Sunday, 3 March 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 15


“Ya Allah. Abang Ashraf?” Bisik hatiku.
Tanpa memikirkan apa-apa, aku lantas mencapai telefon bimbitku yang berada di dalam beg tanganku dan menghantarkan pesanan ringkas kepadanya.

Abg, abg jangan datang ya. Kalau nak jumpa kita jumpa hari Ahad petang ke? Sebab Ibunda dan Ayahnda datang Shah Alam ambil Moon untuk tidur rumah kawan Ayahnda. Maafkan Moon abang. Jumpa nanti ya. Harap Abang faham.

“hai Moon? dah duduk sini tak sampai sebulan dah ada boyfriend ke?” Tanya Ibunda dengan tiba-tiba.
“eh. Apalah Ibunda ni, Along tengah SMS kawan Along ni.” Ujar aku yang cuba untuk berhelah.

Selepas Ayahnda membawa kami sekeluarga menikmati makanan yang sangat memberikan perutku membuncit iaitu “Restoren Soto Shah Alam” yang terletak di seksyen 8 Shah Alam, lalu Ayahnda meneruskan perjalanannya ke rumah Amar, anak Uncle Hasyim. Alhamdulillah, tepat jam 6.45petang, aku telah sampai ke rumah Amar yang mana sebelum ini aku langsung tidak tahu akan kewujudannya dia ini. Kelihatan di Signboard “Taman Desa Kayangan Presint 16 Putrajaya“ dan Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, kami telah sampai ke destinasi ke Rumah Amar.

“ha! Itu dia Amar dengan Abang Hashim Bang” sapa Ibunda kepada Ayahnda yang sedang tunggu dibahu jalan menunggu kedatangan Ucnle Hasyim dan Amar.

Hatiku deras berbisik. “boleh tahan juga Amar ini, dengan pakaian macam ala-ala orang boss muda kacak saja aku tengok. Memakai baju kemeja ungu cair, bertali leher merah jambu berbunga ros merah dengan seluar slek hitam sambil kasutnya tajam muncung kedepan, uh! Handsome!” dan kelihatan pula mereka sedang berjabat tangan dan Ayahnda memulakan semula perjalanan dan mengekori kereta milik Uncle Hasyim. 

“Ibunda, Along dari tadi nak tanya sebenarnya. Bila masa si Amar ni dapat kerja dan ada rumah dekat sini? Bukan ke dia ni ‘fresh graduate’?” Tanya aku dengan tidak sabar.

“eh! Manalah Ibunda tahu sayang oi. Cuba tanya Ayahnda kamu ini?” jawab Ibunda pula.
“ha Ayahnda. Cuba cerita sikit.”ujar aku dengan masih ternanti-nanti jawapan dari Ayahndaku.
“setahu Ayahnda, Uncle Hasyim Cuma cakap yang anaknya betul-betul bawa tuah. Sebabny, pertama kali pergi temuduga kerja terus dapat Penolong Pengurus Jabatan Audit Negara. Mungkin Amar itu lepasan dari luar Negara agaknya.” Ujar Ayahnda dengan tenangnya.
“Ouh. Mungkin jugalah.” Jawab aku dengan bersahaja.

Dengan kedatangan kami, Auntie Sha yang masih dengan keanggunannya menyambut kami dengan baik. Tersenyum manis Auntie Sha kepada aku sedang aku mnghulurkan tangan kepadanya untuk bersalam.Sekarang aku telah melangkah masuk ke rumah Amar yang agak sederhana, namun bagi aku ia benar-benar bersesuaian kepadanya, al-maklumlah orang bujang. Tiba-tiba aku terdengar sapaan dari Auntie Sha.

“Makin cantik Moon sekarang ya” sapa Auntie Sha. Aku hanya melemparkan senyuman kepada Autie Sha diatas kepujian yang diberikan kepada aku, namun aku sedikit hairan, pakaian yang aku kenakan pada waktu itu hanyalah t-shirt berwarna biru cair dengan cardigan berwarna hijau pekat dan berseluar jeans Levi’s yang telah dibelikan olah Ayahnda sambil tudung aku bertanahkan putih berbunga tulip berwarna pink. Pada aku, itu adalah pakaian yang simple dari aku untuk keluar bersantai bersama keluarga.
“Amar, Moon ada ni? Jangan masuk awal sangat” sapa Auntie Sha kepada Amar yang kelihatan sedang melangkah masuk ke rumah. Hairan juga bila difikirkan kenapa Amar langsung tidak meneguri aku. Adakah kerana peristiwa yang berlaku dahulu?. Aku langsung tidak berkesempatan untuk memberi senyuman kepada Amar kerana Amar kelihatan seolah-olah cuba mengelakkan diri dari aku.

Telefon Berdering
Demi Cinta Dalam Hatiku.
“nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz”
Terpapar didada skrin telefon bimbitku nama “Abang Ashraf” dan dengan tangkas aku menjawab panggilannya sedang telefon bimbitku berada di gengaman jari jemariku.

