Sunday 3 March 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 16


“Ah! Sakit.”itu sahaja ungkapan yang dapat aku ungkapkan selepas Amar menolak badanku dengan sekuatnya dan terus aku tersungkur dibahu jalan namun kelihatan Amar tiada disisiku dan sedang aku cuba membalikkan badanku, aku terlihat….

“Ya Allah! Amar! Amar!” menjerit aku memanggil nama Amar.
Lantas aku mendapatkan Amar dan meletakkan kepalanya diatas peha aku namun Amar masih tidak berkata apa dan hanya kedengaran kata-kata terpancar dari bibir Amar,

“Moon….Moon… Ma…af”

Kelihatan, berlumuran darah di kepala Amar dan Amar seakan-akan tidak menyedarkan diri selepas mengeluarkan kata-kata itu padaku. Sesungguhnya, tidak dapat ku bayangkan ketakutan pada diri aku sambil melihat Amar terbaring dipehaku tiba-tiba henti tanpa suara kendengaran.
“Ya Allah”bisik deras hatiku
“Amar, bangun Amar! Bangun!!! Jangan macam ni! Bangun Amar” ujar aku lagi dengan nada derasnya sambil air mataku berlinangan dengan derasnya.

“Tolong!!!! Tolong!!!! A’’’’’’’’………Tolong!!” itu sahaja yang mampu aku ungkapkan sambil kelihatan pula sekumpulan manusia sedang menghampiri aku lantas mengambil Amar dari pangkuanku sedang terlihat sebuah kereta membawa Amar pergi dari sisi aku.

 Aku dengan keadaan yang masih dengan kekusutan tidakmampu untuk berkata apa dan hanya tangisan deras berlinang dipipiku sambil jeritan yang kuat terpancar dibibirku.
Tidak lama selepas itu aku rebah ditempat tersebut.

Selepas itu, aku tersedar yang aku terbaring diatas katil dan sambil aku cuba membuka mataku terdengar pula suara itu menyusul.

“Moon sayang.” Sapa Ibunda aku.
“Alhamdulillah. Moon dah sedar abang.” Kedengaran suara Ibunda berkata begitu.
Lantas aku bangun dari katil tempat tidurku dan menanyakan Amar.
“Ibunda, Amar mana Ibunda? Along nak jumpa Amar Ibunda. Mana Amar Ibunda?” tanya aku dengan desaknya.
“sayang, kamu kena rehat sayang. Jangan banyak bergerak ya.” Tenang Ibunda berkata pada aku.
“Ayahnda! Amar mana? Amar mana?” tanya aku pada Ayahnda pula.

Ayahnda hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa. Lantas aku bangun dari tempat tidurku dan melangkah untuk mencari Amar. Aku sedar kini aku berada di Hospital namun aku tidak tahu apa punca aku berada disini. Langkahan aku dihalang oleh Ayahnda dan Ayahnda menyuruh aku kembali ke katil aku. Namun, aku berkeras dan masih menanyakan soalan yang sama kepada Ibunda dan juga Ayahnda.

“Along. Diamlah! Adik pening ni.” Sapa Adik Naim pula. Tiba-tiba aku terasa tersentuh dengan ayat yang keluar dari bibir Adik Naim dan terus aku pula menanyakkan pada Adik Naim berkenaan Amar dan Adik Naim hanya mendiamkan diri sahaja.

“Ya Allah. Apa yang berlaku sebenarnya? Mana Amar Ya Allah?” Bisik hatiku sambil air mataku menumpah ke bumi dan terus Ibunda mendakapi aku dengan seeratnya.
“Ibunda, mana Amar Ibunda? Mana Amar” ujar aku lagi dengan nada yang tersekat-sekat sambil linangan air mataku masih membasahi pipi.

“Sayang. Kamu kena kuat sayang. Doakan Amar supaya cepat sembuh ya.” Terpancar ayat yang aku nantikan dari bibir Ibunda itu tadi.

