Saturday 2 March 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 14


Aku tergamam mendengarkan kata-kata yang diungkapkan oleh Ibunda itu tadi.

“Along, Along. Dengar tak Ibunda cakap ni?” menyapa Ibunda dengan menghentikan lamunan aku.
“ Ya Ibunda, Along dengar. Ibunda, Ibunda cakap Ibunda nak bermalam dekat rumah anak Uncle Hasyim? Maksud Ibunda ‘Amar’?” Tanya aku kepada Ibunda.
“Ya sayang. Uncle Hasyim tu kan ada Amar seorang saja anak dia.” Ujar Ibunda.
“kira Amar ada sekalilah nanti ya Ibunda?” tanya aku lagi dengan berdebar.
“Itu Ibunda tak pasti sama ada Amar ada ke tidak sebab Amar sibuk dengan kerjanya sekarang ni. Orang dah kerja kerajaan, dapat pula kerja sebagai Penolong Pengurus Audit dalam Negeri Selangor, jadi Auditor katanya.” Ujar Ibunda lagi.
“Then Along kena tidur rumah dia jugak ke?” Tanya aku lagi.
“Kenapa? Taknak tidur dengan Ibunda dah ke?” Tanya Ibunda pula
“eh, mana ada Ibunda ni. Along bukan apa, Along seganlah nanti, lagi pun rakan sebilik Along ni nanti sorang-sorang pulak?” Jawab aku.
“Ala, Ibunda nak ajak dia tidur sekali karang Ini bukan rumah Ibunda, Ibunda pun menumpang. Nak tidur hotel Auntie Sha puas dup memujuk kami tidur rumah dia. Serba salah Ibunda tahu.” Ujar ibunda lagi.
“tak apa lah kalau macam itu Ibunda, nanti Along bagitahu kawan Along itu dan lain kali Ibunda kena bagitahu Along dulu awal-awal ya, jangan buat kejutan macam ini.” Terang aku kepada Ibunda dengan tenangnya.

Alhamdulillah, Husna dapat menerima alasan yang telah aku berikan, namun sedikit sebanyak kesian pual aku memikirkan nasib Husna bila ketiadaan aku bersamanya. Al maklumlah aku dengan Husna ini tidak boleh berenggang,hinggakan orang berkata yang aku dengan Husna ini  macam kembar siam. Mana tak kembar siamnya, pergi mandi sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama Cuma buang air saja tak sama-sama. J
Sedang aku menunggu di perhentian bas dengan kedatangan Ibunda, Ayahnda dan Adik Naim, tiba-tiba aku menerima pesanan ringkas dari ‘Abang Ashraf’
Hye Moon sayang. Apa khabar? Maafkan abg sebab lama tak call and mesej Moon. Abg benar-benar sibuk dgn kerja sayang. Harap Moon faham ya. Lagi pun inikan untuk Moon jugak, sebab abg kena kumpul duit banyak-banyak dan nikahi Moon.ingat ya sayang.

Lalu aku membalasnya.

Tak payah nak mintak maaf sangat. Saya Ok je kalau awak tak mesej or call saya dan lagi satu saya nak pesan, saya tak ingin nak berkahwin dengan awak kalau perangai macam Buaya!

Pesanan dihantar.

Tidak lama selepas itu, aku menerima panggilan dari “Abang Ashraf” dan aku hanya mematikan panggilan darinya. Meskipun aku sebenarnya sayang akan Abang Ashraf, namun perbuatannya tempoh hari amat memberi kesan yang mendalam kepada aku. Sesungguhnya aku sedar, hampir setiap hari husna memberitahu aku yang Abang Ashraf selalu berchatting dengannya namun berkat kekuatan yang aku cuba kumpulkan, aku mampu untuk melupakan kisah aku bersama Abang Ashraf.

Pesanan ringkas diterima :

Moon? Kenapa cakap macam tu? Please, pick up call abg. Abg nak berterus terang dengan Moon ini. Please sayang. L
Aku hanya membiarkan pesanan ringkas itu disimpan didalam peti masuk telefon bimbitku dan sekali lagi telefonku bordering dan terpapar didada skrin telefon bimbitku “Abang Ashraf”. Namun, aku tidak ingin menjawab panggilan darinya. Boleh dikatakan hampir berpuluh kali Abang Ashraf cuba menghubungiku dan mengharapkan aku menerima panggilnnya, namun aku tegar didalam hatuku bahawasnya aku akan cuba melupakan Abang Ashraf dan sekali lagi,
Pesanan ringkas diterima :
Moon, jangan buat abg macam ni, abang sayang moon sangat2. Sah! Abg tahu kenapa Moon marahkan abgkan? Ini mesti sebab abg chatting dengan Husnakan? Moon, abg berani bersumpah yang bukan abg yang chatting dengan Husna, tapi itu rakan serumah Abg. Nama dia Razak. Dia betul-betul suka pada Husna dan Cuma dia malu nk cakap yg dia bukan abg. Please moon, percayalah! Abang tak akan buat moon macam tu k. SUMPAH MOON!!!