“Moon, abang dah sampai dekat UITM Shah Alam ni.” Berkata Abang Ashraf dengan nada bersahaja.
“Abang, Abang tak baca SMS yang Moon bagi tu ke?” Ujar aku.
“Abang tak sempat nak tengok SMS Moon, Abang tak kira, Abang nak jumpa Moon juga. Please Moon. Jangan buat Abang macam ini.” Ujar AbangAshraf dengan nada merayu.
“Abang, Abang baca SMS Moon dulu ya, lepas tu kita SMS. Moon tak boleh cakap telefon sangat ni. Maafkan Moon Bang.” Jawab aku dengan nada yang seakan serba salah.
Tidak lama kemudian, Abang Ashraf menghubungi aku kembali,
“Moon, ok Abang faham, tapi Abang nak jugak jumpa Moon hari ni walaupun sekejap sayang. Moon bagitahu alamat kat mana? Nanti Abang datang.” Bersungguh Abang Ashraf dengan kata-katanya.

“Ok Abang, kejap lagi Moon SMS kat mana kita nak jumpa. Ok?” jawab aku lagi
“Ok sayang. Abang nak pergi isi minyak kerat kejap dan kalau boleh Abnag nak jumpa Moon dalam jam 8malam ni ya. Please Moon.” Ajak Abang Ashraf lagi
“Ok. Apa-apa tunggu Moon SMS., Bye.”lantas aku menamatkan perbualan aku dengan Abang Ashraf sambil memikirkan bagaimana cara untuk aku ketemu sama Abang Ashraf.
Adakah aku harus meminta Ayahnda membawa aku ke sebuah restoren dan berjumpa dengan Abang Ashraf? Atau adakah aku harus meminta pertolongan dari Amar yang mana beliau lansung tidak mengendahkan kedatangan aku. Sesungguhnya aku benar-benar buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Namun sebelum keadaan bertambah rumit, aku harus memberanikan diri untuik meminta jasa baik Amar untuk membantu aku.
Jam menunjukkan pada pukul 7.30 minit malam.
Lalu tanpa melengahkan masa, aku mencapai telefon bimbitku dan cuba menghubungi Amar.

“Assalamualaikum awak” tegur aku.
“Waa’laikummussalam. Siapa ni?” Tanya Amar
“eh. Awak tak kenal ke siapa saya ini?” Tanya aku
“tak.” Jawab Amar.
“saya Moon. Jumpa saya kat luar rumah sekarang. Ada hal mustahak saya nka bincang dengan awak. Sekarang! Bye.” Sesungguhnya pada waktu itu aku benar –benar berani untuk bertindak seperti itu dan aku tidak tahu mana aku nak letakkan air muka aku dengan Amar jika aku meminta pertolongan darinya.
Lebih kurang tak sampai seminit, aku sudah lihat Amar sedang menunggu aku.
“hai awak.”tegur aku.
“ha? Kau apa hal?” tegur Amar pula kepada aku. Sungguh terkejut aku mendengar kata-kata yang terpancar dari bibir Amra sebentar tadi.
“awak marah kat saya lagi ke?” Tanya aku dengan nada yang sedikit berdebar.
“ada apa nak jumpa ni? Boleh straight to the point ta?” berkata Amar dengan nada yang agak lebih serious.
“Amar. Kenapa awak layan saya macam ni? Sampai hati awakkan Amar?” ujar aku dengan tiba-tiba sebak.
“aku Ok jelah. Cepat lah wey, apa pasal kau nak jumpa aku ni, macam dalam rumah tak boleh cakap saja.” Berkata Amar yang seakan agak serba salah.
“Amar, kalau ,macam inilah layanan awak pada saya, awak anggaplah saya tak pernah wujud dalam hidup awak! Terima kasih!” sebak aku menahan kemarahan kepada Amar dengan tindakandan layanannya kepada aku sambil aku memulakan langkah untuk keluar dari pintu pagar rumahnya dan berjalan bersendirian. Aku tidak mampu untuk masuk ke rumah itu dalam keadaan seperti ini keran aku tahu mereka akan mensyaki sesuatu.

“Moon!” panggilan itu menghentikan langkahku dan terlihat Amar sedang mengekori aku.
Aku hanya mendiamkan diri dan meneruskan kembali langkahku yang penuh dengan kehambaan. Pada waktu itu, aku langsung tidak memikirkan sesiapa kecuali Amar. Aku benar-benar hairan dengan tindakan yang Amar lakukan pada aku. Lamunan aku terhenti apabila aku terlihat sinaran cahaya yang begitu menyilaukan pandangan aku sedang menghampiri diriku.
Dan sekali lagi aku mendengar jeritan namaku daripada Amar. “Moon! Ketepi!”

Nantikan episod yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment