan tertanya-tanya, Betul ke nama dia itu atau dia saja-saja nak mereka? tapi hakikatnya, itulah nama yang terungkap dari seorang ibu buat anak gadisnya yang tercinta. Gadis ini manis berlesum pipit, saur matang kulitnya, bergigi rata manis dengan senyuman, berbibir idaman jejaka sedunia dengan berpakejkan bentuk badan yang begitu menawan. Wow!Gadis ini penuh dengan cita-cita yang tinggi menggunung serta tabah dalam apa jua cabaran yang menduga. Namun gadis ini masih dapat melemparkan senyuman manis buat semua. Sewaktu kecil dulu, rakan-rakan memanggilnya...”MOON” dan entah kenapa nama sebegitu dipanggilnya..



Inilah kisah "Moon Nabella"





"Tahniah semua, Peperiksaan tamat."
Itulah ungkapan yang aku tidak akan dapat lupakan dari Ketua pengawas peperiksaan SPM. Selepas mendengar ungkapan yang dikeluarkan dari Ketua pengawas peperiksaan SPM itu, aku dengan penuh rasa ghairahnya bergegas berlari keluar dari dewan peperiksaan dan melaungkan "AKU MERDEKA!!!"


“Wah!Seronoknya...Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat yang SPM dah habis dan yang pasti aku bukan budak sekolah lagi!” Ketawa aku bersama rakan-rakan.
"Bukan kau saja Moon, kita orang pun seronok tau" berkata kawanku sambil bergelak memecah bingit gegendang telingaku bersama rakan-rakan yang lain.


"Hoi anak dara, dari tadi sengih tak berhenti? Dapat jumpa buah hati ke?" Sapa ibundaku yang berada di dapur.


“Apa ibunda cakap? “Bisik hatiku lagi

“Bukanlah, sebenarnya Along happy sangat-sangat hari ni sebab Along dah dimerdekakan?” jawab aku dengan bangganya.


“Apa? Dah dimerdekakan? Kamu biar betul Long?” tanya Ibunda yang seakan hairan dengan kata-kata aku itu tadi.

“Ya Ibundaku sayang..” jawab aku dengan senyuman mengoda.

“hey! Kamu ni kan dah datang bulan masa umur 14 tahunkan?” tanya Ibunda dengan wajah yang bertambah pelik.
Berdekah aku apabila Ibunda berlainan fikiran dengan benakku.

“Along bukan dimerdekakan sebab datang bulan Ibunda, tapi Along dah merdeka dari SPM!” berkata aku sambil berketawa besar pada Ibunda.

“Ikut kamulah! Cepat tolong Ibunda buat kuih ni”bernada bengang Ibunda apabila mengetahui jawapan dari aku.



Walaupun Ibunda tampak marah namun kecantikkan diwajahnya masih terpancar. Dengan lenggokan jalannya, kalah Ratu Kebaya Malaysia.


Hening pagi menyingsing...


 "Wahai anak daraku, bangun sayang. Jom solat subuh berjemaah bersama." 

Kejut ibunda dengan mengoyangkan kakiku.

"5minit ibunda? Please..." jawab aku, namun Itulah kata-kata yang selalu aku ungkapkan kepada ibunda setiap kali ibunda mengejutkan aku untuk bangun dari tidur dan kelihatan Ibunda langsung tidak mengendahkan pujukanku.

" Nak jadi anak yang solehah, dia kena dengar cakap mak ayah dia, jangan dengar bisikan syaitan tu,cepat bangun! kalau tak bangun ibunda geletek kaki Along" Leter ibundaku.

"Ya ya...Along bangun...erghhhh...bestnya mengeliat..."


Alhamdulillah. Selepas selesai solat subuh berjemaah, aku terus melabuhkan tubuhku diatas tilam yang begitu empuk sambil menikmati mimpi-mimpi yang indah.


Jam 10.00 pagi aku bangkit dari tidurku lalu terus ke kamar mandi dan mencapai tuala yang dibalik pintu kamarku. Kalau ikutkan mata ni, nak saja aku tidur sampai petang tapi tak manis pulak anak dara tidur sampai petang. Jatuh saham aku.


"Ibunda? Ibunda? Eh? Mana pulak ibunda aku pergi ni?Jerit manja dari aku.

"Ke rumah jiran agaknya tu."Bisik hatiku.