“Ya Allah, apa benar yang dikatakan oleh Abang Ashraf itu Ya Allah.? Berikanlah aku petunjuk Ya Allah.” Bisik hatiku dengan perasaan gelisah.
Aku benar-benar buntu dengan apa yang aku berlaku saat ini. Sesungguhnya aku ingin cuba percaya apa yang Abang Ashraf katakana namun gerak hatiku tidak membenarkan. Lalu pada saat ini, sedang telefon aku berdering dengan panggilan dari Abang Ashraf yang tidak putus-putus dari tadi membuatkan aku menerima panggilan dari “Abang Ashraf”
“Moon, kenapa cakap macam ni? Please. Percayalah cakap abang. Abang tak akan buta Moon macam tu, Abang hanya sayang Moon soeorang saja. Mak Ayah Abang dah tak ada Moon, tak tahu siapa lagi Abang nak menagih kasih sayang? Please Moon, jangan seksa Abang macam ini” Ujar Abang Ashraf dengan kedengaran suaranya seakan-akan sedang menitiskan air mata.

Aku masih mendiamkan diri dengan kedengaran suara Abang Ashraf dan tangisan dari Abang Ashraf. Lalu aku memulakan ayatku dengan susunan yang begitu baik.
“Abang, maafkan Moon Abang. Moon betul-betul confius. Maafkan Moon Abang”
“confius apa Moon? Abang tak tipu Moon langsunglah. Sumpah Moon. Demi Allah! Bukan Abang yang chatting dengan Husna, tapi kawan Abang, ‘Razak’. Tolonglah percaya,ok tak apa,  kalau Moon tak percaya sangat, Abang gerak sekarang ke UiTM Shah Alam sekarang jugak. Abang bawa sekali kawan Abang itu.” Ujat abang ashraf dengan penuh bersungguh-sungguh sambil kedengaran suaranya masih dengan tangisan.
“eh eh! Ok ok, Moon percaya cakap Abang. Maafkan Moon ya. Abang tak payahlah susahh-susah nak jumpa Moon.”  Jar aku dengan nada tenang.
“no! Abang akan datang jugak! Moon tunggu Abang.dalam 30minit lagi Abang sampai.” Berkeras Abang Ashraf dengan kata-katanya.

“Moon NabelIa” kedengaran suara itu muncul dibelakang aku. Ya Allah! Itu Ibunda. Lantas aku mematikan panggilan dari Abang Ashraf itu dan mendakapi tubuh Ibunda dengan serat-eratnya. Tidak dapat digambarkan pada ketika itu, hanya linangan air mataku menjadi saksi apabila melihat Ibunda, Ayahnda dan Adik Naim berada dihadapanku.
“sudah! Kejap lagi kita peluk-peluk pulak. Kereta parking tepi jalan ni, karang tak pasal-pasal kena sound dengan orang.” Suara Ayahnda kedengaran. Dengan tidak mengendahkan apa yang Ayahnda katakana sebentar tadi, aku lantas melepaskan dakapan aku dari Ibunda dan mendakapi Ayahnda pula. “Ayahnda, Along rindu sangat dekat Ayahnda. Rindu sangat-sangat.” Kata aku dengan linangan air mataku masih membasahi pipi. Ayahnda hanya terpaku dan tidak terkata apa-apa apabila aku mendakapinya.
“Abang, kereta belakang nak lalu tu? Sabar ya Moon. Kejap lagi kita sambung.masuk kereta cepat”Ujar Ibunda pula.
“ok ok!” ujar aku pula.
“Adik, Along rindunya dekat Adik.” Sapa aku kepada Adik Naim sambil aku mendakapi tubuhnya pula.
“Kenapa Adik diam saja ni?” Tanya aku dengan sedikit hairan.
“Adik demam Long.” Sapa Ibunda.
“Alolo, kesiannya Adik Along ni.” Ujar aku sambil aku meletakkan kepala Adik Naim diatas pehaku.
Sesungguhnya aku tidak dapat gambarkan kegembiraan setelah aku berjumpa dengan keluarga tercinta ini.
“Ayahnda, Ayahnda Nampak makin handsomelah.” Sapa aku kepada Ayahnda.
“yalah tu. Ni mesti nak apa-apakan?” Tanya Ayahnda aku seakan-akan tahu apa yang bermain difikiranku.
“Along lapar. Jom pergi makan dulu boleh?” ujar aku dengan bersahaja.Al-maklumlah, dari pagi tadi hingga ke saat ini, aku hanya mengisi sebiji roti didalam perutku kerana perasaan tidak sabar aku menunggu kedatangan orang yang aku sayangi ini.

Namun kerinduan aku kepada mereka terhenti seketika apabila kata-kata keras dari Abang Ashraf itu bermain dibenakku

Nantikan episod seterusnya…

No comments:

Post a Comment