Friday 1 March 2013

Drama Bersiri "Moon Nabella" Epi 13


"macam tu pulak? Ikut awaklah Bunga.” Kata Mamat itu dengan senyuman manisnya
“ha? Dia panggil aku Bunga? Pelik Mamat ni” bisik hatiku

Hidangan aku pada waktu ini adalah nasi putih, udang masak merah, sayur kobis goring dan semestinya air limau ais kegemaranku. Memang sesuai sangatlah aku minum ais dengan cuaca panas terik ketika ini sementara perbualan aku, Husna dan Mamat itu dengan lebih rancak.

“Eh awak semua, eloklah saya perkenalkan diri saya ya. Saya Muadz Idham, Orang panggil saya ‘Apex’. So, ikut awaklah nak panggil saya apa ya.” Sapa Mamat itu yang sedang menikmati hidangan tengahari di cafeteria kampus UiTM ini.
“Ouh. Aku Husnayati. Panggil aku ‘Husna’.” Berkata Husna seakan tiba-tiba mencelah.
“Ouh Husna. Yang kawan awak soeorang itu siapa pula namanya? Diam saja saya tengok dari tadi.” Berkata Mamat itu lagi.
“Ouh, dia ni memang macam ini kalau tak sihat. Harap fahamlah ya.” Berkata Husna lagi.
“Eh! Demam ke? Kenapa minum ais kalau demam? Kan tak elok” bertanya Mamat itu dengan bersungguh.
“Taklah. Saya sihat saja. Pandai saja Husna ini.” Tiba-tiba aku mula bersuara.
“Ha.. bercakap pun. Ini diam saja dari tadi. So, siapa nama awak?” Tanya Mamat itu lagi yang masih tidak berputus asa.
“Saya Moon Nabella. Boleh panggil saya ‘Moon’.” Ujar aku dengan bersahaja.
“ouh, Moon Nabella. Boleh saya panggil awak ‘Moonna’. Berkata Mamat itu lagi.
Hampir tersedak aku mendengar panggilan nama itu. Husna yang diam secara tiba-tiba tergelak dengan terbahak-bahak.
“boleh tahan jugak kau ni Apex.” Berketawa Husna sambil berkata-kata.
Aku hanya tersenyum dengan gelagat Husna, sambil Mamat itu tidak lekang menajamkan anak mata hitamnya itu kepada aku.
“Eh awak, saya nak minta diri dulu ya. Ada Group Dicussion pula lepas ini. Jom Husna.” Mencelah aku.
“Ouh yeke? Kalau saya nak ikut boleh?” Tanya Mamat itu.
“Maaf, bukan saya tak nak ajak awak, tapi discussion kita orang ini lama kut.lagi pun saya tak solat zuhur lagi ni. Maaf ya.” Ujar aku

“Ouh yeke? Tak apalah kalau macam itu. Lagi pun petang ini saya ada selection untuk team football kampus. By the way, terima kasih kerana sudi teman saya lunch hari ini. Harap lain hari boleh juga ya.” Tersenyum manis Mamat itu apabila berkata-kata.

Raut wajahnya begitu menawan hati para hawa dimuka bumi ini.Dengan susuk tubuhnya tinggi lebih kurang 6 kaki dan dengan hidungnya mancung, berbibir halus seakan perempuan, kulitnya putih seakan artis korea, tambahan pula dengan matanya agak sepek seakan cina. Mengingatkan aku pada artis korea yang bernama ‘Kim Hyoeng-Jung’.

“Ok, jumpa nanti dikuliah”. Sapa Husna kepada Mamat itu.
“All right. Jumpa nanti. Assalamualaikum” jawab Mamat itu.
“ Waa’laikummussalam. Good Luck awak.” Mencelah aku dengan nada yang cuba membiasakan diri.
“Thanks Moonna. Bye Moonna and Husna.” Mengangkat tangan Mamat itu kepada kami dengan langkahnya menjauhi kami.

“Ya Allah Moon, Handsome gila kut Mamat ni. Aku tengok sebelum ini macam cina jual sayur saja tapi hari ini dia lain betulkan? Handsomenya Ya Allah. Bertuah kau Moon.”
“bertuah aku? Apa pasal pulak?” Tanya aku dengan ayat kehairanan yang keluar dari mulut Husna itu tadi.
“Ya lah. Dari tadi asyik tengok  kau saja. Tak berkelip mata dia tengok kau.”ujar Husna dengan bersungguh-sungguh.
“Jangan nak merepeklah Husna.” Jawab aku dengan bersahaja.