“Ibunda, Along merayu sangat-sangat. Boleh tak Along nak jumpa Amar sekarang juga Ibunda. tolonglah Ibunda.” Pujuk aku yang semakin sebak.
“bagi sajalah dia nak jumpa Amar tu.” Berkata Ayahnda kepada Ibunda.

Dalam perjalanan aku kebilik rawatan Amar. Kelihatan Auntie Sha sedang duduk dibangku biru sambil air matanya berlinangan membasahi pipi, namun aku sedikit pun tidak menyapa Auntie Sha dan terus meneruskan langkahku ke bilik Amar. Sedang aku memasuki bilik itu, aku ditahan oleh seseorang yang benar-benar menaikkan darah aku.

“Hoi! Kau apa pasal ada dekat sini ha? Sepatutnya, kau yang patut dilanggar tau! Bukan Abang Amar.” Berkata keras gadis itu kepada aku sambil tangannya menyinggahi pipi aku. “Pang!”
“Nonie! Apa kamu buat ni? Kamu tak sepatutnya melayan Moon macam ni.” Keras nada Auntie Sha yang seakan membela aku.
“Mak Long tak patut nak bela budak sial ni! Dialah penyebab Abang Amar jadi macam ni.” Ujar Nonie.
“hey betina!kalau Abang Amar aku Mati! Kau pun mesti mati juga” tenking Nonie kepada aku.

“Pang!” terlihat Auntie Sha terus menampar pipi Nonie kerana berkata begitu. Aku tidak mampu meneruskan langkahan dan terus terduduk dillantai permukaan bumi dan menjerit memanggil Amar.
“Jangan sesekali kau cakap anak aku mati ya! Dasar budak kurang ajar! Pergi kau dari sini!” Menengking Auntie Sha kepada Nonie.

“Amar….maafkan Moon Amar! Maafkan Moon..” jerit aku sambil tangisanku semakin kedengaran kuat di hadapan bilik rawatan Amar.
Lalu aku terus didakapi oleh Auntie Sha sambil beliau berkata padaku.

“Moon, kita berdoalah pada Allah Moon. Semoga Amar boleh sembuh dengan sebaiknya. Moon jangan macam ini ya. Nanti kalau Amar tahu Moon macam ni dia lagi sedih. Kita bagi kekuatan pada dia ya Moon.” Ujar Auntie Sha sambil kedengaran tangisan darinya.
“Auntie, Moon yang patut dilanggar malam tu tapi kenapa Amar yang dilanggar pula.”berkata aku dengan suara tersekat-sekat.
“Moon, ini semua takdir Allah. Dia yang tentukan semuanya. Jangan cakap macam ni lagi ya sayang.” Ujar Auntie Sha lagi.

Lantas aku bangkit dari lantai yang telah aku rebahkan badanku apabila mendengar kata-kata yang keluar dari Nonie itu tadi dan aku meneruskan langkahan untuk masuk ke bilik rawatan Amar. Sambil aku membuka pintu bilik Amar, kelihatan Amar sedang membaringkan diri dan diletakkan alat pernafasan dimukanya, lalu sekali lagi aku terus mendekatkan diri pada Amar dan kelihatan kepalanya dibalut oleh kain putih yang ada kesan darah dikain itu.

“Amar, maafkan Moon Amar, maafkan Moon.” Berkata aku sambil linangan air mataku terus membasahi pipi. Pada waktu itu, aku langsung tidak memikirkan apa-apa sambil tanganku memegang erat jari-jemari Amar. Aku juga tidak sedar bagaimana aku boleh memegang jari-jemari Amar itu sambil kukucupkan tangannya dengan hati yang rela kerana aku tidak mampu untuk melihat Amar berkeadaan seperti ini.