Tiba-tiba rasa sunyi pula kat istana ni.eh! Jangan ingat aku ini anak raja pula walaupun aku memanggil ibu bapaku dengan panggilan ‘ibunda’ dan ‘ayahnda’.Namun panggilan yang aku kepada kedua ibu bapaku adalah atas didikan oleh Ibundaku sejak kecil lagi dan dengarnya ada cerita disebaliknya. Walaupun istana aku ini bukanlah istana yang sebesar-besar alam namun aku masih bersyukur dengan kehadrat Allah S.W.T atas rezeki yang diberikan oleh-Nya. 


Tidak lama selepas itu kelihatan rakan karibku sedang menghampiri ke istanaku.


"Eh mimi,lama tak jumpakan?" Sapa aku dengan kehairanan

" Lama tak jumpa??" beraut pelik wajah mimi melihatku

"ya lah, kau sihat?" Tanya aku dengan senyuman manja.

" Jangan nak mengada, semalam baru balik sekolah sama-sama kan? lama ta jumpa konon, e! Gedik!" Marah mimi bila aku hanya bergurau dengannya.


Al-maklumlah mimi ini adalah seseorang yang cepat sangat beremosi, namun ketulusan persahabatan yang ada pada dirinya membuatkan aku benar-benar sayang padanya ditambah pula dengan senyuman manis darinya walaupun badanya agak berisi.


 "Ha? Buat apa datang ni? mesej tidak, call pun tidak?" Tanya aku dengan nada serius.

" Macam ni weh, aku bosanlah duduk terperap kat rumah tu , so, ak nak ajak kau cari kerja dan bolehlah kita cari duit, boleh shopping, enjoy, beli topup dan macam-macam lagi. Tak payah mintak duit mak ayah kita.." Bersungguh mimi menceritakan kepada aku.


“ Itulah kerja kau..topup, topup, topup. Kitakan baru saja merdeka. Merdeka pun tak sampai 24jam lagi, alih-alih nak ajak cari kerja, apalah kau ni" Bebel aku pada si mimi.

“ala, waktu sekaranglah kalau nak mohon kerja, kalau tangguh-tangguh confirm dah penuh, so apa kata kita booking saja dulu, nak?” bersungguh Mimi mengeluarkan idea yang bernas darinya


 "Eh..betul jugakkan..kalau kerja boleh belanja dan buat simpanan utk sambung belajar di Universiti nanti?" Jawab ak dengan bersungguhnya

"Ha, itulah maksud aku tadi." Senyum sinis si mimi itu.

"Kalau macam tu, apa kata esok pagi kita pergi ke pekan cari kerja?" Tanya aku dengan bersemangatnya.

 "Lambatnnya, petang ni lah moon" Lagi bersemangat mimi mengajakku

." Ala..bukan tak nak mimi, tapi aku kena tanya ibunda dan ayahnda aku dulu, ok?" Pujuk aku. "Yelah-yelah..kalau tak jadi siap kau aku kerjakan! " Amaran keras dari mimi.

" Insya Allah..jangan mengharap tau." Pesan aku buat mimi.

Sambil duduk kami sekeluarga menjamu selera pada hidangan santapan malam, lantas aku bertanyakan pada ayahnda berkenaan kerja


“Ayahnda, Along nak tanya ni, boleh tak?" Tanya aku dengan suara yang agak berdebar.

 Al-maklumlah ayahnda aku ni tegas orangnya.”Inspektor polis” katakan.

"Ha, apa dia?" Jawab Ayahnda dengan derasnya.

."Macam ni, tadi mimi datang rumah, dia ajak..a..a.." Aduh, tersangkut-sangkutlah pulak.

. "A...a apa??" Cuit adikku yang ralit mendengar perbualan aku dan ayahnda..

"Ajak Along cari ayam?" Tertawa ibunda dan adik aku melihat gelagat aku

“Aduh melatah lah pulak!” bisik hatiku

."Maaf Ayahnda.Along nak minta kebenaran nak ke pekan esok untuk cari kerja sambilan?" Laju macam formula one aku bercakap.
“Kerja?? Tak payahlah! Dah,habiskan makanan dalam pinggan tu.” Jawab ayahndaku dengan tegasnya, namun apakan daya hanya mampu mengetip bibirku dan menghabiskan makanan secepat yang mungkin..

berbaring aku diatas tilam empukku yang berada di kamar sambil memikirkan dengan kerja sambilan yang ingin aku cari itu, tiba-tiba...



"Ibunda dah cuba pujuk Ayahnda kamu tu, tapi tahu-tahu jelah kamu je satu-satunya puteri dalam rumah ni, memang susahlah Ayahnda nak benarkan, lebih2 lagi kes-kes panas sekarang ni, dengan rogolnya, culiknya..emmh..risau kami dibuatnya" ujar Ibunda yang seakan-akan faham perasaanku.