Sambil aku berjalan ke cafeteria bersama Husna pada waktu jam ditanganku jam 9.00malam, terlihat seorang insan yang pernah membuat aku tidak duduk senang tiba –tiba menghampiri aku dengan tidak dirancang walhal sebelum ini beliau selalu mengelakkan diri dari aku. “ Ya Allah, apa yang Engkau cuba dugakan pada aku Ya Allah”, Bisik hatiku dengan berdebar-debar.
“Hai Moon.Lama tak jumpa? Aku ni Nonie sepupu kepada Amar.macam terkejut beruk saja aku tengok kau ni” menyapa gadis itu yang mana keadaanya benar-benar dihadapan aku dengan lagaknya masih seperti dahulu.
“Assalamualaikum, ya saya. Ada apa ya?” jawab aku dengan tenangnya.
“Walaupun peristiwa hari itu banyak bagi pengajaran pada aku, tapi pada waktu ini aku tidak boleh mendiamkan diri sahaja dengan memperlihatkan keadaan kau yang semakin Hot di kampus ini.” Berkata gadis itu dengan angkuhnya.
“Apa masalah kau ya? Aku tak kacau pun hidup kau dan aku tak ingin pun tahu tentang kau. Jadi, Past is past! Dan jangan cuba untuk ganggu aku lagi sebabnya kau akan menyesal seumur hidup.” Berkata aku dengan nada yang tegas.
“well, tak apa. Cuma aku nak ingatkan pada kau yang si ‘Apex a.k.a Muadz Idham adalah milik aku. Harap kau faham ya?” ujar Nonie dengan bongkaknya
“huh? Apex tu? Boyfriend kau? Wow! Excellence. By the way, congratulation. Bertuah kau ya.” Jawab aku lagi dengan nada perli.
“ingat Moon, hari ini sahaja aku mampu berhadapan dengan kau secara ramah mesra, tapi kalau aku dapat tahu kau feeling dengan laki aku, kau nahas! Sebab aku boleh buat lagi teruk masa kau dengan Amar dulu.” Pesan Nonie dengan bernada angkuh.
“laki kau? Dah kahwin ke? By the way, aku dengan Amar langsung tak ada hubungan yang serious tapi dia saja yang nak serious but I can’t. ok! Harap maklum. Terima kasih. Bye!” Berjaya aku dengan melemparkan kata-kata itu kepada Nonie sambil kaki aku melangkah pergi.

Sambil aku menemani Husna untuk mendapatkan bekalan makanan di koperasi, aku menyapa Husna dan berkata
“Husna, kenapa kau diam saja ni? Biasanya kaulah riuh macam ayam bertelur”
“Entahlah Moon. Aku pelik dengan perempuan yang jumpa kau tadi.aku asyik terfikir apa yang dia akan buat pada kau bila si Apex itu mula mendekati kau” ujar Husna dengan penuh keraguan ditunjukkan.
“Tak ada apalah Husna. Kau tak perlu risau dan aku tidak sedikit gentar dengan amaran yang dia berikan sebentar tadi.” Ujar aku.
“Boleh tahan juga ya kau ni.” Berkata Husna.

“Husna, kalaulah kau tahu apa yang terjadi pada aku sebelum ini, pasti kau akan sama menyokong dan berbuat demikian, namun aku tak ingin memanjangkan cerita dan biarlah kisah aku dan Nonie itu terhenti disini.” Bisik hatiku.

Dalam kedinginan malam pada waktu yang sedang mununjukkan tepat jam 12.15 minit malam, sedang aku berbaring diatas tilam katilku yang sedikit keras dan kelihatan Husna telah melabuhkan matanya untuk tidur. Tiba-tiba kerinduan aku kepada keluarga tercinta, ‘Ibunda’, ‘Ayahnda’ dan ‘Adik Naim’ membuat aku tidak mampu untuk melabuhkan mataku bersama Husna. Namun, aku sentiasa berdoa dan memohon munajat kepada yang Esa supaya melindungi keluargaku dan senantiasa memberi rahmat kepada mereka dan juga rakan-rakanku. Tidak sabar rasanya apabila pada hujung minggu ini, kehadiran mereka akan melenyapkan rindu aku.
Hari demi hari bersilih ganti sehinggalah menjelma hari ‘Jumaat’ yang aku tunggu sejak seminggu yang lalu. Tersenyum aku seorang diri apabila bangkit dari lenaku dengan ketidaksabaran  menuunggu kehadiran mereka yang benar-benar aku cintai lagi rindui.

“Moon, gembira semacam saja aku tengok kau hari ini. Dapat boyfriend baru ke?” sapa Husna apabila kami sedang berjalan untuk ke kuliah.
“Apalah kau merepek ni?macam ni, Aku kalau ikutkan nak balik weekend ni, tapi memandangkan my family is coming!” tersenyum ria diwajah aku apabila sedang memberitahu kepada Husna.
“Wow! Untunglah. Tak adalah aku dengar kau nak menangis tiap-tiap malam kan?”berkata Husna dengan senyuman sinis kepada aku.
“Whatever Husna. Yang penting aku happy gila-gila and jangan lupa kau kena ikut aku jumpa my family sebab aku dah pernah ikut kau jumpa fanmily kau. Fair kan?” berkata aku dengan gembiranya.
“Ok Moon Nabella. Patik takut nak ingkar cakap Tuan Puteri ini.” Berkata Husna dengan gayanya mencuit hati.

Telefon Berdering
Demi cinta dalam hatiku, ku yakin engkau untukku.huuu..meski, cinta..
Ibunda sayang”

“Assalamualaikum Ibunda. Anakanda sedang berbicara.” Sapa aku dengan nada yang gembira.
“Waa’laikummussalam Tuan Puteri. Mengada sungguh dia pagi-pagi ini.” Jawab Ibunda aku dengan nada bersahaja.
 “Biasalah Ibunda. Along happy gila kut hari ni tau, sebab ada rombongan dari Pekan, Pahang nak jumpa dengan kita?” jawab aku dengan berketawa kecil.
“mengadanya anak Ibunda ini. Ibunda cubit karang baru tahu. Ini, Ibunda nak bagitahu, Ibunda akan bermalam disini selama 2 hari dekat rumah anaknya Uncle Hasyim sebabnya mereka pun nak ke Shah Alam katanya atas urusan kerja dan Auntie Sha pun ada sekali.”

"ha? rumah anak Uncle Hasyim?"

Nantikan episode yang seterusnya

No comments:

Post a Comment