“maafkan aku Ya Allah kerana memegang tangan dan jari-jemari Amar sedang aku tahu hubungan aku dengan Amar hanyalah kawan. Maafkan aku Ya Allah” Bisik hatiku yang lemah.
Hanya aku dan Amar sahaja yang berada dibilik itu dan tidak ku sedari yang aku telah terlena dibangku kerusi bersebelahan rapat dikatil Amar dan meletakkan kepalaku dibahu Amar.

“Cik, bangun cik, cik?” terjaga aku apabila mendengar suara gadis itu dan kelihatan beliau ialah jururawat yang bertugas. Terlihat jam di dinding sedang menunjukkan jam 1.35 minit petang dan aku hanya membangkitkan diri dari lenaku sambil jururawat itu mengarahkan aku untuk keluar dari bilik tersebut sambil kelihatan seorang lagi jururawat dan doctor menghampiri katil Amar.Aku hanya menganjakkan diri aku dari katil Amar sedang menunggu diruang hujung katil Amar.

“Cik, saya mohon jasa baik Cik untuk keluar sekejap boleh? Kami nak jalankan pemeriksaan ni. Minta maaf ya Cik.” Ujar jururawat itu dengan lemah-lembutnya dan aku hanya menganggukan kepala aku apabila mendengar arahan dari jururawat tersebut.
Hampir dalam 10 minit doktor telah berada dalam bilik rawatan Amar  sedang aku duduk di bangku berhadapan bilik Amar. Aku juga kehairanan kenapa Ibunda, Ayahnda dan Auntie Sha tidak kelihatan pula disini. Aku tidak banyak memikirkan tentang diri aku atau sesiapa, hanya Amar yang bermain difikiranku sambil hatiku tidak putus mengutuskan Doa kepada Allah Yang Esa supaya menyembuhkan Amar dengan sebaiknya.

“Moon. Amar macam mana?” sapa seseorang lelaki yang agak garau suaranya. Lalu aku membalikkan tubuhku dan terlihat Uncle Hasyim bersama Ayahnda menghampiriku.
“Doktor ada kat dalam tu, dia tengah periksa Amar.” Ujaaku dengan nada sayu.
“Along, Along dah makan belum? Dari pagi tadi Ayahnda tengok Along tak makan-makan lagi?” tanya Ayahnda yang agak kerisauan melihat aku.

“Along tak ada selera Ayahnda. Nanti kalau Along lapar Along makanlah ya.” Ujar aku.
“Along,Along  jangan macam ni ya. Nanti Along sakit lagi susah tau.” Pujuk Ayahnda dengan lembutnya.
“Tak apalah Ayahnda kalau Along sakit, mungkin Allah nak balas apa yang Along dah buat pada Amar. Betul tak Ayahnda?” tanya aku dengan air mata tiba-tiba berlinangan lagi. Sesungguhnya, aku tidak tahu bila masa air mataku akan terhenti dengan sendirinya.
“Along, Along tu sakit jugak tau.jangan ingat Along macam tiada penyakit apa-apa ya. Mari ikut Ayahnda kebilik Along, Ibunda ada bawa makanan tu. Kesian dekat Ibunda tunggu Along dari tadi.” Terang Ayahnda dengan nada yang begitu sayu.

Terdengar dari kata-kata Ayahnda aku itu, lantas aku mengerakkan tubuhku untuk ke bilik rawatan aku kembali meskipun aku tidaklah menghadapi penyakit yang merbahaya kerana aku mula memikirkan Ibunda yang datang dari juah untuk melihat aku dengan gembiranya bukan dengan keadaan yang sebegini rupa.

Dalam langkahan aku untuk ke lif dan kembali ke bilik rawatan aku, terdengar bunyian pintu bilik rawatan Amar dibuka dan disapa oleh Uncle Hasyim kepada doktor yang aku lihat tadi. Lantas aku mengembalikan langkahku untuk ke bilik Amar dan mendengarkan penjelasan dari doktor itu.

“Macam inilah Encik Hasyim..Saya dah cuba sedaya upaya saya namun.....


nantikan episod yang seterusnya....

No comments:

Post a Comment