 “Tak apa lah Ibunda. Along faham. mungkin ada hikmah disebalik semua ini" senyum aku pada ibunda supaya ibunda tidak merasakan aku bersedih walaupun aku rasa nak je jerit sekuat hati


“NAK KERJA!!! Tapi hanya dalam hati saja mampu.

Tiba-tiba suara garau menyusul

" kalau Along tak cukup duit nak belanja bagitahu ayahnda, ayahnda boleh bagi duit kat Along..300, 400, 500..cakap saja..insya Allah Ayanda bagi"

aku hanya mampu mengangukkan kepalaku dan tersenyum pada Ayahnda  sambil berkata  “terima kasih Ayahnda "


 keesokkan paginya,



 "Along..tolong hantarkan adik ke sekolah boleh?" Tanya ibunda sambil menyiapkan sarapan pagi untuk Adik Naim
"Boleh ibunda" jawab aku,

 lalu aku terus memanaskan enjin motosikalku yang terletak di halaman rumah

"Adik pergi sekolah ni jangan nakal-nakal ya..jangan kotorkan kasut, baju, seluar..apa-apalah yang kotor." Pesan aku untuk adik kesayagan aku itu dan ini jelah adik yang aku ada.

"Ya la Along..adik ingat..insya Allah.." Jawab Adik Naim dengan tenang sambil bisik hatiku “pandai adikku ni sebut insya Allah, sejuk je rase hati "

“Ha..dah sampai dah ke sekolah adik." Tegur aku.

."Ya lah..takkanlah shopping complex pulak, apalah Along ni?" Senyum sinis adik aku

" Ee..nak kena ni, Along sekeh karang?dah! salam Along dan Cium Along sikit.

" Suka pulak bila adikku mengucup pipiku, rasa macam mak mak pula..

Adik Naim ini sangat comel budaknya. Pintar dalam pelajaran,solat tak pernah dilupakan sejak umur 10tahun dan yang paling penting pandai sangat mengambil hati orang tua namun sedikit laser mulutnya bila berkata.


Dalam perjalanan pulang ke istanaku, aku terserempak dengan si dia.OPS!! My Ex?!

Pengenalan kami bermula dibangku sekolah lagi dan disitulah bibik-bibik percintaan kami bermula well..”cinta monyet” tapi cinta-cinta monyet kami pun hampir 3 tahun, namun kami terpaksa berpisah atas desakan Ayahnda. Ikutkan hati..sayang seribu kali sayang..jejaka idaman sekolah tu..dah lah rupa seiras Zain (Drama setia hujung nyawa TV3)..

uh..tergugat iman bila melihatnya.


"Moon,,Moon.."terdengar suara yang pernah mengetarkan hatiku memanggil, namu aku mengendahkannya sehinggalah dilampu isyarat..

“aduh!..merah lah pulak..tak boleh pulak nak pecut.” Bisik hatiku



" Assalamualaikum Moon..lama ta nampak Moon..Moon sihat?" Tanya jejaka mirip zain itu.

"Ouh..Abang?" Eh! Silap panggillah pulak..aduhhh..malu pulak rasa..

" Ya..abang ni..jom kita makan pagi sama2 kat depan kedai tu nak..minum pun takpa..sekejap aje..5minit pun tak pa.." Bersungguh memujuk si Zain ni.

Namun atas kerinduan kepadanya aku hanya mengangukkan sahaja walaupun dalam hati terbayang wajah Ayahnda yang melarang aku bertemu dengan mamat ni..tapi disebabkan hanya seketika..aku memberanikan diri..

"Ya saudara ashraf? Ada apa ya?”..tanya aku dengan slumbernya.

"Ala..tak payah lah saudarabaga,tadikan dah elok panggil abang." Senyum mengoda Ashraf memandangku.

“Aduh...sumpah malu..ingat moon..cool..cool..” bisik hatiku

" Ya abang Ashraf..ada apa ya?"Tanya aku dengan tenangnya.

 sememang sewaktu cinta monyet kami dibangku sekolah, aku memanggilnya “Abang Ashraf”  “Eh, takkan kita nak bercakap atas motorkan?, jom abang belanja makan pagi?” pujuk Ashraf dengan senyuman manisnya..

“adoii..tergugat iman dibuatnya..istighfar istighfar...”

"Moon buat apa ya sekarang?"Soal Ashraf melenyapkan bisikanku

."Ouh..Moon baru je habis SPM.."jawab aku dgn tenangnya.

"Ouh..tak cari kerja sambilan ke?"

 " Ha? Tak lah..nak rehat je kat rumah tolong-tolong ibunda.."Jawab aku dengan cool


dan tiba masa untuk aku menyoal pula


 "Abang Ashraf sekarang buat apa? Bukan dah habis degree ke?" 

“Ouh..a'ah..baru je habis Moon. Sekarang tengah cari kerja la.. eh Moon, jemput makan"

Kebiasaanya sebelum ini tika hati berpaut pada Abang Ashraf dan sedang asyik bercinta, Abang Ashraf tidak pernah lupakan bacaan doa ketika aku dan dia menjamu selera bersama.

“ouh..Abang Ashraf memang swett.”Bisi hatiku lagi.


Sambil menadahkan tangan berdoa menjamu selera..Abang Ashraf menghidang makanan kepada aku dan dirinya. Seperti biasa, makanan kegemarannya” nasi lemak sotong”..perghhh..kedai cik kiah ni memang terbaik!!


"Abang rindu moon,rindu sangat-sangat" Tiba-tiba aku terdengar ungkapan itu

“Betul ke ni? Ke ak tengah angau..

"Moon..o..moon.."

" ya..ya abang.." " Abang rindu Moon.."

Ha?? Betul ke aku dgr ni..malunya rasa..rasa nak ambil pinggan ni nak je tutup muka.

“Moon pun rindu abang sangat-sangat” bisik dalam hati sahaja dan aku hanya mampu berkata pada Abang Ashraf


"ha? Ouh..ok..."


Tiba-tiba aku mula berfikir, takkan lelaki sekacak ni tak ada yg berpunya dan dengan berani aku mengeluarkan statement seperti ini

“ Eh..! Rindu..jangan macam ni Abang Ashraf..marah girlfriend Abang Ashraf nanti?" Seronok aku menyindir..

Al-maklumlah..tengok di facebooknya, ramai sungguh kawan-kawan wanita yang menjadi kawannya.

."Girlfriend..ouh..memang ada..tapi.."

Lantas aku mencelah.."tahniah Abang.." Walaupun hati ini luhur dan pedih teramat sangat..


"Tahniah? Apa yg tahniah?" Berkerut dahi Abang Ashraf

"tahniah lah dah ada girlfriend" senyum aku dengan bertopengkan sedih.

."Eh..girlfriend maksud abang..kawan perempuan..kalau bunga untuk taman abang masih Moon dihati Abang.." Slumber saja ayat yang terpancul dari bibir Abang Ashraf walaupun aku tahu ini adalah drama! Drama! 

“Abg ashraf..moon nak berangsur dulu lah.terima kasih atas semuanya, maafkan moon sekali lagi..maaf dar hujung rambut hingga hujung kaki" eh..aku ini..macam ayat nak berpisah pulak..namun hatiku mula memberontak..

”moon rindu Abang!!”


“Ouh..ok Moon..nanti ada masa jumpa lagi ya..ada no.telefon?" Senyum sahaja yang dilemparkan oleh Abang Asraf itu dan dengan pantasnya aku menjawab..

“0148338944..ok bang..bye..Assalamualaikum..” jawab aku sambil aku memulakan enjim motorsikalku dan meneruskan perjalanan. “Uh..selamat Motor Skuter..start and go

Walaupun dalam hati aku masih berbisik.”.aduh..apasal la kau bagi nombor tu laju sangat..dapat ke dia nombor tu? Tak ada panggilan masuk pun..membelek-belek aku melihat telefon bimbitku


 Tiba-tiba suatu panggilan masuk diterima..berderas aku mencapai telefon bimbitku..

"Assalamualaikum..helo?
"Hoi waa’laikummussalam. hoi princess..jadi tak nak cari kerja? Jap lagi aku sampai rumah kau.

hatiku kecewa, ingatkan Abang Ashraf namun sahabat karibku “mimi”


" Mimi..maafkan aku..Ayahnda aku tak izinkanlah..harap kau faham ya."Sayu suaraku..

"Oklah..bye!" Seakan marah mimi padaku..

Tiba-tiba sekali lagi panggilan masuk diterima..aku pasti itu adalah “Mimi”..

tenang rasa Mimi hubungi kembali.."Mimi..maaf tau.."..

"Ha? Mimi..bukanlah..ni abang lah"

ha!!!!! Ya Allah..happynya aku..rase nak jerit sekuat hati

Habis aku campakkan bantal yang berada diatas tilam katilku..

Tiba-tiba suatu ketukan pintu kamark kedengaran dan suara itu

"Along..Along..meh sini kejap?" Itu suara Ayahnda.!.

Nantikan episod yang seterusnya



No comments:

Post a Comment